Thursday, October 28

menjadi supermodel di dalam mimpi

kadang kala. aku ulang. kadang kala
keadaan seperti berikut berlaku pada aku
satu keadaan ketidak selesaan 
yang menyebabkan kerengsaan
didalam hati dan didalam kepala otak

alamak. susah. but berlagak cool
keadaan apa yang aku maksudkan tu?
ok. 
keadaan dimana kita dikelilingi perempuan2 cantik
oh.gaya bercakap seperti seorang lelaki
yang tak tahan dikelilingi perempuan cantik
eh eh
aku tak maksudkan macam tu
tidak.
bila kita dikelilingi perempuan cantik
dalam keadaan kita tak berapa cantik
ok.ada faham tak sekarang?

bagaimana maksud istilah perempuan cantik
cantik yang aku maksudkan terang-terangan adalah cantik fizikal
aku tidak.TIDAK membincangkan mengenai cantik dalaman disini
itu tajuk yang berbeza
nanti kita sama2 bincang hal itu pulak
cantik: muka yang cantik, kulit yang cantik, rambut yang kemas, badan yang super solid, sexy dan super total fashionable

keadaan seperti berikut sebenar benar benar nya memberikan ketidak selesaan pada aku
ok.mungkin orang lain mempunyai tahap keyakinan diri yang super high
tapi oppp aku tidak mempunyai confidence level tahap itu.hanya tahap tingkat satu rumah 

kenapa aku tidak selesa?
padahal gegerl cun2 tu tak kesah pun?
iye.ada aku kesah
tapi dalam keadaan fizikal (terutama sekali) yang tidak seperti mereka
makanya rasa malu itu tetap.tatap.tutup timbul 
untuk sedapkan hati:
ok.syukur aku tak mendedahkan aurat
tapi hakikatnya tetap rasa cam tak sesuai aje bercampur dengan group mereka

ada jugak terdetik dalam hati
"apa patut aku bual ngan dorang?"

tapi. better not.

aku hanya seorang ilmuwan
aku tidak bijak bergaya mahupun berhias
 aku cuma bijak mendidik
dan aku (mungkin) bijak untuk menjadi ikhlas

iye.aku tetap akan menjadi aku
biar pun aku kolot. aku mmg akan tetap menjadi kolot
biarpun baju ku hanyalah kain murah
biarpun kasutku juga jenama murah
even juga lebih baik tidak tunjukkan tas tangan?

aku hanya suka melihat dunia
walhal dunia itu lebih cantik
lebih menggiurkan
malangnya tidak pula aku merasa malu ?
walaupun aku jauh lebih hodoh daripada dunia

No comments:

There was an error in this gadget

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...