Saturday, July 17

jangan dirosakkan emosi anak

kalau di rujuk tajuk
macam susah nak faham
atau
kalau faham pun, mesti ramai yang fikir mak bapak takkan buat benda ni
tapi
sedar tak sedar
baru je terjadi pada aku

luth aku demam
demamnya tak teruk sangat
tapi tekak dia sangat bengkak
i say
sangat bengkak
tak boleh makan, minum
merengek sepanjang hari
maybe sbb lapar
dan tekak perit

macam2 cara aku dah cuba nak bagi ubat
semua tak jalan
hampir separoh botol tapi semuanya dia muntahkan balik
last2 aku paksa sumbat masuk dlam tekak dia

tak sangka
hanya dengan buat macam tu
dia terus lost confidence dengan mak dia sendiri
sepanjang hari mood dia tak ok

sampaikan bila nak cium dia pun
dia akan terkejut sbb ingatkan nak bagi ubat kat dia
terkejut macam nak lari dari hantu pulak tu
masa tu
masa tu baru aku sedar aku dah rosakkan emosi anak aku
haish..tak guna aku blajar psikologi kanak2 selama 4 tahun
anak sendiri pun aku tak pandai urus
haish..ni emosi aku pulak yang rosak

sedar tak sedar
kita boleh rosakkan emosi anak
langsung atau tidak langsung

No comments:

There was an error in this gadget

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...