Friday, April 30

legging / LONG


CODE 004
SIZE AVAILABLE:
80 (80CM/ 11KG)
90 (90CM/13KG)
RM 14




CODE 005
SIZE AVAILABLE:
80 (80CM / 11KG)
90 (90CM/ 13KG)
RM 14

CODE 006
SIZE AVAILABLE:
80 (80CM / 11KG)
RM 14



CODE 006
SIZE AVAILABLE:
90 (90CM/ 14KG)
RM 14



CODE 007
SIZE AVAILABLE:
95 (95cm/ 14kg)

RM 14
CODE 008
SIZE AVAILABLE:
90 (90CM/ 13KG)
95 (95cm/ 14kg)

RM 14
CODE 009
SIZE AVAILABLE:
80 (80CM / 11KG)
90 (90CM/ 13KG) 
95 (95cm / 14kg)
RM 14

CODE 010
SIZE AVAILABLE:
80 (80CM / 11KG)
RM 14
HOT ITEM!

CODE 011
SIZE AVAILABLE:
80 (80CM / 11KG)
RM 14
HOT ITEM! 
CODE 012
SIZE AVAILABLE:
80 (80CM / 11KG)
90 (90CM/ 13KG)
RM 14
TO ORDER: 
CALL @ SMS 019-7700098
*tambahan rm5 utk penghantaran pos laju





































Legging /SHORTS



CODE 001
BABIES LEGGING
SIZE AVAILABLE:
90 (90CM/13KG)
RM 10
 
 CODE 002
SIZE AVAILABLE:
90 (90CM/13KG)
95 (95CM/ 14KG)
RM 10 
CODE 003
SIZE AVAILABLE:
90 (90CM/13KG)
95 (95CM/ 14KG)
RM 10 
TO ORDER: CALL @ SMS: 019-7700098
*tambahan rm5 utk penghantaran pos laju


babies collection... SALE SALE SALE

RALPH LAUREN DRESS
SIZE AVAILABLE:
6 MTHS
9MTHS
18MTHS
RM 20 ONLY!


OSH KOSH BGOSH
SIZE AVAILABLE:
6MTHS
9MTHS
12MTHS
18MTHS
RM20 ONLY!


CARTER'S ROMPER
SIZE AVAILABLE:
3MTHS
6MTHS
9MTHS
RM 20 ONLY! 

 
CARTER'S ROMPER
SIZE AVAILABLE:
6MTHS
9MTHS
RM 20 ONLY! 

OSH KOSH BGOSH LONG SLEEVE
SIZE AVAILABLE:
12MTHS
RM20 ONLY!
HOT ITEM!

TO ORDER:
CALL @ SMS: 019-7700098
*tambahan Rm5 utk penghantaran melalui pos laju

Thursday, April 29

kombinasi 100plus + pening kepala

bila pening2 kepala macam ni teringat pulak pada satu info yang aku baca daripada website pengguna muslim.

kata nya macam ni:
kalau pening kepala, campurkan air 100plus dengan air suam dan minum
insyaallah, boleh kurang pening kepale tu

rasanya ramai yang tahu tak elok banyak makan pain killer bila pening kepala
tapi rasanya ramai jugak yang tak amik peduli
haha..termasuk aku lah tu~~~ :)

tapi masalahnya, aku ada banyak kerja rumah termasuk kena urus anak..
kalau aku layankan pening kepala ni, apa pun tak siaplah nanti..
tak masak lah makanan tuk family aku nanti..
malam nak kena bangun buat susu lagi
kalau nak ikutkan pening kepala, wah! apa pun tak jadi
itu pemikiran singkat cam aku la..
heheee


tapi aku penah jugak try guna cara 100plus tu
boleh tahan la berkesan gak..
tapi bukan terus sembuh..beberapa ketika baru kurang sakitnya...
hehee...
tapi kepala aku boleh pening tiba2 kalau rumah bersepah..
oh oh ohh~~~



Wednesday, April 28

dogaannnn...

wah..geram betul hari ni..
memang hangin satu badan, satu kepala otak..
grrrrr....
aku tak tau la apa nak jadik dengan budak2 zaman sekarang....

soalan aku tadi senang aje..
"kenapa pergi sekolah, kenapa awak belajar?"
dengan muke yang kerang busuk.."tak tau.."
pehhh...menyirap darah aku sampai ke hujung otak...
apa nak jadi kalau kenapa perlu belajar pun tak dapat jawab..
ge ge ge...tengah tulis ni pun aku masih terbakar lagi
aku pergi ke budak lain..aku tanya soalan yang sama..
dia jawab " utk saya jadi pandai, dapat sambung blajar, dapat kerja"
wah! boleh pulak budak yang ni...
aku tanya semula pada budak lelaki yg sama,dia masih geleng kepala tak tau.....
geram nya aku!!! rasa cam nak cekik je...
tapi aku tak cekik...(jgn ubah statement aku)
aku pergi belakang kelas terus mengucap banyak kali....
sabar2....sabar2...sabar2....

second class (different class)
bila aku tengok buku latihan si X ni...wah! masih kosong!
darah aku ni masih mengelegak lagi ni... hah! terus je aku tanya "kenapa tak siap lagi?"
dia pun teragak2 cakap terlupa...
terlupa dia kata! tiap2 kali masuk kelas itu je jawapan dia....nak kena dia ni...dah banyak kali tak siap kerja..
ok, rasakan pengajaran utk kau...aku tak tengok muka dia masa sepanjang mengajar hari ni..aku dah cukup punya baik, dah lembut, dia pijak2 kepala aku yeee??? memang lah nak kena dia ni... 

kadang2 aku betul2 rasa tak dihargai..
mana taknya, cikgu betul2 semangat nak mengajar
tapi budak ni tak pernah nak serius..
bila cikgu marah, mak bapak pulak yang masuk campur..
marah cikgu semula..
aku memang terasa hati la...
even lepas solat pun seorang cikgu masih doakan supaya anak muridnya berjaya
tapi mana masyarakat letak martabat seorang guru?
aku cakap habis betul la ni..
aku ada anak..aku tak kisah kalau nanti cikgu dia pukul dia semata2 utk dia pandai..aku benarkan...
tapi masyarakat sekarang ni, pukul sikit pun dah report pada paper...
sedih aku..sedangkan cikgu berhempas pulas tak rehat semata2 nak siapkan bahan utk mengajar besok...
kadang2 sampai tengah malam pun masih mengadap laptop cari bahan mengajar...
inilah nasib

Monday, April 26

kecuranganmu kecuranganku

wah..gempak gile topik yang aku tulis ni...
oh oh oh..bukan masalah peribadi ye...tidak sama sekali
cuma saja nak tulis pasal benda ni sbb macam dah banyak dengar dan  tengok pasal benda ni daripada orang sekeliling...

bagi aku, tak tahulah pihak mana yang salah..
dan pasti nya kita tak boleh salahkan sebelah pihak..oh yes...
aku rasa la kan, aku rasa je la...sbb tak mengalaminya...so mungkin tak adil kalau aku menilai...
sambung balik: aku rasa benda2 camni ada sedikit sebanyak sebab dah terpengaruh dengan hasutan syaitan..
ye tak?...kalau dah kena bisik2 dengan syaitan, benda yang halal & haram dah tak nampak dah..
benda yang cantik pada pasangan kita dah tak nampak dah..benda yang baik selama ni pasangan dah buat tak nampak dah...

cam ceta Adamaya ni...bila ex-bf dia datang semula, dah mula cam goyang dah...
wah...jahat gitu..
dari segi agama islam pun, seorang isteri yang menduakan suaminya..maka akan dilaknat lah dia oleh Allah s.w.t
haaa.....sanggup ke?
bagi sapa2 yang dah ada perasaan camtu, cepat2 lah mengucap..


tapi kadang2 ada jugak rumahtangga yang bahagia..alih2..tup2..ada pulak tah mana datangnya pihak ketiga datang kacau..
ingat ye..sekarang dah ada ramai golongan2 pompuan sun***  yang suka ganggu suami orang...haaa? ya betul...


pegangan agama mesti kuat, kukuh...
ingat semula saat bahagia...
aku doakan semua kawan2 aku yang dah kawin dijauhkan dari benda2 tak elok macam ni...
rajin2 solat sama2...jaga hubungan suami isteri...
bersyukurlah dengan jodoh yang Allah dah berikan kepada kita...kerana itulah yang terbaik...
syaitan akan terus menghasut...manusia kena tetap kuat melawannya...
insyaallah

Sunday, April 25

buah goji..pernah tengok? pernah dengar?

hari ni aku nak cerita pasal buah goji..
wa wa waa..
pernah dengar? pernah tengok?
lebih mudah kalau  nak panggil kismis cina..
kenapa cina, bukan melayu ke, bukan orang puteh ke?
oh, mungkin kerana buah goji ni banyak orang cina yang amalkan berbanding kaum lain..
(oh, ye ke? aku teka je)

mana gambarnya?..ok2..sabar -sabar..


haaa.... macam kismis tak? rasanya pun ala2 lebih kurang je..tapi buah goji ni lebih lembut dan tak berapa manis macam kismis...menurut sejarah buah ni dah banyak diamalkan oleh masyarakat himalaya sejak 5000 tahun dahulu..mungkin ini lah kismis bagi dinosour kot.. (erk, lebih-lebihnya aku ni)


aku nak cerita pasal khasiatnya...
ni senarainya..baca jgn tak baca..
1. membantu sistem penghadaman
2.meningkatkan keceriaan dan semangat anda
3.menghilangkan tekanan dan gelisah
4.membantu mengurangkan batuk kering yang kronik
5.meningkatkan memori dan memulih ingatan
6.menyokong fungsi buah pinggang
7. menguatkan otot dan tulang
8.meningkatkan kesuburan
9.menghalang loya dipringkat awal mengandung
10.merawat simptom-simptom menaupause
11.menyokong fungsi hati yang sihat
12. mengaktifkan fungsi enzim anti-radang
13.meningkatkan limfosit
14.membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel merah, sel-sel putih, platelet, dan rawatan sum-sum tulang
15.mengurangkan kesan toksik kemotrapi dan radiasi
16.menghalang tumbuhbesar tumor
17.menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser)
18.digunakan sebagai rawatan kanser
19.meningkatkan respon imunisasi (T-cell, IL-2, IgA, IgG)
20.meningkatkan halangan kepada penyakit
21.menghalang peroksidaan lipid(yang menyebabkan sakit jantung)
22.mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda
23.melegakan insomania dan tidur yang lebih nyenyak
24.melegakan sakit kepala dan pening
25.membantu mengurangkan berat badan
26.meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual
27.menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes
28.mengurangkan kolestrol
29.mengurangkan risiko kanser
30.mengekalkan tekanan darah yang sihat
31.merangsang rembesan HGH ( hormonpertumbuhan manusia)- hormon remaja
32.meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit
33.mempunyai tindakan anti-oksida yang baik-menghalang diri tua sebelum masanya.

banyak kan, kan, kan...

mungkin ramai yang tak biasa pergi ke singseh..(betul ke ejaan ni?)
tapi aku agak biasa jugak..sbb bapak aku slalu gak guna ubatan herba cina..
bapak aku la, aku tak..sbb herba tu p.a.h.i.t, pahit cikgu!

aku biasa bagi kismis ni utk anak aku..lagi2 time dia batuk...boleh dipercayai jugak khasiat2 ni...
tapi kalau boleh jgn pulak makan sampai semangkuk, ala2 makan nasik time lapar gitu..
buat biasa2 je..cam makan kismis yang biasa kita buat tu..
aku slalunya rendam buah goji ni dalam air teh bunga (yang aku beli kat singseh jugak), dalam air suam lepas tu letak buah goji ni sikit.. berebut jugak lah dengan anak aku...tapi anak aku tak suka air teh bunga tu, dia suka buah goji ni je..

cuba2 lah amalkan..






Saturday, April 24

kemas,sapu,mop,lap,basuh

salah seorang daripada makcik (belah suami) baru je beli rumah baru...
wah, bestnya nak masuk rumah baru..
(aku terlebih excited..rumah siapa ni?)

tapi bila ingat semula penatnya..
wah, baik aku tarik diri..
penat mengemas rumah aku ni dulu pun tak hilang2 lagi lah! 
bila teringat semula kena mop banyak kali, basuh sana sini, lap sana sini...errr...cam loya rasanya...

tapi paling best part nak fikir interior..
cuma pening sbb duit tak berjuta2 lemon..(ge ge ge..)
so kena buat pembelian paling berguna sekali
pendek kata, jumlah duit yang sikit tapi dapat banyak benda..


mula pindah dulu rumah kosong je....
bak orang kata, naik basikal dalam rumah pun muat lagi..
tapi sekarang dah cam kedai perabut lak bila sekali imbas..
bila 2 kali imbas, dah start pulak nampak sawang2 lelabah kat atas...ahhh..ni yang malas ni...
bila 3 kali imbas pulak, err...cukuplah tak yah imbas banyak2..


berapa banyak duit habis tok sah cetalah..
maklumlah orang baru mula hidup
semua bende tak ada..semua benda kena beli..
(termasuk bantal)
menggigil gak la bila duit keluar macam air hujan..
kira ni paling berjimat lah...

bab pemilihan perabut dan dekorasi rumah mmg masalah negara

sbb ada hamba Allah a.k.a laki aku tu yang suka masuk campur dalam kreativiti kepala aku..
grrrr..kacau je..
tapi akhirnya aku gak yang menang sbb aku yang mengemas rumah,so aku ada kuasa MUTLak utk memilih interior rumah..
sapa yang rasa2 cam malas nak mengemas rumah..nak bagi idea? oh, sila beratur amik giliran...


bila tenung2 renung2 rumah aku sekarang ni..
hmm..takde lah puas hati sangat ngan dekorasi ni..
maintain kemas aje lah..
abis tu..ekonomi kena plan gak kan, kalau semua duit habis ke rumah..wah, alamatnya menjeritlah orang tu a.k.a laki aku.. (haha..)

Thursday, April 22

emak borek, anak rintik2 hujan

kadang2 dalam membesarkan anak, kita tak sedar perlakuan rutin kita jadi ikutan anak
kalau perlakuan yang best, bagus tu alhamdulilah jugak lah
tapi kalau perlakuan yang tak berapa nak elok, cam errrr..tak best je?

kita selalu tak perasan, apa yang kita buat tu anak perhati je..
macam aku, tanpa sedar kadang2 balik kerja terlalu penat aku akan lepak je depan tv
hakikat disebalik nya (mcam orang malas)
tanpa sedari, kita lupa nak baca buku dengan anak..
dan:
anak pun akan membesar jadik suka melepak depan tv
omg! omg! omg!
dari satu hari ke satu bulan ke satu tahun..
masa berlalu
hingga satu hari kita tak sedar apa yang kita leterkan pada anak itu asalnya dari kita jugak?
oh oh oh...

sebaliknya,
kan bagus kalau setiap lepas sembahyang magrib, kita  biasakan baca al-quran atau baca tafsir al-quran
mula nya, confirm anak akan kaco2..tarik2..
tapi tanpa sedari kita dah biasakan anak kita untuk biasakan dengar ayat suci..
tak gitu?

penting peranan ibu bapa...
tengok aje masalah remaja zaman sekarang? malu rasanya...
bukan salah ibu bapa sepenuhnya..
sbb anak itu sendiri dah ada kepala otak utk berfikir..
mungkin kurang didikan agama agaknya..

sama2 kita ingatkan sesama kita..
siapa tergelincir, cepat2 kita tarik naik keatas..
anak2 kita lah generasi akan datang..

Wednesday, April 21

save our earth

















tadi borak2 kat sekolah pasal save our earth
wah..rupanya masih ramai lagi yang tak bertindak (termasuklah aku..hehe)
kawan2 pun suruh aku buat kempen dalam blog ni pasal save our earth..

hmm...apa yang patut aku tulis..okey...
begin: we must save our earth..
why? : because our earth now is in critical situation
eah?: global warming, etc...

patut panggil kak jai yang tulis blog pasal ni..:))
erm..(aku tengah tengok adamaya so tak boleh tumpu lah)



ok, continue
aku penah tengok satu rancangan dari discovery channel..
ada satu negara dalam dunia ni (tak nak sebut negaranya) yang buang sampah kedalam laut..pada kedalaman 2000meter.
kerana dah tak ada tempat nak buang lagi...
soalan: macamana boleh kantoi?  sedangkan manusia tak boleh sampai kedalaman 2000meter?
jawapan: ok macam ni..kumpulan yang jumpa sampah pada kedalaman 2000meter tu bukan mencipta mesin utk masuk ke laut semata2 untuk cari sampah, tapi dorang nak kaji hidupan laut dalam but in the end, dorang jumpe sampah pada tempat macam tu...
wah gitu? kejam2...
harap2 malaysia tak macam tu lah 



err....
macamana nak tingkatkan kesedaran penduduk malaysia?
eh..aku pun juga lah!
1) mulakan dengan banyakkan guna container sewaktu membeli makanan di kedai (stop using plastics and polisterin)
2) gunakan cloth diapers instead of disposable diapers
3)banyakkan menanam pokok 
4) banyakkkkkkkk lagi idea....

rasanya dah patut kita semua bertindak..

sebab kalau bukan sekarang, bila lagi yek?

Tuesday, April 20

Mohon Ihsan

Petikan ini saya salin dari catatan  coretan peribadi . Anda semua boleh 'copy' dan 'paste' semula petikan ini untuk disebarkan kepada umum. Sama2lah kita doakan semoga Adik NurHannah dalam keadaan baik dan selamat. Amin

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar.Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. 

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. 

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. 

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. 

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan. 

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. 

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray,rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak. 

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. 

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya.Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo. com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu
sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man
dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa
bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm
min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati
wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

 
Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.      

 
Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atasujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. 

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. 

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin

latest akasia: Adamaya


masa episod pertama siri Adamaya ni, macam tak best lagi..
biasa la, mana2 siri pun kebanyakkannya episod pertama mesti bosan sikit..
tapi bila dah lama2 sikit2 tertengok2..maka akhirnya 
melepak lah aku depan tv tiap2 isnin-khamis 6.30 ptg..hehe..
best jugak...

tapi aku rasa cam ceta ni asalnya daripada filem farid kamil n lisa surihani tu..aku lupa tajuk filem  nya apa..tapi lagu pun samalah! ada tak mana2 kawan yang terperasan cam aku jugak?

cerita ni not bad la..hiburan ringan yang menyenangkan..
cukup utk membuatkan aku tukar channel playhouse disney anak cikgee kepada slot akasia..wah2..ala2 keganasan kanak2 la...

so, harap2 ending cerita ni nanti tak mengecewakan lah!
(macam cerita Na-o-Mei haritu)
kalau tak, memang buang masalah tiap2 petang 

Sunday, April 18

best celebration ever

seperti yang sudah cikgee maklumkan dalam facebook,
hari ni 18.04 adalah hari lahir suami cikgee..
hehe..
tetapi tuan-tuan dan puan-puan
suami cikgee pergi memancing kat laut...
plan tu dia dah buat sejak tahun lepas lagi..(secara senyap2)
so tak boleh nak halang
biarkan aje dia pergi...

actually cikgee sejak minggu lepas dah ada oder cupcakes fondant 
nak buat surprise kononnya..
tapi kan, oder cikgee tak dilayan pulak..
mebi sbb kakak tu dia part time je
so dia tak dapat nak cater oder cikgee tu..(sedih gak sebenarnya)
cikgee dah request kat akak tu,
buatkan theme fishing plus love2..
dah berangan mesti lawa punya
tapi kakak tu tak reply2 email cikgee..kesian kan...

sejak bulan lepas lagi cikgee dah ada beli birthday card
tapi sbb dah lama sangat, sekarang baru cikgee teringat pasal kad tu
plannya, nak masukkan dalam beg suami before dia pergi memancing tu
so nanti hopefully dia bukak beg, wah...ada birthday card gitu..
tapi lupalah pulak haha...pelupa betullah

so tadi lepas suami cikgee balik around 4pm, 
cikgee pun tanya nak celebrate mana
dia pulak penat semacam, maklumlah 2 hari tak tdo,,kemaruk memancing tengah laut
akhirnya cikgee buat keputusan kite sambut birthday tahun ni dengan makan walls cornetto love..
wah, ala2 romantika jugak kan..
biasanya orang mesti sambut dengan kek, tahun ni lainlah sikit
but end up, si kecik luth tu yang hantam walls strawberry with cheese tu

tambahan lagi, cikgee masak ikan merah yang memang fresh (baru tangkap tu)
goreng je..sbb suami cikgee request nak goreng je..
tu je lauk nya
makan ngan nasik..
tapi sbb ikan tu sedap sangat, so mmg the best lah kata suami cikgee
wah, kembang2 sekuntum

kadang2 kita fikir the more fancy, the better
tapi sebenarnya yang penting kalau kita seronok
benda yang mudah pun boleh jadi fancy..
hehe..


Musim artis meninggal

Baru pagi tadi dapat berita pasal achik spin..
al-fatihah utk arwah
dan takziah utk keluarga..

hmmm..macam musim pulak kan..
baru2 ni din beramboi (yang mana aku turut sedih sbb lawak din mmg best)
moga2 roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman...

 ini adalah paparan yang Cikgee dapat daripada Berita Harian online utk info kat uolss:


KERETA Toyota Estima yang dinaiki bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau nama sebenar, Murad Md Shari, 28, dan sepupunya Salihin Md Salleh, 29, terbakar selepas terbabas dan melanggar tiang papan tanda di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, petang semalam.
SEREMBAN: Bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Murad Md Shari, 28, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, dekat sini petang semalam.

Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan penyanyi yang pernah membintangi beberapa filem dan drama mati di tempat kejadian dan kereta Toyota Estimanya hangus. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar




Saturday, April 17

Master oh Master

aku nak sambung blajar...nak sangat...nak  sangat..
tapi entah kenapa ek..hati aku berbelah bahagi.. cam ada yang menghalang je..
(pelik)









aku sebenarnya suka  belajar daripada bekerja..belajar tu macam lagi seronok
sbb tak banyak tanggungjawab..sbb tak banyak masalah..hari2 fikir belajar, belajar, belajar ..
tak macam sekarang: masalah orang lain pun aku kena fikir kan..(oh, tidak..mulianya aku)















aku terfikir, kalau aku sambung belajar..sapa nak bayarkan rumah aku? aku tak nak jual..sapa nak bayarkan keta aku? aku tak nak jual...sapa nak bayarkan segala hutang piutang aku? hoohhhh..banyaknya..

pastu aku fikir, kalau aku sambung belajar kat oversea..laki aku camne? takkan aku nak stay sorang2 kat sana? oh,masalah2......

hmmm...sebenarnya semuanya bergantung kepada kepala otak aku..
nak pergi ke tak...
nak pergi ke tak..
nak mohon ke tak..
nak mohon ke tak...


apa kata...aku cuba dulu...? 
macammana nak uruskan yang lain, Insyaallah dapat jawapannya nanti

Friday, April 16

tioman diving course

oh rasanya belum lambat lagi nak cerita pasal diving course yang aku amik Feb lepas..(dah lama dulu)


cantik kan..waaa...memang cantik...
(excited ni nak cerita)
pada mulanya aku mmg ecxited nak buat lesen diving open water ni...tetapi..semuanya berubah selepas seluruh anggota badan aku berada didalam air laut yang masin itu..

sampai2 je petang tu, terus ada meeting (oh, meeting?) perjumpaan antara guru dan murid (kamilah tu)


bila dah diterangkan oleh sifu ttg cara2 utk dive, dalam hati aku mmg cuak...(telan air liur)
aku angkat tangan

"saya tak reti berenang" pengakuan jujur..

"ok, tak apa.asalkan ada water confidence"

"erk..water confidence? alamak.."

.......
bla bla bla

"ok sekarang awak semua boleh amik equipment utk first dive"

"erk? first dive?" (*gulp)

.....

[didalam laut]

baca dalam hati sbb dalam laut takleh cakap
sepanjang dalam laut kami guna sign language (kepakaran aku) :))



ada buaannnnyaaakkkkkk skills yang kami kena mahirkan..(hmm..ngeri kan?)
dan dalam antara 6 orang pelajar, akulah paling lemah sekali..
sebab aku paling penakut sekali..


dalam banyak2 skill yang diajar tu, skill paling aku tak boleh buat sekali adalah:
::bukak mask dan pasang semula::

tau kenapa? sbb mata aku pedih gile babeng, gila babeng, babeng...(maaf penggunaan bahasa yang kasar, 18SG)
sbb aku pakai contact lense, so pedih nya lain dari biasa...hua ha haaaa


inilah dia aksinya...
pernah tak korang menangis didalam air? tak penah kan kan kan?
haa.............aku pernah!!!!!

lepas kawan2 sediving pujuk..aku pun okey sikit la...
lepas belajar beberapa skill, kami dibawa ke coral yang kecik (yg berada dipesisir pantai je)


perasaan masa tu? waaaaaaa........cam nak nangis je tengok betapa cantik nya (asik nak nangis je, sah2 aku memang lembik)

2nd day belajar diving:

kami diajar beberapa skill lagi...memang payah ooooooo
tapi aku kuatkan semangat aku melawan arus
menentang segala kutukan (daripada laki aku)
utk mendapat segulung ijazah lesen diving
wah gitu....


last day belajar diving:

waa...ni part paling best..best sbb aku tau pasni tak payah nak berdebar2 lagi...heheee..

hari last, kami pergi boat dive...

tau apa paling best bila boat dive ni? dapat guna teknik terbalik masuk laut....sommersault terbalik...


ni gambar aku dengan laki aku dengan nik..

sebenarnya dalam takut2 aku ni, aku sebetulnya enjoy sangat2...sangat2..sangat2...(uishhhh)
even tengah tulis sekarang ni pun aku masih ingat lagi betapa indahnya berada didalam laut tengok komuniti @ dunia ikan...
rasa relax yg terlampau


tenangnya berada didasar lautan...
last dive tu, pada kedalaman hampir 12meter..
walaupun masa tu dah hampir 45 minit dalam laut, tapi aku rasa cam 5 minit je...
memang banyak pengalaman aku dapat sepanjang 3 hari diving course ni..
macam-macam..
bermula dengan mengawal emosi takut, keyakinan diri..banyak lagi lah
aku pun tak tau nak sebut..

hmmm..bila lagi nak dive?
entah, tak tau..(tengah kumpul duit)


terima kasih kepada cikgu yang mengajar aku
(walaupun aku kena marah paling banyak)
dan
kawan2 yang sama2 bagi semangat kat aku...


romantika didasar lautan

 
There was an error in this gadget

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...