Thursday, January 27

baru kenal, tapi...

http://4.bp.blogspot.com/_dGgiVX-R7G4/TS63y35Yw6I/AAAAAAAAAqo/EUkO1l7Awjk/s320/serba%2Bsalah.gif 

benda yang paling aku melemahkan bila berkenalan dengan seseorang
aku kadang-kadang ada beberapa waktu aku ada rasa malas nak berkenalan
*sbb tu aku belum rasa nak tukar sekolah kot?

baru-baru ni ada berkenalan dengan seorang peniaga
mmg peramah
dan rupanya dia tu kawan lama Mhha
maka, cepat kami rapat

tapi bila dah makin rapat
dia dah mula mengata orang sana, mengata orang sini

maka, aku ada semacam tak selesa

sbb. aku rasa macam tak sesuai nak cerita hal orang kat aku

betul kan?

Wednesday, January 26

kenapa awak tak boleh tengok orang lebih dari awak?

macam tak sabar2 nak balik rumah sbb nak tulis entry ni
http://udleditions.cast.org/indira/docs/all_about_coyotes/glossary-images/jealous1.jpg
kisah seorang kawan yang tak boleh sangat2 tengok orang lain lebih daripd dia
heeeeeee...jahat kan hati dia?
aku sampai sekarang tak boleh paham kenapa dia dengki sangat bila orang lain lebih dari dia

yang aku peliknya
bukan dia aje yang bekerja
orang lain bekerja jugak
maka, orang lain pun mestilah ada duit jugak

pantang orang lain beli handphone baru je
dialah orang pertama yang akan mengata
ish.tak paham sungguh la aku

hingga ke tahap orang pegi bercuti sekeluarga pun dia nak iri hati
mengata sana sini
ish. sungguh aku tak leh paham

tapi.bukan aku aje la mangsa utk diperkatakan dia
ramai lagi kawan2 lain yang terkena
erk.

aku rasa tahap menjaga tepi kain orang dia ni dah tahap melampau
dah hingga ke tahap masuk dalam kain orang

aku harap dia sedar la
di sisi Allah dia tu tiada siapa pun
melainkan iman dia begitu tinggi

Tuesday, January 25

dia boyfriend saya cikgu

Cikgu: Awak ada pakwe?

Sakina: Ada cikgu *sengih

Cikgu: Owh..tak sangka..awak pun ada boifren rupanya

Sakina: aah cikgu *tersipu-sipu

Cikgu: Pakwe awak kat mana? sekolah ni ke?

Sakina: Tak ah cikgu....dia...kat kampung...kat kelantan

Cikgu: Kenal dia kat mana? sama sekolah dulu ke?

Sakina: tak cikgu..kenal masa ada kenduri kat rumah kakak ipar

Cikgu: Macammana dia ngurat sakina?

Sakina: Dia takde ngurat saya pun cikgu.... *tersengih-sengih lagi

Cikgu: Abis tu. macam mana dia boleh jadi boifren pulak? *aku dah mula pelik

Sakina: Saya suka kat dia cikgu

Cikgu: Dia suka kat awak tak? 

Sakina : tak pun cikgu... *ketawa tersipu-sipu

Cikgu: kenapa kata dia boifen?

Sakina: sebab saya suka kat dia.

Cikgu: *dah boleh pening sekarang. lari konsep betul anak murid aku ni

http://90dayrecovery.com/blog/wp-content/uploads/2008/09/confused.jpg

kenapa kene amik tau bila anak demam

hari ni waktu kelas,sempat jugak aku berborak2 dengan anak-anak murid
lagi pulak time2 hujan lebat, letrek takde
sejuk jugak walaupun karen takde
sambil2 menggunting2 sana sini, tangan bergerak buat kerja
layan borak dengan budak2 pun benda baik jugak
maklumlah mengeratkan silaturahim
*ehek..ada sapa2 pengetua sini?
aku tanye dorang
pasal kisah keluarga
*erk.kepoh ke?

"dalam adik beradik awak ada berapa orang yang LD?"

"ada 3 orang cikgu. abang no 2, 3 dan saya"

"awak tau kenapa awk leh jadi LD?"

"dulu saya penah demam, lepas tu kena sawan"

"oooo"

maka.kesimpulan yang aku boleh buat
aku bukan nak memburuk2 sesiapa 
ini sebagai pengajaran untuk semua ibu2 yang ada anak 

kalau anak demam, tolonglah jangan amik mudah
bahaya sangat...............
lekas2 bawa klinik
sentiasa basahkan kepala anak
kepanasan yang terlalu tinggi pada otak boleh sebabkan sawan
 http://beba-anas.com/blog/wp-content/uploads/2011/01/alif-demam.gif
aku ada baca satu buku *oh.tajuk tak ingat
setiap kali sawan, satu saraf diotak akan putus
  maka? * fikir dan buat kesimpulan sendiri

Sunday, January 23

kali pertama aku pergi gotong royong

hehe.bila baca tajuk.macam pemalas sangat kan
tapi sebenarnya aku jarang dapat invitation pegi gotong royong
last dulu zaman sekolah kecik-kecik dulu
tapi sejak dah ramai pekerja indon ni
sekolah pun dah tak bape nak buat gotong royong ni
*agaknya..hik hik T_T

 masa zaman matriks pun tak ada
masa zaman U pun lagi la tak ada
http://www.go2nesh.com/blog/wp-content/uploads/gotong-royong.jpg

woosh. ni la baru dapat jemputan bergotong royong
kalau diikutkan siapa yang rajin kan 
tapi kerana kempen ganyang aedes
maka pagi2 bute (tapi sebenarnya dah tak pagi sangat)
aku , mmha dan budak kecik pun melenggang kangkung pegi berkumpul sama

wah.besar-besaran rupenya majlis dorang buat ni
siap ada perasmi
*sbb tu kena lantik cikgu jadi pengerusi taman
(tapi nasib  baik tak lantik aku..fuh....^_^)

aku mmg sah2 tak dapat kenal sapa yang bagi ucapan tadi tu
katanya YB
paling bestnya dapat sumbangan RM500 lagi 
kaya jugak taman aku ni
duit bayar tiap2 bulan pun bendahari kata banyak
*agak2 boleh buat family day tak?

aku takle dapat bawak kamera tadi
uish.seganlah aku
orang sibuk pegang penyapu
takkan pulak aku tak pasal2 amik gambar

tapi tadi aku takdelah beria2 sangat buat keje
macam sikit2 je

*ngelat yeeeeeee
takpela asalkan aku tunjuk muka pun okey
daripada yang ada duduk tengok tv kat rumah 
pastu jangka aku nak sapu depan rumah ko? 
haremmmmmmm...

Saturday, January 22

kemaruk dengan bekas-bekas plastik

sebelum kerajaan melancarkan no plastik bag day lagi
aku sebenarnya dah berkecimpung dengan pembelian bekas2 plastik 
contohnya tupperware dan lain-lain
tapi kebanyakkan nya memang tupperware lah
dan masih minat lagi

tapi kadang-kadang bila pegi ikea 
ada jugak container2 plastik yang dapat aku capai

http://lh6.ggpht.com/_EapBz_Dpn1E/SlW4rxfJW4I/AAAAAAAAAIw/tHHsDo3Llno/selling+067.JPG
dan 
kebanyakkannya belum sempat lagi diguna
masih terperuk dalam almari
sampai tak muat *erk

http://order.tupperware.com/coe-images/email/08.03.09_once_s_servalier2.jpg 

tapi takde niat pun pakai tupperware semata-mata utk menunjuk2
"oi. aku pakai jenama tupperware okay..bukan applelady"
opsssss.aku bukan macam itu yeahhhhhhhhhh
aku pakai tupperware ni sbb aku suka bentuknya cantik2 & colourful
tapi baru-baru ni ada jugak ternampak containers dari cosway
design mmg banyak sangat tiru tupperware
tapi harga lebih murah
dan aku pun macam minat je nak beli

http://www.coswayonline.com/content/uploads/mtoc/product_images/airtightroundcontainer1ne.jpg

betul.kalau diikutkan nafsu membeli ni sampai bila2 pun takkan puas kan?

tajuknya tak dapat nak fikir

pelik betul bila sejak minggu lepas badan mmg rasa tak larat benor
pukul 9 malam mmg confirm terus lepak 
mmg dah tak sedar dah anak buat apa
sedar2 tengah malam aku tengok dia dah tido 
mmg lepak

penuh dengan segala sengal
termasuk sengal otak

best nya kalau waktu-waktu macam ni boleh dapat satu body massage termasuk face spa sekali

http://bingoblog.mailbingo.com/wp-content/uploads/2008/11/spa-face.jpg 
tengok tu ...macam syiok betul rasanya
semalam kawan-kawan ada ajak pegi buat face spa
tapi sbb ada kawan yang lain nak belanje pizza
maka aku pilih pizza 
erk? .......salah ke pilihan aku
tapi mmg sedap la pizza ( makanan apa yang aku rasa tak sedap? ada? ada? takde..)

http://www.thesaleslion.com/wp-content/uploads/2010/10/Pizza-Hut-website.jpg

rasa nak demam tak jugak
rasa lenguh-lenguh tak jugak

kombinasi segala jenis rasa masam masin
awwwwww....maybe i need a vacation asap

aaaa....takutnya lah aku

tiap kali rasa benda ni aku rasa macam orang bodo
mmg bodo sangatlah!

tapi tetap kena overcome fear yang satu ini
mmha sudah sebut untuk pergi diving
http://www.marsaalam.com/images/diving018.jpg

"dah kalau rasa takut,tak payah la buat kan?"
"paksa diri susah payah buat apa?"

buat rasa takut sampai perut rasa tak sedap
 rasa macam nak berak pun ada
rasa macam sakit perut sangat-sangat pun ada
aaaaaa. stress

ok. kenapa aku tetap nak paksa diri aku pergi diving walaupun aku takut

sbb aku tak nak give up
 http://d2gr0rrkrkzk97.cloudfront.net/wp-content/uploads/2009/04/dont-give-up.jpg
 "ok cikgu . jangan give up. walaupun kau takut gile wehhhhhhhh"

Friday, January 21

rezeki kek coklat jangan ditolak

nampak macam sedap je kan anak-anak aku ni makan
padahal sebenarnya kek tu tak berapa jadik
sebab entah le..
tangan tak bedung kot
konon nak buat kek coklat basah
tapi hampessssss jadi kek coklat kering
tapi budak-budak ni cakap "sedappppppppp"
dasar budak asrama camni la
semua bende sedap

hik hik
nasib baik tak buang
rezeki korang la

Thursday, January 20

fila in black & white


fila - in black & white mode
sarawak museum 2010

azam yang tertidur

http://2.bp.blogspot.com/_wiK6gW2esMw/THco5JvoGxI/AAAAAAAAAYA/HvUkNzapgWs/s1600/shy.jpg
aku suka berangan lebih
mula masuk 2011 semangat buat azam baru
nak tahu apa yang aku azam kan
click sini tengok apa yang aku angan-angan kan

rupa2nya hampeh  T_T

mmg betul tak guna lah aku

ok kali ni siyes aku buat azam baru:
1) masak setiap malam (hari bekerja)

2) peruntukkan rm100 beli buku ilmiah tiap2 bulan

3)kemas rumah SELALU

4) berenang setiap selasa

ok cukup. jgn over

Wednesday, January 19

jatuhnya maruah seorang guru

ini betul2 luahan hati aku sebagai seorang guru yang melihat generasi kita akan datang hancur

iya.dia itu seorang guru
dan dia itu buat satu kesilapan yang amat besar
dan dia itu mmg bersalah
bodohla dia!

tapi kamu itu pemula segalanya
kamu itu kurang ajaran
salah gurukah kalau kamu itu kurang ajar?
salah gurukah yang membesarkan kamu?
kamu juga bodoh

hati seorang guru ini sangat luluh
bila tengok seorang guru lain menyembah sujud ke kaki kamu
seorang anak murid
hinanya kami!
mulianya kamu!

andai satu hari nanti
anak -anak aku sendiri kurang ajaran dengan guru mereka
pasti aku tampar mereka dengan tangan aku sendiri
sbb aku faham apa hati seorang guru


alangkah bagus
guru-guru zaman dahulu
mulianya mereka
tingginya darjat mereka
patut juga kami semua berjaya
kerana penampar mereka dipipi kita semua
kerana maki hamun mereka pada muka kita semua

maka

kita semua adalah MANUSIA kini

sayu dengan generasi kini
hancur macam debu
debu dari sampah

Tuesday, January 18

penat melayan nafsu serakah aku

siapa yang penat layan nafsu serakah aku tu?
MHHA kah?
hah. mencarut lah lu
*sopan sket 

nafsu yang membuak2 
meleleh2
*serabai

banyak betul barang nak beli
banyak sangatkah duit kamu makcik?
ingat2 sikit lah ye......

ah sakit hati betul bila tak dapat kawal kehendak ni
hoi. dosa tau membazir

*eh tapi kitew tak membazir
kitew beli barang keperluan jek

*keperluan ke? kan dah cukup apa yang ada? boleh guna lagi kan

* tapi tuw tengah murah taw
kitew tak tahan aaaaaaaa
lagipun kitew mmg suke tengok set pinggan cantik taw

*MHHA bising nanti baru kau tawu

*ala....nanti hidanglah guna pinggan ni kat diye. mesti diye sukew pe..

*huh.degil 

ok cukup bercakap dengan kawan imaginasi kau tu

hectic day

hari yang terlampau memenatkan
hari yang terlampau memeranjatkan
hari yang terlampau menggempakkan

betapa pentingnya kita kawal emosi sewaktu marah
bila setan dah cocok2 iman, geletek2 hati
maka benda luar kawalan boleh terjadi sekelip mata

aku kesian 
pada semua?
pada aku jugak

Thursday, January 13

percaya pada rezeki anak

seorang kawan baru je berjumpa kami
kami itu bermaksud aku & MHHA
ada tolong sikit2 pasal kerjanya

kawan ni aku tahu asal hidupnya agak sukar
yes. macam aku jugak. tapi aku tak sesukar dia

tapi bila dah borak2 cerita pasal hidup masing-masing
hidup mereka dah berubah beransur semakin baik
dan aku percaya itu rezeki anak

dulu sebelum ada anak, hidup macam asik tak menentu
tapi lepas dapat anak, dapat terasa semakin baik nya

alhamdulillah


Wednesday, January 12

antara faizal tahir & ana raffali

aku memang peminat faizal tahir
bukan baru-baru ni selepas gimik terer gile dalam ajl25
tapi sejak dia bertanding dalam one in a million
since then aku mmg amaze dengan suara dan gaya dia
mmg kelaaaaaasssss kak cik

ok

kemudian cerita ana raffali
oh.aku mmg bukan peminat dia
in fact aku mmg tak gemar kat dia
tapi aku ok
aku tade masalah dengan dia pun kan? 

takkan lah takde sapa minat kat dia kan
tapi macam tak ramai je? * ahak. jahat betul aku
dan bila di umum dia pemenang juara ajl25
aku pun rasa macam * erkk? ana rafali? alahai....
tapi macam biasa
aku ok
aku tak perlu emo
buang karen je
cume rasa cam tak best
sbb aku rasa yuna nyanyi lagu cinta sempurna lebih feelin beb!

bercerita tentang persembahan faizal tahir
yes.of kos dah jangka mmg akan best
tapi aku tak sangka rupanya superb best
kreatif beb!
bravo faizal tahir & kawan-kawan

at first. bila aku bagitau MHHA aku nak kena siap2 kemas awal sbb nak tengok ajl
dia pun *hmmmm...(mulut muncung kebawah - ejek)

aku pun bidas balik *ei. ai peminat faizal tahir taw. ai takleh miss tengok dia

eh.rupanya ada jugak MHHA tertonggok sebelah aku tengok ajl sampai abes

ha..ingat ajl tak best? baru tau

aku dan india itu

apa benda punya tajuk la
macam ada skandal

waktu hantar kereta kat car wash tadi
india yang greet aku tu muka mmg ganaz gile
rasa cam nak masuk balik je keta dan balik
tapi tu rasa je.tak buat betul2

then.sambil termenung tengok mereka2 buat kerja, india muka ganaz gile tu sapa aku


india: anak umur berapa tahun (sambil tunjuk budak kecik luluth)

aku: dah dua tahun

tiba-tiba dia..

india: sekarang ni semua barang mahal lah kan

aku: iye..betul..saya yang kerja macam ni pun terasa mahalnya..

cerita berlarutan pasal hal ehwal ekonomi semasa
ini kali pertama aku berborak dengan bangsa lain mengenai ekonomi semasa


Saturday, January 8

aku & make up

pagi-pagi merayau-rayau ke blog2 anak2 muda
baca macam-macam
kisah diri
yang best
yang tak best
yang bosan 
yang takde hala tuju pun ada

biasa kalau blog mesti.paling tentu ramai letak picture sendiri
comel2 semua
*tapi ramai gak yang perasan comel 

tapi utk aku.aku mmg takkan (hopefully) letak muka aku
sebab pertama nya

aku tak lah comel
&
aku tak lah pandai duk mekap tebal2 penuh segala bulu mata mak nenek bagai
erk. so fake

iya.inilah saya
budak comot yang tak pandai pakai mekap



Thursday, January 6

ter KEMARUK big apple

memang aku sudah kemaruk makan big apple lately ni
dah mula makan big apple sejak tahun lepas lagi 
tapi baru -baru ni macam selalu mengidam

erk?

http://www.mix.fm/oap/08/mixfmmommydearest/images/donut.jpg

bangga nya dia ni

terus terang aku rasa takde sapa pun dalam malaysia ni yang suka nak dengar cerita orang yang suka bangga diri

ish.kat tempat keje aku ada sorang
erk.bosan siut
paling dia suka asik cerita kuat-kuat adalah pasal anak dia

"anak aku boleh itu"
"anak aku boleh ini"
"anak aku dah pandai itu"
"anak aku dah pandai ini"

hingga kan dia pernah sebut

"anak aku tu bijak betul"

padahal..apa yang anak dia buat tu pun anak orang lain dah lama buat
kalau setakat anak boleh cakap "oh.cantik..." aku rasa anak aku dah berzaman boleh cakap benda tu. in fact anak aku dah boleh nyanyi lagu twinkle twinkle little star. aku aje yang tak bercerita kat orang.

dah tu? nak buat pe kecoh2..diam2 sudah kak....

tu tak kira berlagak tayang handbag..tayang hand phone.. alahai, apalah nak dibanggakan dengan duniawi macam tu?
*lagi pun setakat jenama biasa2 je..lainlah COACH or Salvatore Ferragamo or lain-lain yang mahal..

cik kak, kalau setakat CarloRino punyalah nak berlagak...erk, tak macam malu ke?
lagipun semua orang tau kad kredit kamu udah lenting kan? ahak..

Monday, January 3

perut anak dia sudah kembong

baru-baru ni anak seorang kawan turut menumpang mhantar anaknya
di tempat yang sama dengan anak aku
katanya pengasuh sedia ada ni terpaksa menghadiri satu majlis kematian
makanya dia tumpang satu hari. satu hari saje

dan diwaktu aku mengambil anak aku si kecik luluth tu
pengasuh aku menyatakan rasa tak tahan nya dia menjaga bayi yang menumpang tu

"asik menangis aje. tak tahan la macam ni" pengasuh aku merungut

aku pun turut menjenguk bayi yang asik menangis tu..

"aah.kesian"
"tapi baby kecik ni, kalau nangis maknanya mesti ada yang tak kena, sakit kot" aku tambah

"iye. tadi dah bawak pegi urut kat bidan rumah depan nu haaa.. perut dia kembung sampai pusat pun terjojol keluar.lepas urut baru dia dapat tidur lama..baru dapat masak" pengasuh aku sambung membebel.

"laa..... akak dah telefon mak dia ke?" aku sambut

"dah. dia kata anak dia memang macam tu. nangis je tak henti" 

"abis tu dia biar je?"

"entah lah..."

ni yang buat aku tulis entry ni

kadang-kadang ada segelintir mak bapak yang suka ambik mudah
tentu2 anak tu baru lahir
sah2 mmg badan banyak tak selesa lagi
bila mak pun tak jaga makan (untuk yang masih menyusu)
maka kembung lah perut anak tu.
banyak lagi teknik2 menjaga yang banyak kene belajar dari orang tua
jangan asal boleh je

kalau anak tu badan jenis kuat, tak apa la
ni tak. anak senang masuk angin, maknya semua benda hentam sajalah

minyak yu yii jgn tinggal setiap kali pegi mana2 pun
rajin2 letak vick balsam for baby pada dada anak
sapu minyak yu yii tu pada pusat & tapak kaki
insyaallah boleh elakkan selsema, batuk & demam

aku bukan berlagak pandai
tapi aku rajin pegi bercuti, maka aku mmg banyak cara jaga anak jangan sampai demam waktu bercuti

ish.
There was an error in this gadget

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...