Wednesday, December 29

siapa berani kata kerja cikgu senang?

sian anak aku
tak sempat jupe mak dia sampai 4 jam dia dah pun tido
esok pagi2 dah pegi sekolah lagi
mana kualiti untuk aku besarkan anak?
patutlah remaja zaman sekarang ni macam2 hal

ni la cikgu zaman sekarang
masuk jam 7 balik jam 5

sapa berani kate kerja cikgu senang meh sini jumpe aku 
senang la sangat?
ringan la sangat?

berani jumpa aku la!
mari tengok cara aku kerja
berani nak kate cikgu gov kerja malas?
mari ambik tempat aku
kalau tahan sebulan, aku tabik!

alahai berlagaknye lah engkau

lucu
bila mereka2 yang dah rapat (konon) dengan bos mula menjadi berlagak

cet

yela..sukati engko le labu
macam bosan kan bila asik cerita pasal keje yang tak best tu

tapi patut aku syukur
ada jugak aku kerja
takdela aku pening mencari merayau sana sinun cari kerja

hakikatla..

sapa berani komen kat sini...tempat keje dia mmg best gile..ada ada?
aku kompom kata.susah la weh nak jumpe......
mana2 tempat keje pun sama je teruknya

mana2 tempat keje pun sama je bosnya yang macam tu

dah engkau timun, nak lawan durian?
ada brannnnnnnn???




Tuesday, December 28

kau ingat kau boleh dapat semua bende kau nak?

aku nak jadi seorang puteri raja
tapi.hoi tak logik sangat kau ni
sah2 kau lahir anak orang jawa.dah tu?

aku nak duit setinggi gunung
dah kalau setakat gaji cikgu cabuk
kau nak gaji banyak mane?

aku nak jadik secantik nasha aziz
ehem.dah badan bulat macam tu, boleh lagi fikir nasha?

aku nak pegi sipadan ikut laki aku
   ko ingat tempat keje kau tu bapak ko punye?
nak suka2 ati cuti lama2
 

uwaaaaaaaaaaa.aku sakit ati sebenarnya tak dapat ikotttttttttttttttt...aku mengidam tau nak pegi sipadan...sapa nak jawab kalau baby meleleh air liur tak dapat pegi sipadan?
eh, aku mengandung ke? (buat alasan gempak sikit moga2 dapat pergi lepas ni)

*motif entry ni hanya untuk sedapkan ati sbb tak dapat ikot MHHA


tegang

apa yang tegang?
mencarut ye kamu..
alo.laki aku tengah jauh ni
takde apa yang leh tegang

yang tegang nye adalah kepala otak aku
tegang urat mengadap meeting pagi sampai petang dah duwe hari
oi.lepak!

Monday, December 27

sakit jugak rasa kene perli ni

"tak kira dimana awak berada, kalau office dah call kata kena datang tempat kerja, tak kira apa alasan pun, you kena datang"

amaran itu umum

tapi bedeshummmmm tertempek kat muke aku

adoi~~

kuasa dari ilahi

ini perbualan mak aku dengan seorang kawan nya

mak aku: sihat lagi ye badan awak....

makcik itu: iye...alhamdulilllah..saya sihat. tak ada masalah jantung, kencing manis . sakit tak ada.

mak aku: alhamdulillah

dan baru-baru ni..

makcik itu baru saja meninggal.

terjatuh lalu pendarahan dalam kepala.

Sunday, December 26

bile ko benci kawan ko

bile kawan ko dah tikam ko dari belakang
ko mesti akan rase benci gile kat orang tu dan rasa macam nak mencarut je kat dia

tak guna punya kawan!

versus

lepas duk kampung seminggu
dah biasa duk rumah beso
laman rumah beso yg ko boleh  buat blari 100 meter pecut
makan beso - beso tiap hari
bila balik rumah sendirik.
rumah teres
22 x 75 kaki
intermediate lot lagi
hah! kau akan rasa sebal kat kepala otak

tambahan lagi
kau duduk sorang2 takde laki
sbb laki kau pegi jauh nun malaysia timur
 seminggu lak tu


hah.bahaya cakap camni
nanti ada stalker

jgn memain
laki aku dah pasang cctv plus alarm
sbb binik dia penakoottttt ooooooo

*ada jugak yang larik tido rumah mertua malam ni
aku pun tak tau kenapa aku nak namakan entry ni versus

Wednesday, December 22

jantung sudah mula sakit

aku ni macam budak-budak sekolah aje rasanya
isk.bila sekolah nak bukak je, macam ni la rasanya
satu rasa yang sama sejak umur aku 7 tahun
dah 20tahun aku tetap rasa macam ni


uwaaaaaaaaaa. "adik tak nak pegi sekolah".......................

kalau kecik2 dulu nangis macam tu pun, mak bapak tak kuasa nak layan
dah tu sekarang? boleh belah...lagi tade sapa nak layan aku

dah tengok jadual berderet....deret....deret....
dah start kepala aku nak rasa stress
stress oooo stresss

satu perkara penting yang menyebabkan aku malas nak mula sekolah sbb aku stress aaa dengan keje...



*rasa macam teruk pulak ah
isk...... -_-


Tuesday, December 21

apa itu hyper aktif? masyarakat perlu faham

di suatu hari, ini perbualan aku dan seorang kenalan

dia: aktif betul ye, anak awak..

aku: aah. dia mmg aktif

dia: hmm..hyperaktif

aku: *sentap

waktu itu.aku betul2 terasa hati. mungkin sbb aku mengajar pendidikan khas, maka aku betul2 faham apa itu hyper aktif. hyper aktif bukan setaraf anak aku. hyper aktif adalah betul2 hyper, dan setakat lari depan belakang itu bukan hyperaktif.

bukan aku bertindak sombong. tapi mengistilahkan anak seseorang dengan sesuatu sifat itu sensitif.

ok. biar aku bagitau serba sedikit mengenai kanak-kanak hyper aktif

1) lasak yang keterlaluan. repeat keterlaluan dan luarbiasa. keterlaluan & luarbiasa itu bermaksud kanak-kanak itu berkemampuan untuk melakukan aksi yang pelik dan merbahaya untuk dirinya


2) tiada tumpuan


3) kurang kemahiran komunikasi. kebanyakan kanak-kanak hyperaktif tidak mempunyai komunikasi 2hala.


4) kebanyakan kanak-kanak hyperaktif, mereka mengalami kesukaran untuk belajar.




maka jangan mudah untuk mulut kamu itu lepas

dan biarpun anak seseorang itu hyper aktif, dia tetap manusia. apa salahnya? 

Monday, December 20

MOST of the time, i HATE my job!

niat yang aku pasang bila mula2 amik ijazah pendidikan adalah;
aku berniat untuk menjadi PENDIDIK yang dapat berbakti sebaiknya
kepada ANAK MURID


tapi
aku rasanya PENDIDIK sekarang ni dah jauh menyimpang

jauh menyimpang

jauh menyimpang

jauh menyimpang

and i hate it!!!!

aku cuma mahu menjadi seorang pendidik
yang tugasnya mendidik
anak-anak kesayangan

itu saja

itu saja

itu saja

*dah patut fikir pindah sekolah

Sunday, December 19

juvana? adakah peraturan yg sama masih dipakai 20thn dulu?

2 kes serentak
remaja bawah 15 tahun terlibat

satu mati ditikam & dikelar leher
satu disimbah asid
dua2 dijohor

wei.gile wei

nak buat pe buat baik lagi pada budak2 macam ni?
hukuman berat dah patut kene pada mereka 
walaupun bawah umur

sbb for sure umo macam tu dah boleh guna otak!
kenapa kita disuruh bfikir dulu sblm buat sesuatu?
sbb benda macam ni lah!

please goverment 
do something to them!

*think before do something stupid!

auwww ~~~ buat aku tergelak

Tempat: pasar - kedai jual ayam
Jam: 4.00 petang
Watak:
1) Aku
2)Mhha
3)Penjual

aku: bang, burung puyuh ada ?

penjual: ada. nak yang besar ke, yang kecik?

aku: (tengok muka MHHA)

mhha: yang sederhana

aku: erkkk..*sentap. (lari tajuk betul)

mhha: muka biasa -_-


**this is for you, mhha

Wednesday, December 15

azam tahun baru dah ada.pergghhh semangat



sebut pada diri sendiri
'tiap-tiap petang kena exercise'


'tiap-tiap petang kena exercise'


'tiap-tiap petang kena exercise'


ok.dah ada azam tahun 2011.

*semangat



terima kasih tesco kerana memahami -_-




acara membeli belah saya tidak diganggu lagi.
terima kasih kerana memahami jiwa emak2 yang susah nak tolak troli sbb selalu ada budak sibuk nak tolak sama

*terharu

-__-

Tuesday, December 14

isteri awak masak sedap ke?

kite kite selalu kate "bini aku masak sedap"
tapi bile kite makan ape bini die masak tu kite pun kate
"hmm..takde le sedap sangat pun" (dalam hati)

itu keadaan situasi aku 
aku pun mmg selalu sangat dah kene benda macam ni
tapi dalam banyak2 tu, bukan lah semua tak sedap
ada beberapa jugak yg sedap

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjalfBO0_luN5eBT-60d8TAV7uYfun8geNRdkzikWG1OA_rJ8KxdDKzX2FEY3__1BxWs_JJ0or7n0yWp2KSs7l-vUmRDcd9PQN8pff91sVJk52ncgwkRZ7DxdXHUnxGrGSQhJsNWb3NGfrO/s400/CookingAnimeGirl.jpg
ini adalah aku yang sedang memasak dalam keadaan cantik. *tipu sangat bukan?




selepas kajian tak rasmi aku
selama beberapa tahun
ok.aku mmg rajin buat benda tak berfaedah selain daripada menelaah pelajaran
kenapa bila mak kite masak je...sedap?
bile bini kite masak je...sedap?


ini adalah karena (oh.pengaruh indo kuat)
kesan bahan-bahan kimia yang terdapat dihujung jari setiap manusia
bahan-bahan kimia itu kemudian akan menyerap masuk kedalam molekul makanan-makanan yang dimasak itu tadi......sekian*

kesimpulannya:
bila kita dah biasa makan lelehan-lelehan bahan kimia yang dimasak oleh emak kita, binik kita ataupun bibik kita
mari kita bincangkan kebaikan nya

makanan akan menjadi lebih sedap

hubungan antara dua pihak itu akan jadik mesra

emak dan anak
suami dan isteri
bibik dan suami


hah!

betulkan betulkan?

ok. masih nak suruh bibik kamu masak ke?




Friday, December 10

umat islam dan AIDS

http://shanghaiist.com/attachments/shanghailaine/aids_blindfold.jpg
satu tajuk yang mengerikan
kajian terbaru menunjukkan lebih 50% daripada pengidap aids adalah daripada mereka yang beragama islam.

hmmm

hmmm

macammana boleh berlaku macam ni

dan patut ke org islam yang mempunyai peratus yg tinggi?
*satu perkara yang amat2 mesti difikirkan

cukup ke dengan pemahaman semata2 mengenai
apa itu hiv?
apa itu aids?
sedangkan punca utama akar umbi itu tidak dibanteras

entahla.kadang aku rasa semua perkara yang berlaku sekarang ni macam berlawanan
contoh.(kalau susah nak faham maksud aku)
ok.sex education in school starting next year
satu perubahan bagus
at least anak2 kita akan dapat ilmu keburukan dan keburukan mengadakan hubungan seksual sebelum kahwin dan juga akibat mengambil dadah yang merbahaya.

tapi
yang aku katakan sebagai berlawanan itu adalah;
kita disebelah pihak cuba membanteras
tapi
disebelah pihak lagi contohnya media massa
penuh lagi dengan aksi menggairahkan
dan paparan-paparan yang boleh mempengaruhi

dan anak-anak kita yang baru mengenal hidup ni?
of course akan pilih perkara yang menyeronokkan
dan berlakulah perkara2 yang tidak sepatutnya
kajian tak rasmi di kebanyakkan hospital di malaysia
kelahiran anak luar nikah pada bulan 9 adalah paling tinggi
kerana apa?
sbb ianya bermula dengan sambutan malam tahun baru

macammana?

*dont ever think your children as an angel


Thursday, December 9

al quran utk org buta

drama terbaru hari selasa jam 9 malam
ceta ni macam best je
sbb aku suka tengok heroin ceta ni.budak nya cute
entah.nama dia, aku tak tau

tapi yg aku bengang 
scene dimana rozita chewan melawat sorang wanita yang mempunyai anak buta
dan dialog dia masa tu

"sabarlah ye. harap satu hari nanti akan ada al-quran utk orang buta"

wei. korang ni sebelum buat skrip tak belajar dulu ke?
dah lama la wei benda tu wujud

untuk pengetahuan. al-quran utk orang buta dah lama wujud
ni yang malas tengok drama melayu
tak teliti!
adoi.cetek ilmu am betul la penulis skrip ni

malu la wei
drama melayu tak teliti macam ni 
malu wei


ni la heroin ceta ni
*kalo tak silap dia ni jenis bertudung, tapi aku tak sure..
sbb dalam ceta ni dia bukak pulak tudung

http://profhariz.com/wp-content/uploads/2010/12/Drama-Hani-TV31.jpg

kalaulah duit rm50 tu boleh bercakap

kalau boleh dengar duit bercakap
agak2 apa yang duit nak cakap?
mesti dia nak kata
"saya sudah tak ada nilai lg di mata you kan?" *merajuk

pening kalau nak ceta pasal krisis ekonomi negara
oh.bahasa aras tinggi tu

baru2 ni aku pegi ke tesco
gedung beli belah barangan dapur

duit yg dibekalkan oleh MHHA hanya rm100 *isk
otw tu dalam otak dah fikir macam2 nak beli


~di tesco~

usha sana usha sini

tetibe aku pun terperasan.
dengan duit rm100 ni aku boleh dapat barangan tak sampai 1o jenis
padahal aku bukan shopping sakan
aku hanya beli barang dapur

aku ulang

barang dapur
sabun, ubat gigi, susu anak etc

hey.stress la ini macam oo

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMQ8iu7MBLd82-_VRcSZpZWNcbzpCNHzFCQSr8D6SjHXnVOk8oD5q831f6JPYdqEcStftbQDR7TvodvK09vE3RUeBgDk9Cd5CJ-JsUMjDVAZ60uOw4iKAQ8uhWwRlYNKStlRAugxd-p1OE/s1600/stress.jpg

Wednesday, December 8

A-Kantoi main bni org.3gp

sarawak DAN cerita bergambar

dah post entry pasal jom cuti2 sarawak ni sebelum balik johor lagi
tapi masa tu tak dapat nak upload gambar nak tunjuk 

kalau nak baca pasal info kuching
ada kat entry sebelum ni eh

enjoy~~

bandar kuching - view from 12th floor

terbaik dan strategik
pullman kuching

makan dulu- singapore chicken rice
aik? sini pun orang singapore nak sibuk?


beli apa tu MHHA?



serikin
bagi yg tak pernah ke indonesia
mungkin akan rasa tempat ni  murah
tapi
sbb aku dah penah pegi indon
maka aku rasa dorang jual mahal gile!
sedangkan serikin ni sempadan dengan indon je
perlu ke kos yang tinggi
*mencekik betul diorang ni




mari beli tikar sarawak
sbb aku mmg dah lama sangat mengidam tikar ni
so aku beli je tanpa fikir mahal ke tak
so harganya untuk saiz 5 x 7 ni rm120
macamne? mahal ke?

siapa yang nak tulis alamat ni?


hari kedua

pagi- sarap dulu jom

 jalan-jalan ke kampung budaya sarawak
entry masuk rm60 utk adult
kanak-kanak pree jek

laluan merentasi masa
*sila buka kasut tumit tinggi anda


rumah orang bidayuh


mari kita makan tengahari
* nyum nyum
sedap
( i can eat almost anything)


mari makan malam pulak

 kalau ke kuching
jangan lupa ye makan seafood kat sini

top shop
area waterfront

banyak dah gambar upload
penat oh penat

nak tengok banyak lagi
kenalah ke kuching
hehe

Monday, December 6

menjejak budaya sarawak~holiday in kuching

yes! dis time holiday lagi
dan kami berada di sarawak...

alah..tak dapat nak upload gambar la
sbb ni laptop MHHA so, saya dilarang sama sekali untuk mentransfer gambar dari phone
sbb nanti MHHA pun berleter
"virus la..tau virus tak?"

dah 2 hari merayau sekitar bandar kuching
hari pertama meronda ke serikin
mak datok! jauh gile
kalau nak dikirakan macam kulai ke batu pahat gitu

dan yang tak bestnya 
harga pun dah mahal
mentang2 musim cuti sekolah so harga pun naik
tapi paling best
akhirnya aku dapat 'tikar sarawak' 
yang dah lama termimpi
huh.tikar pun nak mimpi? *weird*

masa kat serikin tu terjumpa juga
set corning ware 5pcs dengan harga rm350 saja!
hey.murah tu
tapi...entah tak tau berbaloi ke tak beli
*masih berfikir*

malam mengoder pizza hut masuk ke bilik hotel
sbb hujan dan sangat penat ooooooooooo nak keluar makan

second day
merayau ke kampung budaya pulak
oh.forgot! sebelum tu kami ke muzium sarawak dan akuarium 
hm..tempat nya kecik je
aku sebenarnya mmg tak suka pegi muzium
hey.saya sedang holiday okey. bukan nak belajar...
tapi rupanya muzium ni best jugak.
lain dari yang lain
*mengambil gambar curi dalam muzium*

then merayau terus lagi ke kampung budaya
tempatnya besarrrrrrrr punya
dan

besth!!!!!!!!!

last hari ni sebelum balik
nak pegi sopping sopping sopping lagi lagi dan lagi
beli kek

terubuk masin

dan pasu sarawak *kalau MHHA tak leter*

buhbye

*will upload pictures soon

Friday, December 3

tafsir mimpi

http://critteristic.com/wp-content/uploads/2008/09/cute-cat-sleeping.jpg
orang kata
kalau kita mimpi, jgn cerita kat orang
kenapa agak2

orang juga kata
mimpi itu mainan syaitan

ada orang juga kata
kalau nak jumpa mimpi yang boleh dipercaya
sebelum kita tidur kita hendaklah dalam keadaan yang berwudhuk
dan waktu mimpi itu hendaklah sebelum subuh

aku kata
baru2 ni aku ada mimpi yang indah
boleh ke bagitau
aku mimpi aku mengelilingi tawaf
dan hati aku masa tu rasa bahagia sungguh
rasa macam tak nak bangun dari tidur je rasa

aku juga kata
baru2 ni mak bapak aku ada kata nak pegi umrah


ada jugak aku kata
aku nak ikut tapi aku macam tak berapa ber'wang'

adakah?


Thursday, December 2

facebook perosak rumah tangga?

petikan daripada harian metro. 2 disember 2010


LOS ANGELES: Jika dulu perceraian sering berlaku akibat kesan gincu di baju suami atau pesanan ringkas dalam telefon bimbit, kajian terbaru menunjukkan masalah itu kini disumbangkan oleh laman sesawang sosial seperti Facebook.
Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika itu, satu daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sesawang sosial.

Kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing.
Antara bahan digunakan adalah mesej dan gambar menggoda di Facebook.

Kewujudan laman sesawang itu didapati membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih masing-masing selepas terpisah sekian lama.

Kajian itu menunjukkan, Facebook adalah penyumbang terbesar masalah rumah tangga dengan 66 peratus peguam mendakwa ia dikemukakan sebagai bukti tuntutan perceraian.

Penyumbang kedua terbesar adalah laman sesawang MySpace (15 peratus) dan diikuti Twitter (5 peratus).

Selebihnya adalah laman sesawang sosial lain.
Tahun lalu, sebuah firma guaman Britain mendakwa, 20 peratus petisyen perceraian di negara itu mengaitkan Facebook sebagai punca.

Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan, berkata kebanyakan pengguna laman sesawang sosial menggunakan kemudahan itu untuk berbual mengenai seks dengan seseorang yang tidak sepatutnya.

Laman sesawang Friends Reunited yang dilancarkan untuk menghubungkan kenalan lama di zaman persekolahan pada 1999 turut memberi kesan terhadap rumah tangga ahlinya.

Baru-baru ini, bintang siri, Desperate Housewives, Eva Longoria, mengambil keputusan berpisah daripada pasangannya, Tony Parker, selepas pemain bola keranjang itu didakwa sering berhubungan dengan wanita lain melalui Facebook. - Agensi

http://www.ahmadhumaizi.com/facebook.jpg

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker