Sunday, April 18

best celebration ever

seperti yang sudah cikgee maklumkan dalam facebook,
hari ni 18.04 adalah hari lahir suami cikgee..
hehe..
tetapi tuan-tuan dan puan-puan
suami cikgee pergi memancing kat laut...
plan tu dia dah buat sejak tahun lepas lagi..(secara senyap2)
so tak boleh nak halang
biarkan aje dia pergi...

actually cikgee sejak minggu lepas dah ada oder cupcakes fondant 
nak buat surprise kononnya..
tapi kan, oder cikgee tak dilayan pulak..
mebi sbb kakak tu dia part time je
so dia tak dapat nak cater oder cikgee tu..(sedih gak sebenarnya)
cikgee dah request kat akak tu,
buatkan theme fishing plus love2..
dah berangan mesti lawa punya
tapi kakak tu tak reply2 email cikgee..kesian kan...

sejak bulan lepas lagi cikgee dah ada beli birthday card
tapi sbb dah lama sangat, sekarang baru cikgee teringat pasal kad tu
plannya, nak masukkan dalam beg suami before dia pergi memancing tu
so nanti hopefully dia bukak beg, wah...ada birthday card gitu..
tapi lupalah pulak haha...pelupa betullah

so tadi lepas suami cikgee balik around 4pm, 
cikgee pun tanya nak celebrate mana
dia pulak penat semacam, maklumlah 2 hari tak tdo,,kemaruk memancing tengah laut
akhirnya cikgee buat keputusan kite sambut birthday tahun ni dengan makan walls cornetto love..
wah, ala2 romantika jugak kan..
biasanya orang mesti sambut dengan kek, tahun ni lainlah sikit
but end up, si kecik luth tu yang hantam walls strawberry with cheese tu

tambahan lagi, cikgee masak ikan merah yang memang fresh (baru tangkap tu)
goreng je..sbb suami cikgee request nak goreng je..
tu je lauk nya
makan ngan nasik..
tapi sbb ikan tu sedap sangat, so mmg the best lah kata suami cikgee
wah, kembang2 sekuntum

kadang2 kita fikir the more fancy, the better
tapi sebenarnya yang penting kalau kita seronok
benda yang mudah pun boleh jadi fancy..
hehe..


No comments:

There was an error in this gadget

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...