Saturday, April 17

Master oh Master

aku nak sambung blajar...nak sangat...nak  sangat..
tapi entah kenapa ek..hati aku berbelah bahagi.. cam ada yang menghalang je..
(pelik)









aku sebenarnya suka  belajar daripada bekerja..belajar tu macam lagi seronok
sbb tak banyak tanggungjawab..sbb tak banyak masalah..hari2 fikir belajar, belajar, belajar ..
tak macam sekarang: masalah orang lain pun aku kena fikir kan..(oh, tidak..mulianya aku)















aku terfikir, kalau aku sambung belajar..sapa nak bayarkan rumah aku? aku tak nak jual..sapa nak bayarkan keta aku? aku tak nak jual...sapa nak bayarkan segala hutang piutang aku? hoohhhh..banyaknya..

pastu aku fikir, kalau aku sambung belajar kat oversea..laki aku camne? takkan aku nak stay sorang2 kat sana? oh,masalah2......

hmmm...sebenarnya semuanya bergantung kepada kepala otak aku..
nak pergi ke tak...
nak pergi ke tak..
nak mohon ke tak..
nak mohon ke tak...


apa kata...aku cuba dulu...? 
macammana nak uruskan yang lain, Insyaallah dapat jawapannya nanti

Friday, April 16

tioman diving course

oh rasanya belum lambat lagi nak cerita pasal diving course yang aku amik Feb lepas..(dah lama dulu)


cantik kan..waaa...memang cantik...
(excited ni nak cerita)
pada mulanya aku mmg ecxited nak buat lesen diving open water ni...tetapi..semuanya berubah selepas seluruh anggota badan aku berada didalam air laut yang masin itu..

sampai2 je petang tu, terus ada meeting (oh, meeting?) perjumpaan antara guru dan murid (kamilah tu)


bila dah diterangkan oleh sifu ttg cara2 utk dive, dalam hati aku mmg cuak...(telan air liur)
aku angkat tangan

"saya tak reti berenang" pengakuan jujur..

"ok, tak apa.asalkan ada water confidence"

"erk..water confidence? alamak.."

.......
bla bla bla

"ok sekarang awak semua boleh amik equipment utk first dive"

"erk? first dive?" (*gulp)

.....

[didalam laut]

baca dalam hati sbb dalam laut takleh cakap
sepanjang dalam laut kami guna sign language (kepakaran aku) :))



ada buaannnnyaaakkkkkk skills yang kami kena mahirkan..(hmm..ngeri kan?)
dan dalam antara 6 orang pelajar, akulah paling lemah sekali..
sebab aku paling penakut sekali..


dalam banyak2 skill yang diajar tu, skill paling aku tak boleh buat sekali adalah:
::bukak mask dan pasang semula::

tau kenapa? sbb mata aku pedih gile babeng, gila babeng, babeng...(maaf penggunaan bahasa yang kasar, 18SG)
sbb aku pakai contact lense, so pedih nya lain dari biasa...hua ha haaaa


inilah dia aksinya...
pernah tak korang menangis didalam air? tak penah kan kan kan?
haa.............aku pernah!!!!!

lepas kawan2 sediving pujuk..aku pun okey sikit la...
lepas belajar beberapa skill, kami dibawa ke coral yang kecik (yg berada dipesisir pantai je)


perasaan masa tu? waaaaaaa........cam nak nangis je tengok betapa cantik nya (asik nak nangis je, sah2 aku memang lembik)

2nd day belajar diving:

kami diajar beberapa skill lagi...memang payah ooooooo
tapi aku kuatkan semangat aku melawan arus
menentang segala kutukan (daripada laki aku)
utk mendapat segulung ijazah lesen diving
wah gitu....


last day belajar diving:

waa...ni part paling best..best sbb aku tau pasni tak payah nak berdebar2 lagi...heheee..

hari last, kami pergi boat dive...

tau apa paling best bila boat dive ni? dapat guna teknik terbalik masuk laut....sommersault terbalik...


ni gambar aku dengan laki aku dengan nik..

sebenarnya dalam takut2 aku ni, aku sebetulnya enjoy sangat2...sangat2..sangat2...(uishhhh)
even tengah tulis sekarang ni pun aku masih ingat lagi betapa indahnya berada didalam laut tengok komuniti @ dunia ikan...
rasa relax yg terlampau


tenangnya berada didasar lautan...
last dive tu, pada kedalaman hampir 12meter..
walaupun masa tu dah hampir 45 minit dalam laut, tapi aku rasa cam 5 minit je...
memang banyak pengalaman aku dapat sepanjang 3 hari diving course ni..
macam-macam..
bermula dengan mengawal emosi takut, keyakinan diri..banyak lagi lah
aku pun tak tau nak sebut..

hmmm..bila lagi nak dive?
entah, tak tau..(tengah kumpul duit)


terima kasih kepada cikgu yang mengajar aku
(walaupun aku kena marah paling banyak)
dan
kawan2 yang sama2 bagi semangat kat aku...


romantika didasar lautan

 

Wednesday, April 14

miska muska mikeeee maussss

miska muska mikeeee mausss....
sapa yang ada anak kecik mesti dah biasa dengar ni...
oh (plus) ada astro cartoon...hehe..
 

ramai yang selalu cakap:

"astro ni boleh buat anak2 lalai tengok tv..kerja sekolah tak siap nanti"

betul tu! aku setuju! sbb aku dulu walaupun tak ada astro, asik mengadap tv je..dah pukul 10 malam baru siapkan homework..(sambil menangis)..hehe,eh2...sila jangan ketawa banyak sangat, biasalah budak kecik mmg la malas...normal kan..rajin tu yang tak normal (dengki pada org rajin)

tetapi..tuan2 dan puan2..
bergantunglah cara ibu bapa tu kawal anak..kalau dibenarkan tengok tv sepanjang masa..so dah tentu2 jadik lalai..

ops2..aku bukan nak berceramah kat sini...(pusing  balik..)
 

ni antara karektor kartun yang ada dalam mickey mouse clubhouse...minnie, daisy, mickey etc..
dari segi pengamatan aku sedikit sebanyak..(betulkan aku kalau salah), sebenarnya bagus jugak kalau bagi anak tengok kartun ni, kalau ibubapa yang slalu sama2 tengok kartun dengan anak, confirm korang2 sume dah perasan ada banyak kartun yang berbentuk (wah, teknikal nya bahasa) sambung semula, kartun yang berbentuk pendidikan, bak kata si hidung mancung berkulit putih educational cartoon...

tetapi: bukan di semua channel.......................ops... kebanyakannya di channel 613 playhouse disney..oh, promote ke? tak kuasa mekk...(tak dapat duit pun)


 aku cuma nak war warkan kepada para ibu bapa yang sekumpulan dengan aku....pandai2 pilih channel utk anak..sebabnya: our children will indirectly learning and within the same time having fun.. (wah, gitu...) 

Tuesday, April 13

tolong berikan saya sebuah dryer..(...)

dryer? hmmm...aku tak pernah terfikir...tapi bila tadi aku pasang telinga terdengar seorang kawan kat tempat kerja berborak..tiba -tiba kepala otak aku berpusing (berfikir).. cam best je?

"beli 2nd hand je kat Rengit"

       "tapi takde warranty"

"aku pakai dah bertahun tak rosak2 pun"

       "oh ye ke? tapi nasib la kalau dapat yang elok lagi" 



aku paling malas benci basuh baju, gosok baju, lipat baju...apa saja berkaitan dengan pengurusan baju bajan...lemah segala jiwa raga aku bila dengar perkataan tu.. terima kasih kepada pencipta mesin basuh, dan bakal terima kasih kepada dryer..(sbb aku belum tak ada dryer)



 diantara kebaikan yang aku dah fikir bila ada dryer:


1) tak payah jemur
2) tak payah jemur
3) hmm...again, tak payah jemur


oh, bernasnya idea aku!! 


tetapi, bagaimana kah utk aku membodek meyakinkan laki aku utk membelikan aku sebuah dryer?..(rengit punya pun dah ok)
oh bestnya kalau ada dryer!!! ye yeyyy.... (jgn berangan lebih2 orang tua2 slalu kata) 
tapi.. aku tak fikir lagi pasal keburukan ada dryer... lebih baik jgn fikir, kan orang slalu kata think positive.?.oh yeahhh..

dapat ke ? cak cak cakkkkkk


Monday, April 12

Akademi Fantasia sinonim dengan gedik?

Walaupun rasa sebal, tapi jari aku tetap tekan no.104 pada remote astro...hmm, aku dah mengikut-ikut terikut sejak AF3 lagi. aku bukan peminat, (oh, tidak!) tapi aku cuma suka nak ikuti cerita semasa AF..bila time konsert, aku tak penah pun tumpu..cuma aku rasa best utk tahu turn sapa keluar setiap minggu (oh, ada ciri-ciri pendengki ke?)


utk AF kali ni, rasa sebal aku meluap2...setiap pelajar dalam Akademi kali  ni mcm ada karekter tergedik2..terutama Farina (sila jgn marah saya ya peminat farina)..kebarangkalian yang saya gulung kat sini, utk jadik artis seseorang itu mestilah tergedik-gedik..logik tak usul saya?

mungkin juga...ya, mungkin juga karekter itu lah perlu ada pada setiap pelajar AF kerana lagi gedik seseorang pelajar, maka makin ramai manusia a.k.a penonton yang menyampah, maka akhirannya makin komersial lah seseorang itu.. (wah, ilmiah sungguh post kali ni, kalah action research yang baru hantar tadi) 

kajian aku yang seterusnya: (sedikit berdehem)... kenapa manusia mcm aku terus nak tengok AF walaupun aku meluat? oh, aku dah ada jawapannya disini... SUPAYA: (sila baca laju2) tak membazir dah bayar astro tiap-tiap bulan, terpaksa lah tengok...ingat free ke? hehe...logik2...
akhir kata, save our world, hehe
teruskan membaca...bye


Sunday, April 11

Ikan oh ikan..kenapa tak mau timbul?

Mereka dah balik..hmm...mesti tertanya2 kan..mcamana hasil tangkapannya....haaaa..ini dia..(sila skroll bawah sikit)

                                                     hasil tangkapan para nelayan

macamana kawan2? agak2nya berbaloi tak seorang isteri membenarkan suaminya berpoya2 ditengah lautan mencari ikan? haha...sbenarnya ikannya penuh satu sinki, tapi mak aku pun dah songlap bungkus2 satu plastik utk bawak balik Batu Pahat..so maknanya ini adalah 50% daripada hasil tangkapan hidupan laut..eheemmm...


                                  Ini adalah gambar yang dipamerkan tanpa kebenaran..haha

minggu depan dorang pegi lagi...ya..saya tahu...mesti korang sume cakap dalam hati (eh, isteri mithali betul dia ni)..hmmm, baru tau ke??hahaa..

biarlah mereka...asalkan ada bawak balik lauk utk aku sudahlah..kenapa nak halang2? yang penting kena ada bukti la...(ehem..aku tak lah sebaik mana pun)

hehe..ok la kawan...
teruskan membaca..bye

Saturday, April 10

suamiku fisherman's friend

rancangan nak pegi memancing ni sejak akhir tahun lepas lagi laki aku dah setelkan.
wah2..dalam hati aku, beria2 nampaknya..
dah 2 tahun aku tak kasik dia pegi, tapi tahun ni aku bagi can la...sian lak kan..
aktiviti orang laki la katakan..... biar dia bercampur gaul (haha..mesti dia sakit hati kalau baca ni)
sewa bot entah berapa ribu aku pun tak campur,tak menganggu duit aku sudah..
korang buatla apa yang patut..yang aku tau balik nanti aku nak masak ikan siakap (laut) stim...
hua3....sedapnya
tapi oh? jgn pulak setakat ikan nemo je yang ada nanti..
buat aku tergelak golek golek je..

hmm..ceta semula pasal psiapan dia nak pegi mancing ..
pagi2 bute pukul 6 dah bangun..(dengan sendirinya tanpa dikejut)
aikkk...pelik gak aku..kalau nak pegi keje, letupkan bom sebelah telinga pun still berdengkur lagi..
(semangat lah tu) biar2...

aku disini? hmm..duk rumah je lah
menjalankan aktiviti isteri solehah..
pagi2 bute dah masak mee sup..
ni pun satu lagi pelik, time laki ada setakat roti cecah teh je..
time bedua ngan anak, glamor pulak masakan aku..hua2..
tunggu mak n bapak aku datang sini..sbb aku takut nak duduk rumah sorang2..(huuuu..sbb banyak borak ceta antu kat sekolah punya pasal) ni sume kak bi, ema, ain, hmmm..sapa lagi ekk yang ceta antu kat aku..


kita tunggu dan lihat esok hasilnya..
teruskan membaca...bye

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker