Friday, April 16

tioman diving course

oh rasanya belum lambat lagi nak cerita pasal diving course yang aku amik Feb lepas..(dah lama dulu)


cantik kan..waaa...memang cantik...
(excited ni nak cerita)
pada mulanya aku mmg ecxited nak buat lesen diving open water ni...tetapi..semuanya berubah selepas seluruh anggota badan aku berada didalam air laut yang masin itu..

sampai2 je petang tu, terus ada meeting (oh, meeting?) perjumpaan antara guru dan murid (kamilah tu)


bila dah diterangkan oleh sifu ttg cara2 utk dive, dalam hati aku mmg cuak...(telan air liur)
aku angkat tangan

"saya tak reti berenang" pengakuan jujur..

"ok, tak apa.asalkan ada water confidence"

"erk..water confidence? alamak.."

.......
bla bla bla

"ok sekarang awak semua boleh amik equipment utk first dive"

"erk? first dive?" (*gulp)

.....

[didalam laut]

baca dalam hati sbb dalam laut takleh cakap
sepanjang dalam laut kami guna sign language (kepakaran aku) :))



ada buaannnnyaaakkkkkk skills yang kami kena mahirkan..(hmm..ngeri kan?)
dan dalam antara 6 orang pelajar, akulah paling lemah sekali..
sebab aku paling penakut sekali..


dalam banyak2 skill yang diajar tu, skill paling aku tak boleh buat sekali adalah:
::bukak mask dan pasang semula::

tau kenapa? sbb mata aku pedih gile babeng, gila babeng, babeng...(maaf penggunaan bahasa yang kasar, 18SG)
sbb aku pakai contact lense, so pedih nya lain dari biasa...hua ha haaaa


inilah dia aksinya...
pernah tak korang menangis didalam air? tak penah kan kan kan?
haa.............aku pernah!!!!!

lepas kawan2 sediving pujuk..aku pun okey sikit la...
lepas belajar beberapa skill, kami dibawa ke coral yang kecik (yg berada dipesisir pantai je)


perasaan masa tu? waaaaaaa........cam nak nangis je tengok betapa cantik nya (asik nak nangis je, sah2 aku memang lembik)

2nd day belajar diving:

kami diajar beberapa skill lagi...memang payah ooooooo
tapi aku kuatkan semangat aku melawan arus
menentang segala kutukan (daripada laki aku)
utk mendapat segulung ijazah lesen diving
wah gitu....


last day belajar diving:

waa...ni part paling best..best sbb aku tau pasni tak payah nak berdebar2 lagi...heheee..

hari last, kami pergi boat dive...

tau apa paling best bila boat dive ni? dapat guna teknik terbalik masuk laut....sommersault terbalik...


ni gambar aku dengan laki aku dengan nik..

sebenarnya dalam takut2 aku ni, aku sebetulnya enjoy sangat2...sangat2..sangat2...(uishhhh)
even tengah tulis sekarang ni pun aku masih ingat lagi betapa indahnya berada didalam laut tengok komuniti @ dunia ikan...
rasa relax yg terlampau


tenangnya berada didasar lautan...
last dive tu, pada kedalaman hampir 12meter..
walaupun masa tu dah hampir 45 minit dalam laut, tapi aku rasa cam 5 minit je...
memang banyak pengalaman aku dapat sepanjang 3 hari diving course ni..
macam-macam..
bermula dengan mengawal emosi takut, keyakinan diri..banyak lagi lah
aku pun tak tau nak sebut..

hmmm..bila lagi nak dive?
entah, tak tau..(tengah kumpul duit)


terima kasih kepada cikgu yang mengajar aku
(walaupun aku kena marah paling banyak)
dan
kawan2 yang sama2 bagi semangat kat aku...


romantika didasar lautan

 

No comments:

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker