Sunday, July 18

tahu tapi buat tak tahu aja!

aku pun dah terpengaruh dengan remaja yang berblogging guna cute miut anime ni..
walaupun aku dah tua, aku pun nak terai gak
jiwa muda ni
badan tua kot
hehe
ok 
start
sbb belum buat sarapan pagi
mata kena banyak tengok makanan sedap
otak pun kenyang

apa nak jadik dengan kos hidup yang dah makin tinggi?
sedangkan pendapatan macam tu jugak
boley mati wooo
petrol dah naik. harga barang lain confirm akan makin naik
emosi rakyat pun dah makin tinggi
stress pun jadi tinggi jugak
maknanya makin banyaklah masalah sosial nanti
pecah rumah, rompak, samun, etc...

   
 entahlah apa nak jadi pun tak taulah
yang aku tahu. hidup jelah macam biasa
sambil2 jimat2 kewangan


 mata kene tahan macam monyet ni kalau nampak benda best2
sbb sekarang dah kena jimat 
very very very very very very jimat
anak nak membesar
anak nak belajar
anak nak macam2 
kalau duit tak cukup
masa depan anak pun terganggu


 aaa...panas2 penat nak fikir pasal benda ni
sampai bila pun takkan habis masalah kewangan ni

ok.be positive 
walaupun tak ikhlas

tu ja ya!
ok buhbye!
(dengan penuh semangat sekali)


Saturday, July 17

jangan dirosakkan emosi anak

kalau di rujuk tajuk
macam susah nak faham
atau
kalau faham pun, mesti ramai yang fikir mak bapak takkan buat benda ni
tapi
sedar tak sedar
baru je terjadi pada aku

luth aku demam
demamnya tak teruk sangat
tapi tekak dia sangat bengkak
i say
sangat bengkak
tak boleh makan, minum
merengek sepanjang hari
maybe sbb lapar
dan tekak perit

macam2 cara aku dah cuba nak bagi ubat
semua tak jalan
hampir separoh botol tapi semuanya dia muntahkan balik
last2 aku paksa sumbat masuk dlam tekak dia

tak sangka
hanya dengan buat macam tu
dia terus lost confidence dengan mak dia sendiri
sepanjang hari mood dia tak ok

sampaikan bila nak cium dia pun
dia akan terkejut sbb ingatkan nak bagi ubat kat dia
terkejut macam nak lari dari hantu pulak tu
masa tu
masa tu baru aku sedar aku dah rosakkan emosi anak aku
haish..tak guna aku blajar psikologi kanak2 selama 4 tahun
anak sendiri pun aku tak pandai urus
haish..ni emosi aku pulak yang rosak

sedar tak sedar
kita boleh rosakkan emosi anak
langsung atau tidak langsung

Wednesday, July 14

romantik nya kapel tu

tiket wayang dah kat tangan
tunggu masa je nak masuk
ter awal sangat pulak
tapi nak g merayau mall sambil habiskan masa cam malas pulak
kami tunggu depan pintu nak masuk
menghabiskan popcorn & air bikarbonat yang dibeli

mata meliar tengok sana sini
hmmm
couple yang poyo2
tak menyempat2 nak peluk2 lah
nak itulah
nak inilah
kemaruk tak tentu hala
ikut hati nak je amik gambar dorang pastu publish dalam blog ni
tapi sbb tak bawak kamera
rugi

couple yang lain pulak
yang lagi mereng
2dua pompuan
apa dah takde lelaki langsung dalam dunia
tangan tak habis2 meraba2 badan pasangan
peluk sana peluk sini
poyo betul
macam bagus sangatlah tu
tak tau orang geli geleman tengok

dressing pulak
alamak oii yaii...
bandar batupahat je ni dik oii
tapi pakai baju mcm nak masuk pertandingan ratu cantik
hah.jangok!!!!
pulak tu. bergaya macam orang gile...cam cantik sangatlah tu
siap pakai topi macam kat negara omputeh
zaman2 inggeris camtu
tapi tengok handbang
alamak, brand apa tu???
hah haa haaaa....apa punya kes lah

tapi paling yang sangat best utk tengok
yang perempuan:
gemuk.hodoh.kesimpulan memang tak cantik
jujur aku cakap
yang lelakinya
hmmm...not bad la....
kenapa aku kata best...
aku tau lelaki ni mesti suami dia
tengok cara berbual dorang
suami dia layan punyalah romantik
pehhhhh.........aku pun jeles
hmmm...murni sungguh laki dia tu
langsung tak memandang rupa
macam ni lah aku suka!!!!
i like.....

ok cukup mengutuk orang

Saturday, July 3

apa itu coklet wrap

wrap bermaksud membalut
coklet bermaksud cokelet nyum nyum
coklet wrap bermaksud membalut coklet
bukan kita membalut cokelet
tetapi cokelet membalut dirinya kebadan kita
oishh..gile ke..
kene semut ar...
oh itu aku takleh jawab sbb aku pun belum menerai coklet wrap ni




cuba bayangkan diri anda bergolek diatas kek coklet ini..
tentu benyek bukan
dan tentu tak cukup untuk menutupi seluruh badan 
terutama kepada orang yang gemuk 
opss sensitif
untuk orang yang terlebih sihat macam aku

ada banyak khasiat coklet wrapping ni sebenarnya
yang pertama tama nya:
1>memulihkan kulit
berbekalkan kekayaan manfaat yang terkandung dalam coklet mampu mencantikkan kulit
2> menghilangkan stress
3> mengurangkan masalah selulit 
4>melancarkan perjalanan darah


ah.ape lagi
sila kekedai runcit sekarang dah beli sebuku coklet
cairkan dan sapu ke badan anda sekeluarga
tapi kalau akulah
lebih baik masuk mulut aku daripada aku tabur ke badan aku
hua ha haaa
taklah membazirkan

entry yang telah membuat aku lapar




Friday, July 2

cikgu smell

tibe2 dalam tengah occupied membelog running
aku teringat kat lawak kat sekolah itu hari
haha..lawak

tengah2 duduk kat library
sedang asyik menyiapkan puzzle ngan kelas relief aku
datanglah anak murid kelas english aku

"cikgu, smell cikgu.."
aish....dalam hati (ketiak aku berbau ke)
aku diam.buat tak dengar..

"cikgu...smell cikgu...."dia panggil lagi
ish budak ni....dia kata aku busuk ke?
aku rasa aku dah cukup wangi
dari kaki sampai ke kepala aku dah sembur perpium kat rumah tadi
lagipun,still pagi takkan dah busuk kot?
mushyikil...

aku angkat muka
"smell?" aku mentanya budak tu
"yes tcher..smell" tangan letak kat mulut buat isyarat senyum
"owh! smile!...."
huh.aku ingatkan aku smelly tadi
buat saspen tak abis2

baby contest yang aku buat

teringat nak buat entry yang dah berlaku lama dulu
hmm..tahun lepas tu kira lama dulu kan

masa karnival suai mesra pibg sekolah
aku telah berjaya mengilakan kuasa
aku dah buat bebeh contest

anak aku masuk gak
tapi tak menang
sbb tak berjaya merasuah hakim(yg terdiri daripada kawan2 aku jugak)

hah.ni contoh2 gambar sewaktu kejadian alam tersebut

ini anak aku yang kalah tu..
masa ni lebih kurang 7 bulan kot..

sewaktu kejadian lagi.


baju pink tu anak kak su yang dah pindah nun jauh ke kelate
baju cokelet tu anak kak roy budak curly hair awatif
yang tengah cam dah mula nak nangis tu si kecik lu luth 


 perebutan kuasa sedang berlaku
anak aku kompom kalah
 meh aku tunjuk muka budak yang menang


budak yang macam omputeh ni namanya awfia
tapi mak bapaknya tak macam omputeh pun
melayu tulen
banyak sangat tengok hbo camtulah
ha..kan dah nangis
budak ni memang gembeng

oh banyak sungguh la bil kene bayar

masalah duit mmg masalah kebanyakan orang
kebanyakan(noktah)
aku tulis kebanyakan
bukan semua

kan best kalau kaya
bila lah nak kaya..........(ops..)
ok.dah mula merepek ni (enough)

kat tempat kerja pun banyak dengar kawan2 mengeluh
kena bayar itu ini itu ini
last2 tak ada apa pun yang tinggal
habuk adalah!

kalau rumah aku pulak
cukai pintu dah sampai
bil indahwater pun dah sampai
hmm...gaji takat tu lah jugak
harga barang2 pulak confirm mmg dah melambung tinggi
apa lah nak jadik kan...

aku rasa kerajaan dah patut buat sesuatu lah..
utk orang2 yang berniaga mungkin mereka ada cara lagi nak tingkatkan income
tapi gov staff?
berniaga sambilan tak boleh
mengajar tuisyen pun tak boleh
lagi pun
masa apa yang kami ada?
balik pun dah dekat magrib
awal2 subuh dah pegi kerja
urusan anak pulak lagi kena setel
apa cara yang kami ada nak tambah income

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker