Friday, June 25

ular menyusur akar takkan hilang bisanya kan?

aku minggu ni penuh dengan pening2 lalat..
kepala otak aku pening penuh dengan masalah sebab bibik nak balik indon

malam semalam aku dah tanya betul2, punya banyak kali
sampai aku rasa mesti bibik fikir aku ugut dia

"kak  nor betul akan balik malaysia semula? janji dengan saya!"
"betul..... saya mesti balik"

"saya tunggu kak nor!"
"mesti..."

dia pun dah nangis2 sebab nak tinggalkan anak2 angkat dia ni..
huh.aku dah percaya dia..dia dah jaga anak aku elok sangat lah..susah aku nak tukar orang
tak confident weh...
so  keputusannya: aku hantar si kecik luth pada nenek nya dulu then sambung semula dengan kak nor

aku asalnya nak hantar terus anak aku pergi kindergarten..
but then hati seorang emak ni tak tenang pulak
aku dah register..tapi terpaksa cancel
aku mmg tak sedap hati...

ada kawan yang sangat pentingkan pendidikan awal kanak2..
tapi aku pulak sebagai cikgu ni ada pendapat aku sendiri
aku dulu 4 thun beb belajar pasal perkembangan kanak2..
so dalam kepala otak ada jugak sikit ilmu pasal perkembangan otak kanak2
bukan kena asik belajar je ye...lebih kepada pendedahan kepada budak kecik tu sendiri
barulah otaknya berkembang..lagi banyak pengalaman kita bagi, lagi tinggilah kemahiran berfikir anak kecil itu

lagipun............................................benda yang paling aku tak sedap ati nya...
peranan aku sebagai emak akan hilang
mana taknya, makan pun orang lain dah masakkan, ajar membaca pun orang lain yang buatkan!
emaknya cikgu pulak tu! hoh tak boleh ni....
kalau boleh, kalau boleh la......
aku nak ajar anak aku sendiri
baru aku akan puas hati............
mungkin aku cerewet..tapi biarlah! anak aku kan?
in fact: DULU PUN AKU TAK SEKOLAH TADIKA
hah.but result aku semua flying colours beb!

No comments:

There was an error in this gadget

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...