Sunday, October 31

alamak.ekspresi apa patut aku buat?

lokasi: di hadapan universal studio of spore

aku: boleh tolong ambilkan gambar?

dia: boleh.boleh

pas kamera pada dia

snap snap snap

aku: terima kasih ye

dia: ok.takde masalah. tapi tengoklah kot2 gambar saya ambil tu tak cantik 

aku: eh.takpe. mesti cantik punya

dia: kamera awak ni pakai kodak ke digital?

aku: arekkkkkkkkk. (kamera aku ada rupa pakai kodak ke?)

aku: errr....digital. (kalau boleh nak gelak besar kat situ. )

dia: ooo.digital eh.

http://blog.hyland.com/wp-content/uploads/2010/04/confused.jpg

Saturday, October 30

kesedaran selepas meninggalkan si dia

kerap kali
selepas kita hilang sesuatu barulah kita akan sedar 
sedar dan sedar
http://marinimz.com/blog/wp-content/uploads/2010/03/frust.jpg

baru kita tau betapa baik nya
betapa indahnya
betapa manisnya
aduhh.kecewanya rasa

macam gempak.
tapi kesedaran yang aku ceta ni adalah tentang
betapa bestnya negara malaysia
..........
baru je balik dari jiran sebelah
satu negara yang kononnya hebat

sebenarnya dah masuk kali ke enam pegi sini
tapi pegi kali ni baru berpeluang tuk jalan sekitar kota
oush. tak best beb!


not friendly
dan of coz sesak dan menyesakkan

bila dah mengharungi benda tak best sampai ke petang
nikmat masuk malaysia tu betul2 dapat rasa

masa aku pegi indon itu hari
takde pulak rasa macam ni
rasa ok je
tapi bila pegi ke negara yang macam bagus ni
rasa tak sabar2 nak balik malaysia beb
aaaaa....tak best
serba serbi tak best

oh.malaysia kesayangan ku
http://blog.kliq.my/wp-content/uploads/2010/09/malaysia-bendera.jpg

betul ke bunga raya bunga kebangsaan?

ok. pagi sabtu dah bangun jam 5.30 pagi
time kasih banyak banyak banyak pada luthfillah sbb kejutkan mummy ye
esok buat la banyak2 kali
sbb memanggggggg suke

ok.mari kita masuk tajuk utama
pagi2 dah menonton tv
tertonton pula nyanyian lagu patriotik
lagu bunga raya bunga kebangsaan
tapi.lepas tu aku terus teringat
"eh, dah lama aku tak nampak bunga ni"
tapi betulla kan
patutnya kalau dah namanya pun bunga kebangsaan
makanya patutnya kena la banyak tanam pokok ni
even buat kebun bunga raya di tempat2 populer
or mungkin aku tak tau ke?
tapi rasanya tak ada

tepi2 jalan tu pun lebihkan lah tanam bunga raya
biar pelancong semua kenal bunga ni
tapi hakikatnya?
kita sendiri pun lupa kot
bunga raya itu bunga kebangsaan
 
ada kamu ingat?
ataupun
hangat2 tahik ayam?
siapa ya...

http://www.fathersez.com/wp-content/uploads/2009/04/hibiscus_garden_kuala_lumpur.jpg

Thursday, October 28

menjadi supermodel di dalam mimpi

kadang kala. aku ulang. kadang kala
keadaan seperti berikut berlaku pada aku
satu keadaan ketidak selesaan 
yang menyebabkan kerengsaan
didalam hati dan didalam kepala otak

alamak. susah. but berlagak cool
keadaan apa yang aku maksudkan tu?
ok. 
keadaan dimana kita dikelilingi perempuan2 cantik
oh.gaya bercakap seperti seorang lelaki
yang tak tahan dikelilingi perempuan cantik
eh eh
aku tak maksudkan macam tu
tidak.
bila kita dikelilingi perempuan cantik
dalam keadaan kita tak berapa cantik
ok.ada faham tak sekarang?

bagaimana maksud istilah perempuan cantik
cantik yang aku maksudkan terang-terangan adalah cantik fizikal
aku tidak.TIDAK membincangkan mengenai cantik dalaman disini
itu tajuk yang berbeza
nanti kita sama2 bincang hal itu pulak
cantik: muka yang cantik, kulit yang cantik, rambut yang kemas, badan yang super solid, sexy dan super total fashionable

keadaan seperti berikut sebenar benar benar nya memberikan ketidak selesaan pada aku
ok.mungkin orang lain mempunyai tahap keyakinan diri yang super high
tapi oppp aku tidak mempunyai confidence level tahap itu.hanya tahap tingkat satu rumah 

kenapa aku tidak selesa?
padahal gegerl cun2 tu tak kesah pun?
iye.ada aku kesah
tapi dalam keadaan fizikal (terutama sekali) yang tidak seperti mereka
makanya rasa malu itu tetap.tatap.tutup timbul 
untuk sedapkan hati:
ok.syukur aku tak mendedahkan aurat
tapi hakikatnya tetap rasa cam tak sesuai aje bercampur dengan group mereka

ada jugak terdetik dalam hati
"apa patut aku bual ngan dorang?"

tapi. better not.

aku hanya seorang ilmuwan
aku tidak bijak bergaya mahupun berhias
 aku cuma bijak mendidik
dan aku (mungkin) bijak untuk menjadi ikhlas

iye.aku tetap akan menjadi aku
biar pun aku kolot. aku mmg akan tetap menjadi kolot
biarpun baju ku hanyalah kain murah
biarpun kasutku juga jenama murah
even juga lebih baik tidak tunjukkan tas tangan?

aku hanya suka melihat dunia
walhal dunia itu lebih cantik
lebih menggiurkan
malangnya tidak pula aku merasa malu ?
walaupun aku jauh lebih hodoh daripada dunia

Tuesday, October 26

lagenda si lagenda budak setan

menonton drama lagenda budak setan
di astro prima
betul2 recall semula kenangan zaman remaja
wuish..aku mmg gile gilosh babeng
minat tahap cucur atap punya beb
memang feelin' habis pada kasyah
mmg aku harap (masa tu) dapat partner yang akan gilekan kat aku macam kasyah gilekan pada ayu

heppp.banyak sangat sebut gile
cukup 44 kali
gile betul aku

bila kenang2 kembali zaman bercinta
boipren mmg berlambak
senang cerita mmg budak gatal
(nasib baik budak pandai jugak)
bila nampak je jejaka idaman
hati akan berdup dap dup dap
uish.berbunga2 wa cakap sama lu
apa saja berkenaan si dia mmg menarik hati
baju apa dia pakai
seluar apa
even selipar apa yang di pakai pun aku skodeng
pernah sekali tu buku dia pun aku rembat
semata2 nak tengok tulisan dia hari2
(konfirm dia kena marah ngan cikgu sbb buku dia hilang)
lawak tahap raja lawak
semua cinta monyet beruk kera mmg akan buat benda yang merapu tah apa2
dan bila jumpa MHHA
kaedah (acehhh) konsep bercinta dah jadik lebih matang
takde lagi curik buku
dah takde sekodeng2
mungkin sbb dah soulmate (huyoo)
makanya aku tak kisah pun apa yang dia pakai whatsoever
eh.kisah jugak sikit
(sbb aku really tak nak orang yang selekeh)
alamak.MHHA tolong cover lobang hidung

bezanya soulmate dengan cinta monyet adalah;
kalau cinta monyet; partner kita buat benda yang kita rasa tak best, kita terus akan rasa tak suka dan cakap " ala, dah bosan la dengan dia tu"
tapi kalau soulmate: "ok. awak nak korek hidung ye. meh sini sya tolong"
(itu perumpamaan je le)
hehe :)

bila tengok farid kamil dengan jue aziz ni
aku pun terover jugak rasa dup dap
alah. poyo no no aku

haha.lantak kome la.

"cinta itu perlu dipupuk"



elakkan gunakan MEPS

tahu apa itu meps
korang semua mesti confirm biasa guna
lebih2 lagi orang yang udah bergaji
utk adik2 yang masih belajar
engkorang pun guna jugak
buat keluar duit loan 
ataupun keluarkan duit dari hemak dan hembapak

situasi satu.babak 0.5
pemegang akaun maybank
merangkap pemegang kad atm maybank
pengeluaran dibuat di salah satu atm cawangan maybank
ok: tindakan tepat

situasi dua. babak 1.0 
pemegang akaun maybank
pemegang kad atm maybank
pengeluaran dibuat di salah satu cawangan meps
a.k.a
bank yang  sah2 bukan gambar harimau malaya maybank
ok: tindakan tak berapa tepat 

kerana

benda gila baru je melanda muka aku
aku buat sebijik macam situasi dua
duit tak keluar
resit haram tak keluar
tapi 
akaun sudah didebitkan
jumlah pengeluaran RM1500
takke ko rasa macam nak mampus
dengan segala mak nenek benda nak kena bayar

ok.pastikan anda rilek
dan jangan mengamuk macam orang gile
pegi ke cawangan terdekat maybank dan buat report
dan pegi ke bank satu lagi yang telah menyusahkan hidup anda itu

ikuti dialog aku tadi:

aku: macam mana benda macam ni boleh berlaku?
pegawai bank yang macam bagus: sbb duit dah keluar lama, tapi cik tak amik.
aku: (dlm hati) kau ingat aku ni bangla yang baru sampai malaysia? kali pertama nak keluarkan duit? tak reti gunakan atm? otak ko berjambul
aku: (cakap) hei, tak lah. loading lama.PLEASE WAIT ..tetibe kad terus keluar. tapi duit tak pulak dapat
(dlm hati) kau ingat aku ni bodoh no ke?
pegawai bank yang macam bagus: hmm.ok lah. kita akan proses ke kl

huh.rosak segala rancangan aku!
dinasihatkan jangan gunakan meps.
sbb benda2 bodoh macam ni boleh berlaku



Monday, October 18

entah apa mengarut sambil nak mencarut

hui hui hui
takde nak mencarut pun
saja nak buat tajuk yang kasar
cam ala2 tak sopan camtu
padahal akulah orang paling lah tersopan sekali
oh.menyampah ye bila aku kata aku paling tersopan?
dah sapa suruh nak membukak belog aku ni?
pegi balik tempat asal kamu ye manusia
hish.walaupun mood cam tak best
sbb baru lepas nampak cine pukul anjing tadi
owh.walaupun aku dan kamu haram pada anjing
tapi aku ttp kesian pada anjing tu
cam ala2 sebak camtu
tapi kat orang yang perangai macam anjing
oh yang tu tak rasa pape pulak

tetibe teringat pada indon jaga pasar semalam
ish gatal mmg aku takleh handle
boleh buat pulak jelingan ala robert pattison kat aku
weh,ko ingat ko edward vampire ke
nak buat muka 'macam' hensom tu?
perut bergelodak rasa loya
macam kene fikir banyak kali bila nak pegi situ lagi
lainlah kalau kau betul2 robert pattison
boleh jugak aku tengok balik muka kau tu

dah 3 perenggan tapi masih lum masuk cerita utama lagi
teringat lagi
(hari teringat sedunia)
orang jual barang coway tadi berjaya mempengaruhi fikiran aku
air purifier yang katanya begitu berkesan!
malangnya aku dah tau MHHA confirm akan jeling setengah mata hitam pada katalog yang aku tunjuk nanti
tapi nak tunjuk jugak
sambil baca jampi
aku mmg mudah terpengaruh pada apa saja orang jual
oh.please MHHA dont read this statement
harap pengetua block mana2 penjual jangan bagi masuk bilek guru
harap ambil tindakan.
oh.dah lama nak terai buat ayat macam tu

ok.fikir lagi  tajuk utama entry kali ni
mata terliar tengok tv.
kartun
jangan budak kecik ni tak nak tukar channel lagi cam haritu
setengah jam tak dapat tengok chenta
ye.MHHA balik awal semata-mata mata-mata nak tengok chenta
tak usahla kamu nak kata ceta ni tak best ya mhha
sapa yang gila drama sekarang?

oklah dah patut end
mengarut dah berjaya,tapi mencarut tak de idea

tazkirah hari ni:
bila orang lain dah lupa apa salah nya
dan bila sekarang tiba2 buat tak paham
kalau saja aku masih simpan kata2 dalam sms itu
haha. aku tentu akan ingat sampai bila2
semoga.semoga kau dapat hidup dengan tenang. semoga
aku tidak mendoakan walau sedikit pun


Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker