Monday, January 3

perut anak dia sudah kembong

baru-baru ni anak seorang kawan turut menumpang mhantar anaknya
di tempat yang sama dengan anak aku
katanya pengasuh sedia ada ni terpaksa menghadiri satu majlis kematian
makanya dia tumpang satu hari. satu hari saje

dan diwaktu aku mengambil anak aku si kecik luluth tu
pengasuh aku menyatakan rasa tak tahan nya dia menjaga bayi yang menumpang tu

"asik menangis aje. tak tahan la macam ni" pengasuh aku merungut

aku pun turut menjenguk bayi yang asik menangis tu..

"aah.kesian"
"tapi baby kecik ni, kalau nangis maknanya mesti ada yang tak kena, sakit kot" aku tambah

"iye. tadi dah bawak pegi urut kat bidan rumah depan nu haaa.. perut dia kembung sampai pusat pun terjojol keluar.lepas urut baru dia dapat tidur lama..baru dapat masak" pengasuh aku sambung membebel.

"laa..... akak dah telefon mak dia ke?" aku sambut

"dah. dia kata anak dia memang macam tu. nangis je tak henti" 

"abis tu dia biar je?"

"entah lah..."

ni yang buat aku tulis entry ni

kadang-kadang ada segelintir mak bapak yang suka ambik mudah
tentu2 anak tu baru lahir
sah2 mmg badan banyak tak selesa lagi
bila mak pun tak jaga makan (untuk yang masih menyusu)
maka kembung lah perut anak tu.
banyak lagi teknik2 menjaga yang banyak kene belajar dari orang tua
jangan asal boleh je

kalau anak tu badan jenis kuat, tak apa la
ni tak. anak senang masuk angin, maknya semua benda hentam sajalah

minyak yu yii jgn tinggal setiap kali pegi mana2 pun
rajin2 letak vick balsam for baby pada dada anak
sapu minyak yu yii tu pada pusat & tapak kaki
insyaallah boleh elakkan selsema, batuk & demam

aku bukan berlagak pandai
tapi aku rajin pegi bercuti, maka aku mmg banyak cara jaga anak jangan sampai demam waktu bercuti

ish.

3 comments:

zmah said...

Sayangi lah ketika ada jangan menyesal tak sudah...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Jaga anak selagi mereka tak umur 4 tahun ke atas mmg agak remeh, begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu.

nasikputeh said...

kesian baby pulak yg kene tahan sakit.




oh u da ade anak ke? ingat kan muda belia lagi.ekeke

There was an error in this gadget

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...