Monday, April 12

Akademi Fantasia sinonim dengan gedik?

Walaupun rasa sebal, tapi jari aku tetap tekan no.104 pada remote astro...hmm, aku dah mengikut-ikut terikut sejak AF3 lagi. aku bukan peminat, (oh, tidak!) tapi aku cuma suka nak ikuti cerita semasa AF..bila time konsert, aku tak penah pun tumpu..cuma aku rasa best utk tahu turn sapa keluar setiap minggu (oh, ada ciri-ciri pendengki ke?)


utk AF kali ni, rasa sebal aku meluap2...setiap pelajar dalam Akademi kali  ni mcm ada karekter tergedik2..terutama Farina (sila jgn marah saya ya peminat farina)..kebarangkalian yang saya gulung kat sini, utk jadik artis seseorang itu mestilah tergedik-gedik..logik tak usul saya?

mungkin juga...ya, mungkin juga karekter itu lah perlu ada pada setiap pelajar AF kerana lagi gedik seseorang pelajar, maka makin ramai manusia a.k.a penonton yang menyampah, maka akhirannya makin komersial lah seseorang itu.. (wah, ilmiah sungguh post kali ni, kalah action research yang baru hantar tadi) 

kajian aku yang seterusnya: (sedikit berdehem)... kenapa manusia mcm aku terus nak tengok AF walaupun aku meluat? oh, aku dah ada jawapannya disini... SUPAYA: (sila baca laju2) tak membazir dah bayar astro tiap-tiap bulan, terpaksa lah tengok...ingat free ke? hehe...logik2...
akhir kata, save our world, hehe
teruskan membaca...bye


No comments:

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker