Tuesday, June 29

baby hatch

aku nak cakap banyak2 pun mcam tak pandai..
tapi yang aku tahu
baby hatch ni tempat orang2 letak anak yang tak diingini
hmmm..bagus ke?

boleh jadik jugak sbb baby hatch ni akan lebih banyak lagi anak luar nikah
sbb mungkin mereka boleh fikir
lagi mudahlah kalau pregnant
tak yah bunuh lagi
tak payah buang lagi
letak je kat baby hatch

side yang lain pulak
baby dah kurang dibuang
baby dah kurang kene makan anjing
hmmm...
aku pun taktahu lah nak komen apa
mana yang baik
mana yang buruk
tapi macam pelik pun ada sbnrnya

Monday, June 28

bila kena tinggal oleh MHHA

kasik entry sentap sket oooo
sian aku ngan anak
kene tinggal oleh laki
berdua menempuh malam
keseorangan
kepenatan melayan anak
oh oh ohhhhhhh

wah gempak
MHHA tak kemana pun
dia kena pegi kl
sampai rabu
owh.boring beb
takde kawan nak berebut channel


haku dah angkut buaian budak kecik luth ke bilik bawah
sbb aku tak nak tdo atas
sorang2 tdo bilik bawah je
esok pagi senang sikit nak siap pegi sekolah

sekarang sambil menengok channel tv2
tak penah2 bukak channel ni sebenarnya
tapi dalam berpuluh2 channel astro
semua tak berkenan
channel peree jugok aku tengok

tadi konon2 dah ajak mak aku turun kulai
tapi alamak
dia kata bizi lakkk
owh..ada 2 malam utk tempuh sbelum MHHA balik

eerhhhh...cam kecohh gilee jee
padahal 2 hari je kena tinggal
apalah aku ni...pengecut nya!
oh.bongok betul tv ni keluarkan iklan seram

entry tunggu buka pose

dah masuk rejab ek....
bila dah lama tak pose..aduh sakit oo perut
tapi nasib bek la bukan bulan ramadhan
so perut berlatih awal lahh
hehe...
patutnya dah rejab ni dah masa tuk pose sunat
tapi aku?
heheeee..
lalai lalaii.....

sorang2 kat rumah
sbb MHHA kena pegi KL sampai rabu
wah boring tak ada member gaduh
entry yang sangat lah tak de input

apa yang perlu adalah ucapan terima kasih

aku rasa rakyat malaysia ni kurang nya itulah: jarang ucap terima kasih
hah.termasuklah aku ni
bila kurang ucap terima kasih
maknanya sama jugalah kurang penghargaan
aku tulis sini: kurang
bermaksud bukan tak ada langsung
tapi jumlah nya kalau dikira tu amatlah sikit kuantitinya
betul kan kan kan

kadang2 bila dah penat buat kerja
bila dapat ucapan terima kasih
terus hilanglah segala penat jerih tu
tapi malangnya: dapat komen lagi adalah
hah.memang sangat kesian

mulai sekarang marilah kita sama2 ucap terima kasih
bak pada rakan
bos
mak
bapak
lakik
binik
anak
sapa2 pun boleh
tak kena bayar pun kan?

Sunday, June 27

bila MHHA sibuk nak kurus

MHHA memang kurus
tapi dulu masa awal  bercintan cintun dia lebih kurus
hua ha haaa
itu bermakna binik dia teramat pandai memasak
kan kan kan?
sapa berani kata tak?

MHHA tak sibuk nak kurus act
tapi dia berleter kata stamina dah kurang..
berleter.berleter
eh,salah bini ke?
hmm.mangsa keadaan

haha...aku tau MHHA takkan baca blog ni
tu yang berani ceta sini

aku cabar MHHA
sampai januari depan kalau dia turun berat ke XX
aku bagi dia 1k
ha ha haaa...

berani gilo kan..
sbb aku tau dia takkan turun
sbb aku dah ada sindeket masak sedap2
nak turun cane?
hah! berani lawan masakan binik?
ngigau malam kalau tak makan beb

blog itu seni

bila dah lama2 mengadap belog ni
rasa cam best jugak
yang pertama sebab bila dah banyak baca belog orang
kepala otak pun bergerak
takdelah asik pikir pasal keje je
banyak bende lain boleh jumpa
lagi2 bila baca belog budak2 remaja
rasa cam muda balik.chet perasaan
hoho...

kenapa aku kata belog itu seni
mana taknya tengok dekorasi je dah tau
lagi pulak tengok susunan ayat pun seni gak!
dah baca banyak belog orang, dah boleh jangka sikap sifat orang tu macam mana
happy go lucky
jiwang karat
alim
sifat keibuan
sifat kebapak kan
berlagak
menunjuk2
perasaan perasan
giler
ganas
gatai
cam bagus
owh.banyak lagi wehhh

seronok jadi blogger
ada apa je terlintas kat kepala otak je
terus taip
karang karang karang
nah.siap
tapi kena jaga2 jugak
benda personal
tak yah la ceta ehh
must know ur border
iye lah kan

Saturday, June 26

silap percaturan

tajuk macam gempak
tapi tak ada apa pun..
tadi siang merata merayau2
dah lama tak merayau jb
bizi tak tentu hala
so bila ada kesempatan didalam kesempitan
melata lah kami ke bandar jb

takde buat apa faedah pun
teman MHHA pegi utm jap
amik surat apa tah
then saja ajak pegi MYDIN
kononnya orang kata lampin baby murah kat sana
owh.terpengaruh bulat2

tengok drypers rm35.50..hmm oklah murah sikit dari tempat lain
biasa paling biasa mesti beli kat tesco
tapi kepala otak pikir kot2 kat tesco tak sale, hah menyesal pulak tak beli
hambiklah 2 ketul beg drypers
total rm 69

petang pas lepak2 kat rumah
merayau lagi pegi teman MHHA men boling
nak maintain stamina katanya
katanya lah!....
aku bosan nak menengok balingan yang tak seberapa tuh
merayau lah ke giant
nak beli susu si kecik luth
sekali tengok. hoh.mahal kau.gile ke apa giant ni

abis men boling,singgah tesco lak
nak cari susu punya pasal
merata dunia carik
sekali ternampak plak sale dryper RM31 jek
hoh. betul silap percaturan
konon nak jimat,tapi lagi rugi adalah!

Sultan Johor turun kulai

aku rasa aku lah orang terakhir yang tahu pasal sultan johor nak datang kulai
hoho.sangatlah ketinggalan zaman nya aku  ni...
itu pun aku dapat tahu bila semalam makcik2 kantin sibuk nak balik awal..
katanya nak buat persiapan utk masuk pertandingan itu lah ini lah
aku tanya sempena apa...
wah,rupanya sebab sultan johor nak datang lawat kulai

haha bestnya
tapi aku confirmlah takkan pegi sbb aku dah tau ramai sangat noooo orang nya
confirm punya
nak berhempet2 dengan budak kecik luth yang nanti mesti mengamuk sbb panas
hoho...

Friday, June 25

ular menyusur akar takkan hilang bisanya kan?

aku minggu ni penuh dengan pening2 lalat..
kepala otak aku pening penuh dengan masalah sebab bibik nak balik indon

malam semalam aku dah tanya betul2, punya banyak kali
sampai aku rasa mesti bibik fikir aku ugut dia

"kak  nor betul akan balik malaysia semula? janji dengan saya!"
"betul..... saya mesti balik"

"saya tunggu kak nor!"
"mesti..."

dia pun dah nangis2 sebab nak tinggalkan anak2 angkat dia ni..
huh.aku dah percaya dia..dia dah jaga anak aku elok sangat lah..susah aku nak tukar orang
tak confident weh...
so  keputusannya: aku hantar si kecik luth pada nenek nya dulu then sambung semula dengan kak nor

aku asalnya nak hantar terus anak aku pergi kindergarten..
but then hati seorang emak ni tak tenang pulak
aku dah register..tapi terpaksa cancel
aku mmg tak sedap hati...

ada kawan yang sangat pentingkan pendidikan awal kanak2..
tapi aku pulak sebagai cikgu ni ada pendapat aku sendiri
aku dulu 4 thun beb belajar pasal perkembangan kanak2..
so dalam kepala otak ada jugak sikit ilmu pasal perkembangan otak kanak2
bukan kena asik belajar je ye...lebih kepada pendedahan kepada budak kecik tu sendiri
barulah otaknya berkembang..lagi banyak pengalaman kita bagi, lagi tinggilah kemahiran berfikir anak kecil itu

lagipun............................................benda yang paling aku tak sedap ati nya...
peranan aku sebagai emak akan hilang
mana taknya, makan pun orang lain dah masakkan, ajar membaca pun orang lain yang buatkan!
emaknya cikgu pulak tu! hoh tak boleh ni....
kalau boleh, kalau boleh la......
aku nak ajar anak aku sendiri
baru aku akan puas hati............
mungkin aku cerewet..tapi biarlah! anak aku kan?
in fact: DULU PUN AKU TAK SEKOLAH TADIKA
hah.but result aku semua flying colours beb!

peh bengang bengang oii

dalam pada aku dok ceta2 aku berangan nak pegi london
hoh time tu jugak lah emak merah rupanya dah pegi sana
oh oh ohh
best gilosh wehhhh


MHHa tak layan lah aku nak pegi sana
mentang2 dia dah duduk sana
digelakkan aku lagi adalah
lagi baik kalau aku tukar keje jadik pramugari
sempat lagi tak nak kurus?

hobi kamu pinjam duit

oh.pening kepala layan orang macam ni
pinjam dah banyak tapi alamak tak reti pulak nak membayar nya
pastu pinjam kat ramai orang
yang peliknya amaunnya semua RM10
kalau satu hari pinjam 5 orang, hah! dah dapat RM50
masalahnya, tak reti pulak nak bayar semula
oh.lemah jiwa raga camni wehh

apa nak buat dengan orang macam ni?
patutke ada sorang yang berani nak malukan orang macam ni..
oh oh ohhhhhh
tapi kesian gak
mebi dia ada masalah...
tapi kan..tengok pulak orang tu beli benda2 takde pekdah...
mungkin dah jadik hobi dia lah pinjam duit orang yek
masalah masalah
ish ish ishhhh

Tuesday, June 22

bila banyak sangat jalan rosak!

dah lama aku nak buat entry ni..
aku geram gile bila tiap2 pagi time pegi sekolah
jalan yang aku guna tu tak penah okey!
hoh! tak best..okey....
teruk.lobang sana sini
pagi2 dah rosakkan mood aku

ada satu kali tu
even sekarang pun still tak dibaiki lagi
lubang punyalah besar
sampai kene bwak keta slow ketepi betul jalan
takut kalau sebelah tayar termasuk
kompom susah nak kuar sbb dalam gilosh lubang nya
hoi.korang tak buat kerja ke?
ke duit dah abis
menyusahkan aku betullah

aku ingat lagi dulu time aku pregnant
perut aku memang sakit bila terhentak2 tiap kali lalu jalan situ
senak aku dibuatnya
bose wehhhh

pelakon terhebat ke?

hoh.pening kepala aku bila baca blog orang yang entry nya berat2
meaning: kena pikir banyak
adoh...
oh ok..ceta ringkas jeh sinik.

kat tempat keje korang ada ke geng2 yang pandai berlakon?
maknanya bila belakang kita, kutuk bagai nak gile
tapi bile depan kita.huh siap puji melambung,ketawa sengih sampai telinga
wah macam kamceng gilosh

hoh.aku kena  beb!
tapi dia sah tak tau aku dah tau
hua ha haaa
seronok beb tengok dia berlakon
aku pun berlakon sama gak,saja nak tengok sejauh mana dia boleh kontrol

Monday, June 21

bibik ku mahu balik indon

petang tadi balik keje
macam biasa time amik anak
tapi tetibe je bibik aku tu
"cikgu.....saya berat ini mahu cakap"..
peh.berdebor aku. anak aku jatuh ke tadi?
ada pape jadik kat anak aku ke?
buat saspen gilosh bibik aku ni

"ada apa kak nor?..."
"saya kena balik indon....sebulan"
"hoh? sebulan? ada apa kak nor?"
"ya entah lah...rumah sudah banyak hal ni!'
"Hmmm.camne ni kak nor?"
"tak apa....erna boleh ganti.saya udah bincang sama dia.dia setuju"
"oh.kalau camtu saya tak kisah lah.."

erna tu aku kenal.dia kawan kak nor ni jugak.
rapat gak ngan anak aku
cuma risau gak kot2 anak aku tak nak kat dia
aku mmg bdebor mula2 tadi..nasib baik anak aku takde pape
buat gempak je bibik aku ni

rupanya anak dia dah 2  minggu  hilang
katanya malam sebelum hilang tu, ada seorang budak perempuan datang
esoknya dia hilang
entah2 kawin lari kot
hok hok hok
aku harap moga2 selamatlah bibik aku ni

Sunday, June 20

oh.tayarku meletup.opocot!

iye iye.senang enak aku melayan blues sambil sedapkan hati sebab besok dah mule kerja.
tetibe bunyi "gedek gedek gedek" pada tayar
hmm..dalam kepala otak dah tergerak fikir apesal tayor ni..
MHHA pun berenti tepi jalan
jalan menengok belakang.hah! sah ! satu tayar meletup..
adus....lemah jiwa raga den

jam dah dekat kul 6.30
ada lebih kurang 36 km lagi nak exit kulai
oh.tak yah risau
MHHA memang hero
dia pun pegi bonet belakang
keluarkan segala mak nenek punya banyak barang
hambik tools tuk tukar tayar spare

tetapi makcik pakcik
hentah macam mana
boleh pulak allen key tu loose
hoh.sapa pulak yang gune
siap ada tulis pakai liquid kat allen key tu ROSAK
menyirap weh..

pikir punya pikir
teringat dulu penah hantar betulkan tayar kat muar
hoh.mesti kompon cine tu yang rosakkan
peh.bukannya nak bagitau
betul2 dah menyusahkan hidup aku anak beranak
kalau cine tu ada depan mata aku mmg aku dah ketuk kepala dia guna allen key tu

aku pun suggest kat MHHA tuk call kawan aku
rumah dia dekat je 
hoh.tapi dia pulak blagak.kata 'tak payah'
aku pun.hoh.lantak le kamu
setel le sendirik.tarik muncung

dah tu. hentam la jugak.bawak lagi 2km utk exit simpang renggam
sampai tol.stop tepi jalan
dalam ati aku.takde ke orang nak tolong dalam tengok2 aku dokong anak kecik,kete pulak tayar meletup
tak aci betul.aku selalu tolong orang pe.

MHHA pun menyevey sapa2 yang pakai sepot rim cam aku jugak
nak memboro allen key
alhamdulilah dapat lah jumpe satu brader dengan awek nya yang malu2 kucen
dia pun menolonglah kami yang dalam kesusahan ini..
thanks a lot bro!

bawaklah kereta tu sambil 80km perhour
...akhirnya sampai jugak lah aku kat rumah aku
hoh.penat

Tuesday, June 15

berikan aku kerja sebagai pengacara travel&living channel

oye.aku mmg suka mengembara melihat dunia
tapi aku blum cukup lagi melihat dunia
sbb tak cukup duit
sbb tak cukup masa

dunia ni cantik sangat
ada tasik yang cantik
ada gunung yang cantik
ada dasar laut yang cantik
ada banyak yang cantik2

tiap2 kali aku dah tengok sesuatu tempat yang aku dah visit tu
wah.hati berbunga2 riang tau
best nya
banyak karekter yang aku nampak
banyak suasana pelik yang aku nampak
semua tu benda yang boleh buat aku fikir macam2
eeee...besh tau

kalaulah aku leh tukar kerja jadi macam samantha brown ke
anthony bourdain ke
hah.bahagianya hidup ku dapat kerja macam tu
kalau tak pun macam Qi dalam destinasi bajet tu pun okeh gak pe..
hehe

Monday, June 14

berangan itukan percuma!

iye.aku mmg suke berangan
sbb berangan tak payah bayar
ianya percuma aja! hohoh

sejak kecik aku selalu berangan dapat kawin dengan putera raja
kesan banyak sangat tengok & baca fairy tales
akhirnya kawen gak ngan putera MHHA dari negara inderalagenda putra kulai
hehe

dalam banyak2 negara dalam dunia ni
aku paling berangan sekali nak pegi london
entah kenapa.aku tak tau
aku mmg suka negara tu
maybe sbb blum penah pegi,so jadikla mcam beria aja ya!

aku plan dapat je keluarkan kwsp aku ni
aku nak g sana. 
lagi pulak bila paksu aku ada sana.so rumah tak yah risau.makan tak yah risau
tapi kan
bila aku ceta pasal benda ni kat MHHA
dia cakap aku berangan tinggi sangat
alahai lemah jiwa raga bila MHHA dah cakap camtu
bowing ah camni..
takpe. tengok nanti dapat ke tak ye aku pegi
london here i come


malaysia jakarta bandung malaysia

hoh.penat.tapi best
aku tak tau nak ceta macammana.banyak oooooo.so ini dia laporan bergambo utk tatapan engkorang sume2
nak hambek..sila sekerol bawah sikit
....
....
....
....



ni baru nak bergerak terbang dari senai airport



alamak.sbnarnya aku malas betul nak upload gambar.
meh le tengok kat facebook aku je
ada kat luar ni ha..kelik aje le

best la jenjalan jakarta bandung ni
actually dorang ni taklah sesusah yang kita semua fikirkan
ramai je yang kaya2.rumah banglo lagi cantik dari malaysia
cuma pengemis2 tepi jalan tu kerajaan dorang tak kawal
tapi cuba fikir semula: itu pun faktor menarik hati pelancong kan?

haa...sapa nak jenjalan jakarta bandung
leh le contact aku
aku leh bagi no tepon tourist guide masa kat sana
baik bangat orang nya lah!

musim mengawan sudah tiba!

yoshh.ramai sungguh manusia kawen 
maklum cuti sekolah kan
ramai sikit sedare mare yang boleh datang 
semalam aje mak bapak aku dah pegi 6 buah rumah dalam satu hari
sampai je rumah terus pengsan sbb buannyakkk sangat melantak nasik minyak
hoh. termasuk goody bag yang penuh dengan kerepek ubi plus sumi
jenuh anak aku makan sampai bosan
alhamdulilah la..
moga2 semua pegantin tu hidup aman damai lah
tok sah gaduh2 tah bende2


pakai warna yang betul boleh terus naik pangkat

ape korang penah dengar pasal colour therapy
hoh. cam best je kan..
aku pun nak terai gak.nanti leh terus naik jadi pegetua kot.hok2..

kalau isnin kene pakai biru
selasa pakai merah..
contohnya lahh!!
heheh...

nanti aku nak sevey sket2..
wah dah dapat info leh la aku story mory sini

jual online lebih mahal

hah.karang kalau aku laser lebih2 orang marah
tapi aku pun sebenarnya suka gak tengok barang2 yang dorang jual online ni
cantik2 siut..

tetapi kengkadang nya aku rasa dorang ni jual harga melambung tinggi sampai langit lah!
ya aaa..mana tak nya, bukan ada sewa kedai. walaupun kena tambah harga pos, kos minyak nak pegi amik barang lagi
tapinya: lebih 200% tu keuntungan.
tu pun nasib baik aku dah ternampak barang tu  kat kedai borong.
wah! terkejut aku tengok harga asalnya berapa

ok2..takpe hak penjual la kan nak jual berapa. bergantung pada pelanggan nak beli ke tak
kalau rasa mahal,tok sah la beli yek
yo jangan laser2 makcik..
bising orang jual online nanti
huh.saja nak buat kecoh cari gaduh
haha

Wednesday, June 2

vaksin infkuenza A dah sampai.boleh cocok

aku ni tengah demam 
ngape nye demam?
sbb smlam aku ngan kengkawan pegi cocok vaksin H1n1 kat lengan tangan kanan
sakit ooooooooo
ah.lebih2.sakit sikit je

hah.masyarakat malaysia.pe lagi?
vaksin dah boleh dapat untuk orang awam
sapa2 nak boleh lah pegi kelinik kesihatan memasing
sesape yang malas nak beratur
korang pegilah swasta dengan rege rm80 sekali dos

hah.ingat jangan lupe 
satu grup mesti 8-12 orang
sbb satu botol tu cukup untuk 8-12 orang
kalau tak, membazir kalau lebih
ubat tu hanya tahan 24jam jek

korang hengat aku tipu?
sukahati korang lah
yang penting aku dah cocok
aku tau pun sbb surat siaraya tu dah tampal kat sekolah2..
takde makna aku nak tipu
tak dapat duit pun kalau tipu

jangan lupe pas cocok terus makan panadol 2 bijik
kalau degil jadik macam aku
demam mcm ni
kepala otak sakit segala mak nenek sakit
adohhh

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker