Tuesday, August 17

aku pun nak ceta pasal bulan puasa jugak

banyak baca blog orang semua ceta pasal bulan puasa
aku rasa macam takde idea nak tulis
tapi taip punya taip
makin banyak jugak pe

sambil luluth lompat2 atas perut
tak apa, perut kosong.takde taik nak keluar
dapat jugak menaip entah2apa nih
bulan puasa ni dah masuk 7 hari
belum ada lagi makan luar
sbb dah serik gamaknya
asik dapat yang tak sedap je
mmg kulai ni takde bazar yang best lah

aku rasa seumur hidup aku
bazar paling best penah aku jumpe
masa aku kat ukm dulu
semua bende yg jual kat situ sedap
beli apa pun berani
semua mengkecurkan air liur
air liur boleh meleleh seret kat kaki punya

tapi tu tahun 2002 sampai 2006 dulu
skrg kot2 orang yg jual tu dah mati ke
so dah tade la kot yang sedap lagi

paling best dalam dunia kat situ
nasik lemak sri sarawak
heh! sedap weh..memang berator punya  orang beli
letak kerang.kalau mak  bapak dah bank in duit lebih time tu
letak sotong yang mahal sikit ngan telur puyuh
pastu mee sup utara (huh..3 bungkus baru cukup)
ngan makcik (taktau apa nama) beli laksa penang pulak
hah.tu 3 benda wajib beli kalau kat situ

pastu kadang2 beli jugak nasik ayam berempah
ngan roti john(sbb budak yang jual tu cute)
kalau rasa cam banyak duit je beli nasik kerabu
original macam kelantan punye
segala mak nenek letak..huish, tak toleh kiri kanan time makan

kalau rasa nak makan ramai2
beli lah yong taufu
amik segala benda yang tangan boleh capai
pastu tak abis.hehe

rangka ayam pun benda tak boleh miss
kira kalau miss, sampai bilik boleh nangis punya ar..

last but not least
air bungkus
tembikai..kalau tak pun mata kucing

on the way balik ke motor tu
tangan sampai biru sbb darah tak jalan
pegang banyak sangat makanan sampai berat
aku ingat lagi geng aku masa tu durrani mastura
orang nya kurus je
tapi beli makanan mmg tak ingat dunia
last2 aku yang kena habiskan
ko tak kira untung ke dapat kawan kuat makan?
dia lah penyumbang kegemukkan aku

hah.bila diingat2 semula
time tu mmg indah
memang best

dan bila diingat2 semula
baru sekarang aku tau kenapa aku gemuk
aku mahir betul cerita pasal makanan
(huh?)

Monday, August 16

sapa yang tak gila dengan duit



aku percaya duit yang banyak boleh buat sapa2 je jadik gile
sbb aku dah pernah tengok keadaan ni dengan mata aku sendiri
tamak.greedy.dah tak dapat fikir dengan waras
putus saudara

huh. kemana sangat dengan duit yang belum tentu halalnya tu?
dah tentu2 bukan hak dia
lagi di ambil 
bukan ke haram namanya tu

aku tak paham orang macam ni..
biarkan
biarkan luncai  terjun bersama labu2nya
kita tunggu dan lihatlah
akan kaya  kah dia?
akan jutawan kah dia?
pasti aku tunggu dengan gelak besar saja!
sbb mengambil yang bukan hak
pasti ada balasannya yah!

kau tamak
kau gile harta
kau dah tak waras
ambik lah
ambik semua
sbb yang hakiki bukan harta
dosa dan pahala itu yang pasti

biar duit yang kecil
tapi penuh berkatnya
bisa tanggung seluruh kakitangan

Tuesday, August 10

kepala mengong!

bila buntu tak tau nak buat apa
bila buntu tak jumpa cara cane
bila buntu takde orang nak tolong kite
bila buntu rasa macam kepala dah biol

salah siapa
kamu kot
awak kot
saya kot
kita kot

sapa lagi yang cari masalah kalau bukan kita sendiri kot
hoh.kepala otak dah mengong
jangan mengong betul -betul kepala

bila dah jatuh ditimpa tangga
kaki dah terseliuh
kaki tersepit lagi pada tangga
kepala pulak terhantuk pada bucu tangga
memang malang tak berbau lah
sbb budak malang dah pegi mandi
macamana lagi dia nak berbau

Friday, August 6

bila yang pergi tak akan kembali.saat penuh emosi

lama tak tulis blog
mood hilang
dah pergi.kemana tak tahu

2malam lepas
jam 4 pagi dah terjaga
mata besar bungkal
tak boleh lelap
kenapa ni?
pagi sampai.
bangun

1malam lepas
jam 4 pagi
waktu kelmarin
telefon berbunyi
ibu
hati dah jangka sesuatu
"atok dah tak ada"
..............
mata rasa hangat
blank.noktah

tiba negeri sembilan
mata merayau
mana nenek
nampak ibu
nampak abah
nampak semua
semua senyum
hati tak mungkin senyum
tak mungkin

oh.itu nenek
tidak.air hangat turun dari mata
nenek gelisah
gelisah yang amat
kasihan
nyawanya sudah pergi separuh

jemaah dah sampai
sembahyang mula
kepala menjengah
nampak mayat atok
nampak kepala mayat atok
hati bengkak semula
tahan.tolong tahan.

kaki ikut langkah
ya Allah
ampuni dosa2 atok
kami sayang atok
sayang.amat.

tanah dicampak
masuk tepat dalam liang
"tolong...tolong baik2 ya..."
nenek...kenapa cakap macam tu
atok dah mati
atok dah tak rasa sakit
mata sangat tak tahan
air keluar terhambur2
sangat terharu
nenek.......

nenek dah tak tak boleh jalan
orang papah sampai rumah


atok.
kami ingat semua kenangan dengan atok
mata.jangan nangis sekarang

kami dah mula rindu atok

ya Allah
kami mohon
tempatkan atok di samping orang-orang beriman
There was an error in this gadget

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...