Sunday, February 13

ok.macam mana dengan design baru blog saya?

 http://school.discoveryeducation.com/clipart/images/question.gif


sebenarnya tak berapa suka ubah-ubah design ni
nanti kawan-kawan dah tak kenal
dah la kite tak glemer
ada kawan sikit2, pun lari jugak nanti



tapi disebabkan
 macam dah bosan tengok design yg dulu
tangan menggatal ubah sana, ubah sini



so macammana design yang baru ni?
ok ke?
agak simple
dan agak kurang beremosi



tapi orang kate
simple is better

teknik yang sama dengan dulu tetap jugak diguna
muka aku tetap tak kan ada
T_T

 

dah mengong sangat

sori sbb blog mmg tengah berterabur
dah ber jam-jam
mencari templates yang menarik dan berkenan
tapi tak jumpa
last2 ambik jalan mudah
pilih yang paling simple



act aku cukup tak suka buang masa menghadap laptop berejam 
sedangkan ada banyak lagi kerja yang nak dibuat
rasa membazir waktu
huh. boring betul


tapi disebabkan tangan dah gatal2 ubah sana sini
makin serabut jadik nya


last-last tak boleh jugak nak arrange
entah kenapa MHHA punya laptop ni mmg tak best
tu kenapa aku tak suka pakai apple
lebih baik pakai laptop murah aku je
tapi entah kenapa hangin pulak laptop tu
tak le connect internet
huh.bosan



dah lebih baik jemur kain


Saturday, February 12

orang dengki? alahhhh...biase

satu ketika dulu waktu awal2 masuk bekerja
hati mudah betul merajuk
kena marah sikit, nangis
kena tegur sikit, kecik hati
mmg waktu tu betul2 sensitif




masuk tahun ke 5 bekerja di organisasi yang sama
betul2 dah mengubah otak aku jadi kuat
bila difikir semula,aku agak kagum bila aku dah tak terasa langsung pada kata2 dengki 
fikir diam-diam, mungkin sbb dah terlalu lali
wah.hebat




masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
itu yang aku amalkan
lagi hebat lagi,aku dengan senang nya dah boleh kenal muka orang 'berlakon'
heee..sebenarnya aku cukup suka tengok gelagat orang yang tengah dalam 'drama' ni
istilah yang paling aku suka guna pada mereka-mereka ni
takut pada bayang-bayang sendiri



blah la lu orang
apa aku kesah?
aku tahu matlamat aku
'sampah-sampah macam lu orang ni, wa tendang tepi saja'



*wah.puas hati dapat 'panggil' mereka sampah!

larian perdana mahkota seluruh daerah johor

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnJ_4Dl_DKEvQjxNR1iKz7Tnnm29WzFsGJIoDS15S3hqazgecKiFigZqdi9Yfs_GMebS0SrQhowuDJJLOfxYE1XCk6xaifQGhCA_KS7maWroR7bUEtHWUXLFhxMhFiMxW37pfhxCFaDv8/s200/LOGO+LARIAN+PERDANA.JPG 

 hari sabtu pun kena kerja

ok tak apa.nasib baik event best

disebabkan hari sabtu ramai jugak yang angkut sekali anak-anak masing-masing
termasuk aku

larian untuk memecahkan rekod Malaysia Book of record
*berapa kali perkataan rekod? 

disebabkan budak kecik dah mula grumpy
maka pukul 11 aku chow balik
*ngelat sebenarnya

hehe~~~

tahniah kepada pasukan yang menang!

 

Friday, February 11

pil perancang kehamilan penyebab kanser servik

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPv9KBe5cXtS8kZUdZMhh67ViFPD1VNIDfOnOTYFUm9Y1eZ3g6qVhIBOfO74Gkn4Fu-tL3bdyjvDwK9vDNWdaP79cJCycAELyg7WnNFsu5sF9PfmbG7w9P9AqL0JOpcMRYHVGaQcKg2K5S/s1600/pil.jpg

KINI, pangkal rahim atau pintu rahim lebih dikenali sebagai serviks. Benar ada kaitan antara pil pencegah kehamilan dengan insiden kanser serviks.

Ini berdasarkan kajian dulu yang melihat pesakit kanser serviks dan didapati lebih ramai yang pernah mengambil pil pencegah kehamilan berbanding yang tidak mengambilnya.

Maka, andaian asal adalah pil pencegah kehamilan menyebabkan kanser serviks.

Namun apabila dikaji dengan lebih lanjut, ada pendapat bercanggah mengenai hasil kajian ini memandangkan pesakit kanser serviks terbabit turut mengamalkan aktiviti seks berbilang pasangan dan mengambil pil itu untuk mencegah kehamilan.

Sebaliknya, pendapat yang menyokong hasil kajian asal mendebatkan teori kemungkinan hormon dalam pil pencegah kehamilan mengubah keadaan permukaan serviks sehingga mencetuskan pembentukan kanser.

Pil pencegah kehamilan adalah antara kaedah yang berkesan dengan syarat anda perlu mengambilnya mengikut peraturan.

Keunikan kanser serviks berbanding kanser lain ialah ia boleh dicegah kerana ia mempunyai suatu peringkat penyakit yang mudah dikesan dan jika penyakit ini dirawat, ia dapat mengelakkan kanser serviks.

Sebaliknya jika penyakit ini tidak dirawat, ia boleh berubah kepada kanser.

Penyakit ini dinamakan CIN (Carcinoma Intra-epithelial Neoplasia) yang boleh disaring menggunakan ujian pap smear dan jika disyaki, ia kemudian boleh disahkan melalui ujian histopatologi ke atas biopsi serviks.

Malangnya, di negara kita, masih ramai yang tidak menjalani ujian saringan pap smear ini.

- PAKAR SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah Ahmat

hantar kereta ke carwash? sila tunggu

tau kenapa aku tulis macam tu?
aku baru je hantar kereta kat carwash
ada 3 kereta termasuk aku
tuan punya kereta, dah hantar kereta.terus blah
maybe pegi minum
malas nak tunggu lah tu

ok.aku sorang2 tunggu kat situ
terpaksa menyaksikan mereka2 pekerja2 punyala jakun
testing itu ini pada kereta yang dua tadi
of koz mereka sedang membersihkan, tapi masa yang sama usik sana usik sini
maka lagi, yang depan aku kereta toyota caldina yang semaaaattttt habis
dengan speaker besar dung dang dung dang
pelbagai lagu 'budak2' ni testing
bengang gak le aku
sbb aku kena tunggu lama disebabkan kejakunan mereka

ikutkan hati nak je aku sound
tapi sbb aku sorang gegurl kat situ, maka lebih baik aku tengok & jadikan pengajaran

maka, kalau ke carwash, tunggu mereka bersihkan kereta anda sampai habis
jangan tinggal

Wednesday, February 9

perkara sensitif yg mereka2 kurang perasan

ok.hari ni nak buat entry pasal benda2 yang sebenarnya sensitif
tapi mungkin biasa diambil mudah
ada sikit je yang aku terfikir
tp bila ada idea lagi mungkin aku boleh tambah lagi

semuanya berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain
mungkin boleh diambil iktibar
atau mungkin boleh untuk tidak dibuat lepas ni
http://www.marieclaire.com/cm/marieclaire/images/tc/sensitive-question-23-de.jpg

 pertama;

kalau pergi kerumah kenalan, dah dijemput makan
jawapan yang kamu beri " takpe lah kak. dah kenyang"

ok. kalau aku mmg akan menyirap
sbb ingat senang2 aku nak luang masa masak bagai nak rak
tetibe tetamu kata "dah kenyang"

jadi,wlaupun dah kenyang, tolonglah jamah sikit
sejuk hati tuan rumah
kalau tak, time kamu datang lagi mmg sah2 takkan masak lagi



kedua

sorang kawan nk belanja beberapa kawan lain
tapi terlupa ajak kamu
dipendekkan cerita, kamu dapat tahu lalu kamu beria2 nak ikut sama
dan kawan kamu tadi mintak maaf dan mengajak kamu (kawan ini mmg tak sempat nak bagitau kamu, bukan sengaja tak nak ajak kamu)
dan dari mula tadi kamu beria, kamu cakap macam ni pulak

"takpelah, sebenarnya ada banyak keje.saja je nak cakap"

ok. ini pun menyirap. tadi beria2 nak ikut. pastu kata banyak keje pulak
kalau dah tau banyak keje, jangan offer diri nak ikut

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker