Sunday, April 24

kamu fikir ubat batuk itu selamat?

http://2.bp.blogspot.com/_YTPxX2NsxwY/TA9Bv3ChsaI/AAAAAAAABSs/0p7WjMZlqCI/s400/ubat_batuk.jpg


UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE (Mesej asal oleh Dato’ Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles) Kepada Semua, Luangkan masa untuk menghantar mesej ini atau mengedar risalah ini kepada orang yang disayangi, keluarga dan rakan-rakan. Cetakkannya dan letakkan di pejabat agar boleh dibaca oleh semua..


PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI! Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik. Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran balik.


Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus). BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE . Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain.


UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE : Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant Plus Dietary Supplements Acutrim Maximum Strength Appetite Control Alka-Seltzer Plus Children’s Cold Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold medicine (perasa ceri atau oren) Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent BC Allergy Sinus Cold Powder BC Sinus Cold Powder Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief Comtrex Flu Therapy & Fever Relief Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules Contac 12 Hour Caplets Coricidin D Cold, Flu & Sinus Dexatrim Caffeine Free Dexatrim Extended Duration Dexatrim Gelcaps Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels Dimetapp DM Cold & Cough Elixir Dimetapp Elixir Dimetapp 4 Hour Liquid Gels Dimetapp 4 Hour Tablets Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets Naldecon DX Pediatric Drops Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal Congestion Triaminic DM Cough Relief Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion Triaminic Syrup Cold & Allergy Triaminic Triaminicol Cold & Cough Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak : Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough Berry 3D Cough Relief Yellow 3D Expectorant Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda. Jika anda mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil,


SILA BERIKAN RISALAH INI. INI ADALAH SESUATU YANG SERIUS. EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI AGAR MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK TRAGEDI KEPADA

Wednesday, April 13

saya seekor kancil yang te-sepet ditengah-tengah gajah

se-bena nya susah taw bila dua orang besa-besa bergado
kemudian kamu kena denga cerita yang be-lainan motip dikedua-dua pihak

benda macam gini boleh buat kamu pening kepale taw~~


pening tu boleh be-laku bila cerita kedua pihak berbeza
yang penting motip kedua pihak tu adalah nak se-same be-burukkan


yang paling pelik nya. patutnya orang kecik je boleh jadik kancil yang boleh te-sepet tu
tapi aku yang tak berapa nak  kecik pun boleh te-menjadi kancil



ala-kite nak buat keje taw
kite tak nak denga awak-awak orang gado taw
sebab kite mampus tak nak tau taw

http://www.clipartoday.com/_thumbs/014/HotBoss_tnb.png

**kite rasa macam nak buat macam ni je taw

Tuesday, April 12

bakat apa yang kamu ada?

ok.cuba fikir2 sikit @ banyak apa bakat yang kamu ada?


bakat bersukan


bakat memasak


bakat bercakap


bakat menghias rumah


bakat mempengaruhi orang... errr


bakat berniaga



ataupun


bakat melukis


dalam banyak2 bakat yang ada kat atas
aku pilih untuk mengulas lebih lanjut tentang bakat melukis


aku jeles. aku mmg jeles pada orang yang boleh melukis cun-cun-cun
sbb
aku tak pandai melukis



nasib baik dulu waktu zaman sekolah bukan kelas yang ada subjek seni
kalau tidak rasanya habess aku



kita tengok gambar-gambar yang aku amik dari pada google
semuanya aku jelaskan disini bukan milik aku
tentu. aku baru je tulis aku tak pandai melukis kan

http://4.bp.blogspot.com/_GuYcee8JAXs/R-gNo-FaUKI/AAAAAAAAF24/y44iueO9r0c/s320/portrait.jpg

http://farm1.static.flickr.com/82/231741312_b03f2badb3.jpg

http://www.oilpaintingportraits.org/wp-content/uploads/2010/05/art_belinda_ivy.jpg


http://www.deshow.net/d/file/cartoon/2008-12/bob-ross-landscape-painting-281-2.jpg

 ok.
terima kasih search engine google

Monday, April 11

black swan - satu cerita yang boleh dimenyesalkan selepas tengok

http://cdn.screenrant.com/wp-content/uploads/Black-Swan-movie-poster.jpg

whoa. seriously ini pendapat aku. dan kalau mereka2 rasa cerita ni best. itu bagus lah


pertama sekali, aku sangat tak suka pada elemen seks yang keterlaluan dalam filem ni
tapi tentulah, orang barat mmg tak sah kalau takde elemen seks yang melampau


walaupun jalan cerita dan lakonan natalie portman sangat sangat superb
tapi disebabkan elemen seks keterlaluan dipertontonkan secara jelas dan tanpa sembunyi
maka cerita ni sudah menerapkan unsur kebosanan kepada aku
suasana liar di kelab, hubungan lesbian & guru tari yang mengajar cara menaikkan nafsu
semuanya tanpa sembunyi


sedangkan pada awalnya cerita ni boleh dikatakan satu filem yang menarik perhatian dan penuh suspen,
tetapi bila terlalu banyak elemen yang tak patut diselitkan dicelah2 filem
maka, tumpuan pada motif utama penceritaan jadi agak terganggu



cerita ini mmg satu cerita yang hebat
tapi.entah kenapa aku rasa menyesal lepas tengok




**tak dapat lawan king's speech

Tuesday, April 5

istana lama

baru-baru ni kami mendapat kunjungan daripada seorang pelajar yang berasal daripada jerman
dalam pengenalan pelajar itu, dia sempat menunjukkan satu gambar istana lama @ castle yang masih dijaga dengan elok  dinegarnya.
aku sentiasa kagum dgn senireka binaan zaman dulu kala
mungkin selepas ni aku boleh buat entry mengenai seni reka islam zaman lampau kan
mesti menarik



setiap kali melihat castle
aku pasti terbayangkan puteri raja, putera yang kacak
knights... dragons & dungeons dan semua yang berkaitan
sure.aku mmg suka berangan **




dinegara-negara yang masih mempunyai castle,
mereka menjaga castle mereka dengan begitu baik
tentu. seni yang sukar untuk diulang dan sejarahnya adalah begitu bernilai
mesti dijaga dengan baik.



so. mari kita tengok betapa cantiknya castle-castle diserata dunia
dan betapa hebatnya kepintaran manusia yang dikurniakan Allah.
alhamdulillah

http://www.staff.ncl.ac.uk/hermann.moisl/SEL3042/neuschwanstein.jpg

http://www.guide-to-castles-of-europe.com/images/lismoreimage.jpg


http://vaud.all-about-switzerland.info/lakegeneva/chillon_castle_montreux_06.jpg

http://www.eshre.eu/01/MyImages/Edinburgh_Castle_princes.jpg

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/71/Culzean_Castle.JPG/400px-Culzean_Castle.JPG

http://media-cdn.tripadvisor.com/media/photo-s/00/1d/73/fe/eilean-donan-castle.jpg


http://media-cdn.tripadvisor.com/media/photo-s/01/05/2a/b4/skibo-castle.jpg


*aku bayangkan aku tengah kat puncak atas sekali, tongkat dagu konon2 tunggu putera raja datang

Monday, April 4

apa nak buat dengan ipad 2

kalau ditakdirkan kamu mendapat ipad 2 sebagai hadiah
apa yang sebenarnya kamu akan buat?
lebih-lebih lagi bila kamu tak pernah ambik tahu secara serius mengenai ipad ni
tambahan lagi, kamu hanya biasa dengan microsoft dan tiba-tiba kena pakai mac
huh. mesti agak blur dan terhad apa yang kamu boleh dan berupaya lakukan dengan gadget tersebut
kan kan kan
http://www.mobilephone.co.in/wp-content/uploads/2011/03/apple_ipad2.jpg








ok.mari kita fikir sama-sama apa ya nak buat dengan ipad ni


ipad boleh dikategorikan sebagai tablet pc
dengan harganya yang lebih murah berbanding iphone
*hingga sekarang aku masih fikir kenapa ipad lebih murah dari iphone


mula-mula kita boleh menggunakan aplikasi e-book dengan ipad ni
wah.seronok kan boleh baca buku macam tu
tapi kebanyakkan buku kena beli online dulu.
agak sukar untuk orang yang tak ada kad kredit macam aku
aku memang suka membaca, tapi masa yang sikit menyebabkan aku dah tak pernah membaca
*malu


untuk aplikasi game apatah lagi kan
tak perlu disebutkan lagi game apa
berjuta-juta itu dah tentu
*juta? hmm....



selain itu, untuk orang yang ada anak kecik macam aku
ipad boleh digunakan untuk pembelajaran awal anak-anak anda....ya...macam best kan....
http://www.thehindu.com/multimedia/dynamic/00504/17mp_baby_ipad1_jpg_504163f.jpg





tengok lah budak zaman sekarang
keluar dari perut mak, dah terus dapat pegang ipad?
melampau.......


asas untuk ipad mestilah aplikasi untuk melayari internet
apa saja. facebook, google dan lain lain dan lain lain lagi




jika kamu mempunyai ipad 2
benda paling best jika pasangan kamu menggunakan iphone adalah face time
kamu boleh bervidiyo call dengan skrin yang lebih besarrrrrrrr punya
puas kan dapat tengok muka orang yang tersayang.... hehe... *jangan fikir sampai kesitu boleh?

 http://www.ipad2jailbreak.com/wp-content/uploads/2011/04/ipad-2g-with-facetime.jpg

sebenarnya banyak lagi yang kita boleh buat dengan ipad, tapi sbb aku belum ada benda ni  maka macammana aku nak cerita lebih-lebih? tak baik taw...

so, ipad 2 ni mmg best, memang best dan memang best!



*TERIMA kasih MHHA sbb berangan nak bagi saya ipad 2.. saya tunggu2 ni.... :))

Saturday, April 2

the king's speech

http://1.bp.blogspot.com/-cH_j5u2PHzM/TXHQeKQtw0I/AAAAAAAAAO4/DcWRnzKvjVg/s1600/the-kings-speech-movie-poster1-406x600.jpg

saat cerita ni diumumkan sebagai pemenang
hati dah mula tak sabar turut nak menonton filem yang dikatakan hebat ini
filem dah menang, of course hebat *sangkaan



and indeed
cerita ni mmg hebat
cerita yang membosankan bagi mereka yang tak suka berfikir
*adakah aku suka berfikir? haha!


perlu diingatkan
filem ini tidak mempunyai aksi
terjun bangunan
pukul memukul
tiada.


filem ini menggunakan teknik bercakap
dari awal bermula hingga akhir



membosankan kan?




tapi sebenarnya tidak



menceritakan mengenai seorang putera raja England yang gagap
yang akhirnya mesti menjadi raja setelah kematian ayahnya
setelah abang sulungnya menolak tawaran untuk menjadi raja kerana menjalinkan hubungan dengan seorang janda
undang-undang tidak membenarkan raja untuk berkahwin dengan sorang janda



malangnya apabila seorang raja itu gagap
maka, setiap percakapannya akan  menjadi begitu tidak meyakinkan
sehinggalah raja berjaya menguasai gagapnya itu dengan pertolongan seorang rakyat biasa yang tidak mempunyai sebarang sijil tetapi pengalaman semata-mata



jom tonton!

samsung versus iphone

wah. potongan gaya samsung sejak akhir-akhir ni semacam melonjak-lonjak naik populariti nya
aku tak lah hebat mana pun ilmu pasal smartphone ni
tapi aku juga pemerhati yang hebat. :)
http://www.cellphoneinn.com/wp-content/uploads/2010/12/samsung-galaxy-s-phone.jpg

sejak tahun lepas aku mengusha samsung galaxy S
seperti hebatnya ya?
seorang kawan baru-baru ni berjaya membeli telefon nipis yang mahal itu
sempat jugak membelek2 telefon pintar yang kurus tu
hmmm.*hebat jugak phone ni



tapi disebabkan aku juga biasa menggunakan iphone4
*walaupun bukan milik aku
jelas aku mengesahkan iphone4 lebih kukuh buatan nya
dan dengan harga yang sama, pendapat aku lebih berbaloi menggunakan iphone4


http://mukrishhanafi.com/wp-content/uploads/2010/12/iphone4_2up_front_side-420-90.jpg
tapi *aku tambah lagi
kamu hanya akan rasa seronok menggunakan iphone bila gadget kamu yang lain juga apple
jika kamu bukan peminat apple, dan kamu menggunakan iphone,
maka penggunaan kamu kepada iphone hanya akan  lebih kurang 20% saje
biasala apple ni kan satu produk yang 'sombong'
mana 'campur' orang lain


http://laptoping.com/wp-content/sony_vaio_cr.jpg
sebab itu waktu MHHA offer dulu
sony vaio @ mac book
aku pilih sony vaio
sbb kalau aku pakai mac book, maka susah aku nak berkerja
sbb kat tempat kerja takde sapa pakai macbook@apple
susah nak bekerja sama nanti dlam beberapa hal
tapi actually pengalaman menggunakan macbook, ianya taklah sesukar mana pun


http://www.laptopsarena.com/wp-content/uploads/2010/09/apple-15-macbook-pro-notebook-laptop-battery-3.jpg

*yang buat aku pelik
orang yang banyak komen tentang apple BUKAN pengguna apple
macammana kamu tahu begitu banyak tentang apple sedangkan kamu sendiri tak gunakannya?


**berdebar-debar dan tak sabar menunggu iphone5 & ipad2 (droolingg......slurp slurp)

Friday, April 1

positif tip tip top

ada satu keadaan yang boleh buat kita menyampah
sampai rasa muka pun boleh jadi herot2 sebab tahan bibir dari mencebik
keadaan tu kerap kali berlaku sejak bermenjak2 kebelakangan



bila kita dah tahu kita adalah menghidap migrain
maka, kita kena kerapkali buat2 tak dengar, dan kerapkali borak dengan rakan sebelah
borak apa saja, hal luar daripada kerja
jika kita berikan tumpuan 100%
kita akan balik rumah dengan kepala sakit kerana migrain
itu yang berlaku pada saya
ya!


bila sama2 menonton cerita kartun dengan anak
hati ada terdetik
mudah je hidup kartun2 ni
takde masalah

itu yang masalah nya
kita bukan kartun kan?
mmg lumrah manusia mesti mempunyai masalah



ada kawan pernah berkata kepada saya
"hah! tu lah! suka tak ambik tau!"



masa tu hati rasa sentap
tapi mesti buat tak tau, tak boleh fikir apa dia cakap sebab nanti sakit hati dan sakit kepala




moral:betapa kita menyampah pun pada seseorang atau percakapan seseorang
kita kena anggap dia sebagai angin lalu
yang lalu masuk lubang kanan,keluar lubang kiri
There was an error in this gadget

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...