Thursday, March 31

love bite

bila bekas anak murid datang semula ke sekolah untuk beberapa urusan
biasanya dressing mereka dah vadavoommmmmm meletopppp



tapi agak menggelikan bila leher mereka penuh dengan gigitan cinta



yukkkkkssssssss

Monday, March 28

pagi.

aku dan pagi seakan bercanggah
setiap malam sebelum tidur
azam nak bangun 5.30
tapi saat jam memekak, balik2 snooze, snooze, dan snooze lagi hingga jam 6.15



tiap kali sebelum tidur jugak, berangan macam-macam
esok pagi  nak buat breakfast
esok pagi nak menyapu sikit
esok pagi nak jemur kain dulu




akhirnya, hampessssssssss



jangan harapkan aku kalau bab pagi




hujung minggu punya pagi?
semata2 bangun untuk solat subuh
selepas itu kembali berehat2 atas katil empuk saiz king kami




huh. tolong bangun pagi buat breakfast!!!

Sunday, March 27

pekerjaan yang sesuai untuk aku.mungkin

satu saat lepas balik dari sesuatu vacation
benda yang terfikir selepas itu adalah


"mana nak pergi lepas ni?"
atau
"nak kena tengok kalendar, buat setting tarikh best utk holiday"


itu yang berlaku selepas satu saat kaki jejak masuk rumah



atau paling sesuai untuk aku fikir
"cukup ke tak duit nak pegi xx?"



mana ada orang yang tak suka holiday?
kalau ada, boleh sebut sini



kerjaya sekarang mmg best
tapi ada satu detik lain
buat aku terfikir

"kan bagus kalau dulu aku mohon jadi wartawan ruangan travel"

Sunday, March 20

holiday with my friends

kali pertama buat family day bersama kawan-kawan sekerja
best! sangat best
pulau tioman. again. mana lagi



tapi ada jugak tak best


*you know what u've did

Thursday, March 17

bukan saya malas berborak dengan jiran

ee.tajuk macam sombong
bukan


kelmarin sedang asyik menguruskan pokok-pokok kesayangan
jiran datang menjengah
sudah pasti tentu tak buat sombong


borak punya borak punya borak
eh.dah dekat pukul 7


"k la cik ye. saya masuk dulu, jemput datang rumah" bahasa orang melayu


langkah masuk rumah

lantai tak sapu lagi
sinki penuh
baju tak berjemur



itu lah sebab aku kadang-kadang tak suka borak lama-lama
banyak kerja rumah tertangguh


huh!

Tuesday, March 15

jika ditakdirkan pasangan kamu menjadi KURANG UPAYA. apa kamu akan lakukan?

kadang-kadang perkara ni datang terjah dalam fikiran
kalau AKU jadi kurang upaya
adakah pasangan aku akan menjaga aku sebaik-baik nya
seperti ibu ku menjagaku?



kemudian fikir lagi
jika pasangan kamu menjadi kurang upaya
apa yang kamu akan lakukan
dan bagaimanakah kamu akan bertindak?



susah nak jawab soalan macam ni kan?
tapi dugaan Allah boleh datang bila-bila masa
fikirkan

Monday, March 14

127 hours

http://www.nickjdalton.com/wp-content/uploads/2011/02/127-Hours.jpg

hati tergerak nak review pasal filem ni
keseluruhan cerita ni menarik
dan lain dari lain
kebanyakkan scene adalah di tempat yang sama, tetapi tidak membosankan


mengisahkan kekuatan mental yang mengatasi kekuatan fizikal
cuma ada scene yang tak berapa sesuai untuk remaja
dan rasanya scene tu tak perlu
tapi dah nama pun orang putih, wajib lah untuk mereka ada scene yang macam tu


lepas tengok filem ni
buat aku takut nak mengembara

*apa daaaa...

khasiat bunga cengkih

copy from blog www.anuarkarimz.com

Khasiat Yang Boleh Didapati Dari Bunga Cengkih


Pokok cengkih sesuai ditanam di negara yang beriklim khatulistiwa. Untuk hidup, pokok ini perlu pada tahap kelembapan sebanyak 150 hingga 250mm dan suhu 15 hingga 38 darjah celcius. Keadaan tanah yang gembur yang mengandungi humus dan tanah laterit amat sesuai bagi tanaman ini. Ia ditanam melalui biji benih, anak-anak pokok akan ditanam 1 1/2 hingga 2 tahun di ladang dan hasil tanaman boleh dipungut apabila pokok mencecah umur 7-8 tahun. Ia akan mengeluarkan hasil antara 60 tahun sehingga 130 tahun. Dianggarkan setiap tahun satu pokok boleh mengeluarkan hasil 2.7 kg.
Antara khasiat bunga cengkih ini adalah :-
  1. Menghindari Masalah Gagap. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu makan 21 biji bunga cengkih setiap hari dan rebus 100g jintan manis dengan 2 cawan air selama 15 minit. Minum air rebusan tersebut setiap pagi sebelum sarapan.
  2. Memulihkan Tenaga Batin.  Digalakkan untuk makan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang dan jangan makan makanan berangin. Minum madu lebah sebanyak 3 sudu sehari. Lebih elok jika ia diambil bersama-sama telur ayam kampung.
  3. Mengatasi Masalah Sakit Ketika Haid.  Caranya adalah dengan merendam 7 biji bunga cengkih ke dalam segelas air panas. Minum air rendaman itu setelah ia menjadi suam. Insyaallah sakit tersebut akan beransur-ansur hilang.
  4. Dapat Menghilangkan Kesan Kulit Hitam Di Muka. Tumbuk sehingga halus kesemua campuran pucuk jambu batu, bunga cengkih dan kulit kayu manis  dengan dicampurkan sedikit minyak zaitun. Sapu pada kulit muka sebanyak 2 kali sehari dan jangan makan makanan berminyak.

khasiat kulit kayu manis

  copy from www.potensi.com.my THANK YOU


Khasiat Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis adalah antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam pengubatan tradisi beberapa jenis penyakit disamping boleh juga digunakan sebagai pengawet semulajadi. Aromanya dapat merangsang minda termasuk daya kognitif seseorang. Menambahkan rempah kulit kayu manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gulanya ke atas darah anda dan ini bagus untuk penghidap penyakit kencing manis.
Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu.
Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.
Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.
Banyak di kalangan pakar pemakanan membicarakan tentang kulit kayu manis yang dikatakan boleh membantu mengurangkan glukos dalam darah dan kolestrol bagi pengidap diabetes. Beberapa penemuan di Pakistan menunjukkan tahap rendah glukos, triglyceride, kolestrol LDL dan jumlah keseluruhan kolestrol menurun selepas pengambilan selama 40 hari dan terus menurun selepas 20 hari tambahan kemudian. Kajian tersebut membabitkan 60 orang pesakit diabetes jenis 2 dibahagikan dalam 6 kumpulan dengan 10 orang setiap kumpulan. 3 kumpulan mengambil kulit kayu manis jenis cassia dalam bentuk kapsul 1, 3 atau 6 gm sehari. 3 kumpulan lain mengambil kapsul placebo. Kapsul berkenaan diambil 3 kali sehari selepas makan. Kumpulan yang mengambil kulit kayu manis menunjukkan hasil dan disimpulkan pengambilan 1gm kulit kayu manis sehari akan membantu pengidap diabetes jenis 2.

Saya sendiri mencuba dengan merendam kulit kayu manis dan minum air rendaman dengan dicampur madu iran ternyata gula dalam darah saya menurun .Tidak lagi ditemui lagi terdapatkah kesan sampingan. Walau bagaimanapun bahan ini telah lama digunakan oleh kita dalam masakan.
Kulit kayu manis in terbahagi kepada dua iaitu kulit kayu manis jenis zeylanicum dan jenis cassia (yang banyak dijual di Negara kita ialah jenis cassia).

Mengikut pakar komponen aktif terdapat dalam kulit kayu manis bahagian yang larut air tetapi tidak dalam minyak kayu manis yang larut lemak.

Sebab itulah abuyya lebih suka gunakan kulit kayu manis dalam bentuk cecair bukan yang dikisar kerana bimbang jenis kisaran bukan semuanya larut air yang dalam jangka masa panjang boleh memudaratkan buah pinggang. Sebenarnya kulit kayu manis gemar digunakan dalam tea arab malah boleh dicampurkan dalam juice epal, oren dll bagi menyedapkan rasanya.

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Ingin menghilangkan parut dikulit. Cubalah kaedah orang lama. Tumbuk lumat kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada tempat yang berparut. Lakukan sekerap mungkin dan lama kelamaan parut tersebut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat diwajah.

Para saintis telah mendapati kulit kayu manis mempunyai sifat ala-insulin, yang boleh mengurangkan paras glukosa darah dan juga triglyceride dan kolesterol, semuanya penting terutamanya kepada pesakit kencing manis diabetes type II.

Dengan hanya setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari diambil dalam pemakanan harian , pesakit kencing manis boleh mengurangkan paras glukosa darah. Kesan yang sama juga boleh diperolehi dengan merendamkan batang kulit kayu manis ke dalam minuman teh atau kopi yang boleh membantu menghalang dan melawan kencing manis.

Para saintis mendapati bahawa kesan ala-insulin dari kulit kayu manis dan bahan aktifnya, poliphenol boleh melonjakkan paras tiga protin utama. Protin berkenaan sangat penting mengalukan proses isyarat-insulin normal, gerakbalas radangan yang sihat dan pengangkutan glukosa berkesan ke seluruh anggota badan.

Keluran akhbar dari University of California at Santa Barbara pada April, 2004 menyatakan kulit kayu manis boleh digunakan dalam perubatan untuk melawan diabetes. Kulit kayu manis boleh memainkan peranan pengganti insulin dalam diabetes type 2, dari kajian selular dan molekular di universiti berkenaan. Kulit kayu manis mempunyai komponen aktif-bio yang berpotensi menghalang dan mengubati kencing manis.

Kajian klinikal telah dijalankan di Pakistan di mana 60 orang sukarelawan kajian dengan diberi sebuk kulit kayu manis satu sudu teh setiap hari selama40 hari. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa kulit kayu manis boleh mengurangkan paras glukosa darah dengan bekesan.

Dalam Medical News 09 Apr 2006 dua kajian yang dibentangkan dalam persidangan Experimental Biology 2006 menerangkan lagi kesan manfaat kulit kayu manis sebagai agen anti-radangan dan menyokong kajian awal mengenai kuasa agen anti-oksida dan agen yang boleh mengurangkan kolesterol, triglyceride, dan glukosa dan meningkatkan fungsi insulin.

khasiat buah manjakani. ok sekarang dah mula makan banyak jamu

http://www.noni4u.com.my/marketroot/organicgain/catalog/page_images/manjakani.jpg

Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-

  • Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
  • Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
  • Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
  • Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
  • Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
  • Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
  • Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
  • Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
  • Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
  • Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
  • Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
  • Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
  • Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
  • Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
  • Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
  • Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.
dipetik dari Mingguan Wanita 1 Mac 2004

Saturday, March 12

A

setiap hari berkali-kali kamu menulis huruf A dengan betul

hari pertama

A


hari kedua

A


hari ketiga

A


hari keempat

A


hari kelima


A


hari keenam

A


hari ketujuh

A


tetapi kenapa hari ke lapan yang mana adalah hari terpenting kamu boleh tulis huruf a sebegini?

V


*itu yang berlaku sewaktu perbentangan penyata kewangan tadi.
*and i am not ok!


sakit hati. sbb buat kesilapan bodoh.didepan orang ramai.huh.

Wednesday, March 9

jangan buang anak pada saya boleh?

tepi mydin.mencangkung menunggu kawan pick up
sama peluk beg
hujan.


teacher di taska anak dah sms
"anak cikgu demam 39c"
otak dah tak boleh tumpu ni.
aku cuma nak paling cepat utk sampai taska
risau amat banyak


"gee.akak nak pegi beli goreng pisang kejap eh"


"aah. ok"


.....

"boleh tolong saya tak?" tiba-tiba


"err..nak tolong apa?"




"tolong pegangkan anak saya..."


"eh?"


"tak ada apa..saya nak pegi kereta kejap"


"er er..ok. tapi awak jangan lari pulak tau!"


"eh.tak lah. ni anak saya ni..."


ok.nasib baik dia dtang semula amik anak dia
aku dah panik sbb takut kot2 tu taktik dia tinggalkan anak dia pada aku

tiba-tiba waktu tu aku dah terfikir balai polis


*kalau betullah dia tinggal anak dia pada aku. wah! dapat anak segera satu lagilah aku...cute pulak tu!

Monday, March 7

menunggu kedatangan seorang public figure

menyambut persiapan orang besar-besar ni bukan lah satu benda yang calang-calang
ianya terlebih dari calang
dan cukup perisa untuk menjadikan kami semua memerlukan 25jam sehari



bergaduh dengan kawan-kawan pasal pemilihan baju saja
er? pelik kan



saya sokong baju songket


saya sokong baju batik sutera


errr.... tak boleh ke kita pakai je baju yang dah ada? saya dah pokai ni...



persiapan dah lebih daripda yang biasa...sehingga menganggu perkara 'wajib' seorang guru

bukan ke lebih elok kita tunjuk keadaan sebenar kita?

wahai orang atasan, kenapa kamu tak pernah nak faham?

Thursday, March 3

tinggi di atas awan

sekarang berada di celah-celah kabus
berada di awang-awangan



sebenarnya sejak selasa dah berada tinggi di puncak awan
bukan online dari atas kapal terbang
tapi online dari atas nun genting sana



masuk ni dah 2 kali kena kursus kat sini
seminggu dan seminggu
bukan di first world, tapi di IAB Genting
kalau sebut IAB pada cikgu-cikgu confirm dorang tahu
tapi tak sure cikgu baru tahu ke tak
*sbb biasanya cikgu baru tak berapa alert tentang sesuatu
saja nak laser



sejuk dan nyaman
damai dan tenang
mungkin tenang sbb tak perlu jumpa masalah2 kat tempat kerja
mungkin damai sbb dapat mengadap tengok gunung berkabus hari-hari bangun dari tidur



harap dapat sedut udara segar ni banyak-banyak sebelum balik
There was an error in this gadget

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...