Thursday, January 13

percaya pada rezeki anak

seorang kawan baru je berjumpa kami
kami itu bermaksud aku & MHHA
ada tolong sikit2 pasal kerjanya

kawan ni aku tahu asal hidupnya agak sukar
yes. macam aku jugak. tapi aku tak sesukar dia

tapi bila dah borak2 cerita pasal hidup masing-masing
hidup mereka dah berubah beransur semakin baik
dan aku percaya itu rezeki anak

dulu sebelum ada anak, hidup macam asik tak menentu
tapi lepas dapat anak, dapat terasa semakin baik nya

alhamdulillah


Wednesday, January 12

antara faizal tahir & ana raffali

aku memang peminat faizal tahir
bukan baru-baru ni selepas gimik terer gile dalam ajl25
tapi sejak dia bertanding dalam one in a million
since then aku mmg amaze dengan suara dan gaya dia
mmg kelaaaaaasssss kak cik

ok

kemudian cerita ana raffali
oh.aku mmg bukan peminat dia
in fact aku mmg tak gemar kat dia
tapi aku ok
aku tade masalah dengan dia pun kan? 

takkan lah takde sapa minat kat dia kan
tapi macam tak ramai je? * ahak. jahat betul aku
dan bila di umum dia pemenang juara ajl25
aku pun rasa macam * erkk? ana rafali? alahai....
tapi macam biasa
aku ok
aku tak perlu emo
buang karen je
cume rasa cam tak best
sbb aku rasa yuna nyanyi lagu cinta sempurna lebih feelin beb!

bercerita tentang persembahan faizal tahir
yes.of kos dah jangka mmg akan best
tapi aku tak sangka rupanya superb best
kreatif beb!
bravo faizal tahir & kawan-kawan

at first. bila aku bagitau MHHA aku nak kena siap2 kemas awal sbb nak tengok ajl
dia pun *hmmmm...(mulut muncung kebawah - ejek)

aku pun bidas balik *ei. ai peminat faizal tahir taw. ai takleh miss tengok dia

eh.rupanya ada jugak MHHA tertonggok sebelah aku tengok ajl sampai abes

ha..ingat ajl tak best? baru tau

aku dan india itu

apa benda punya tajuk la
macam ada skandal

waktu hantar kereta kat car wash tadi
india yang greet aku tu muka mmg ganaz gile
rasa cam nak masuk balik je keta dan balik
tapi tu rasa je.tak buat betul2

then.sambil termenung tengok mereka2 buat kerja, india muka ganaz gile tu sapa aku


india: anak umur berapa tahun (sambil tunjuk budak kecik luluth)

aku: dah dua tahun

tiba-tiba dia..

india: sekarang ni semua barang mahal lah kan

aku: iye..betul..saya yang kerja macam ni pun terasa mahalnya..

cerita berlarutan pasal hal ehwal ekonomi semasa
ini kali pertama aku berborak dengan bangsa lain mengenai ekonomi semasa


Saturday, January 8

aku & make up

pagi-pagi merayau-rayau ke blog2 anak2 muda
baca macam-macam
kisah diri
yang best
yang tak best
yang bosan 
yang takde hala tuju pun ada

biasa kalau blog mesti.paling tentu ramai letak picture sendiri
comel2 semua
*tapi ramai gak yang perasan comel 

tapi utk aku.aku mmg takkan (hopefully) letak muka aku
sebab pertama nya

aku tak lah comel
&
aku tak lah pandai duk mekap tebal2 penuh segala bulu mata mak nenek bagai
erk. so fake

iya.inilah saya
budak comot yang tak pandai pakai mekap



Thursday, January 6

ter KEMARUK big apple

memang aku sudah kemaruk makan big apple lately ni
dah mula makan big apple sejak tahun lepas lagi 
tapi baru -baru ni macam selalu mengidam

erk?

http://www.mix.fm/oap/08/mixfmmommydearest/images/donut.jpg

bangga nya dia ni

terus terang aku rasa takde sapa pun dalam malaysia ni yang suka nak dengar cerita orang yang suka bangga diri

ish.kat tempat keje aku ada sorang
erk.bosan siut
paling dia suka asik cerita kuat-kuat adalah pasal anak dia

"anak aku boleh itu"
"anak aku boleh ini"
"anak aku dah pandai itu"
"anak aku dah pandai ini"

hingga kan dia pernah sebut

"anak aku tu bijak betul"

padahal..apa yang anak dia buat tu pun anak orang lain dah lama buat
kalau setakat anak boleh cakap "oh.cantik..." aku rasa anak aku dah berzaman boleh cakap benda tu. in fact anak aku dah boleh nyanyi lagu twinkle twinkle little star. aku aje yang tak bercerita kat orang.

dah tu? nak buat pe kecoh2..diam2 sudah kak....

tu tak kira berlagak tayang handbag..tayang hand phone.. alahai, apalah nak dibanggakan dengan duniawi macam tu?
*lagi pun setakat jenama biasa2 je..lainlah COACH or Salvatore Ferragamo or lain-lain yang mahal..

cik kak, kalau setakat CarloRino punyalah nak berlagak...erk, tak macam malu ke?
lagipun semua orang tau kad kredit kamu udah lenting kan? ahak..

Monday, January 3

perut anak dia sudah kembong

baru-baru ni anak seorang kawan turut menumpang mhantar anaknya
di tempat yang sama dengan anak aku
katanya pengasuh sedia ada ni terpaksa menghadiri satu majlis kematian
makanya dia tumpang satu hari. satu hari saje

dan diwaktu aku mengambil anak aku si kecik luluth tu
pengasuh aku menyatakan rasa tak tahan nya dia menjaga bayi yang menumpang tu

"asik menangis aje. tak tahan la macam ni" pengasuh aku merungut

aku pun turut menjenguk bayi yang asik menangis tu..

"aah.kesian"
"tapi baby kecik ni, kalau nangis maknanya mesti ada yang tak kena, sakit kot" aku tambah

"iye. tadi dah bawak pegi urut kat bidan rumah depan nu haaa.. perut dia kembung sampai pusat pun terjojol keluar.lepas urut baru dia dapat tidur lama..baru dapat masak" pengasuh aku sambung membebel.

"laa..... akak dah telefon mak dia ke?" aku sambut

"dah. dia kata anak dia memang macam tu. nangis je tak henti" 

"abis tu dia biar je?"

"entah lah..."

ni yang buat aku tulis entry ni

kadang-kadang ada segelintir mak bapak yang suka ambik mudah
tentu2 anak tu baru lahir
sah2 mmg badan banyak tak selesa lagi
bila mak pun tak jaga makan (untuk yang masih menyusu)
maka kembung lah perut anak tu.
banyak lagi teknik2 menjaga yang banyak kene belajar dari orang tua
jangan asal boleh je

kalau anak tu badan jenis kuat, tak apa la
ni tak. anak senang masuk angin, maknya semua benda hentam sajalah

minyak yu yii jgn tinggal setiap kali pegi mana2 pun
rajin2 letak vick balsam for baby pada dada anak
sapu minyak yu yii tu pada pusat & tapak kaki
insyaallah boleh elakkan selsema, batuk & demam

aku bukan berlagak pandai
tapi aku rajin pegi bercuti, maka aku mmg banyak cara jaga anak jangan sampai demam waktu bercuti

ish.

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker