Sunday, October 3

benda baik dalam benda jahat

dalam aku tension pasal budak gile tu
aku terfikir pasal apa yang dia buat, apa yang dah berlaku dalam hidup dia

budak tu mmg jahat
jahat.jahat.jahat
apa yang dia buat pada aku mmg jahat
pastu
aku teringat sorang ustaz pernah bagi tazkirah masa aku tingkatan 5 dulu
kalau kita ni pernah buat sesama manusia berasa kecik hati maka selagi itulah doa kita takkan termakbul 

hah. pastu aku teringat lak tazkirah kawan aku bagi masa borak2 kat sekolah 
selagi kita tak doakan mertua kita diampunkan dosa-dosanya, maka selagi itulah dosa kita takkan diampunkan

aku baca kisah hidup budak gile tu
semuanya mengenai luahan perasaan
betapa hidupnya teruk
betapa dia kecewa dengan hidupnya
betapa dia tak tenang
dalam hati aku terfikir jugak
padan muke engkau
kalau dah tau camtu, banyak2 kan lah mengadap tuhan
bukan nak buat benda2 jahat yang menyakitkan hati orang
bongok!

kehadiran dia dalam hidup aku dah dekat masuk 3 tahun
selama itu dia datang
kemudian sakitkan hati aku
pernah dulu dia buat benda yang betul2 sakitkan hati aku
sampai masa tu aku nangis tak benti2
kebetulan masa tu aku tengah mengandung
lebih kurang 6 bulan
dalam hati yang betul2 sebak
aku doakan hidup dia takkan tenteram selepas apa yang dia dah buat pada aku
masa tu aku doa
ya Allah jika betul dalam hati sipolan ini terniat benda buruk kepadaku maka kau balaslah dengan setimpal dengan kejahatan yang sipolan lakukan padaku ya Allah.  ya Allah aku amat kecewa dan sedih dengan apa yang telah dia lakukan. jika betul sipolan mahukan kehancuran ku maka ya Allah biarkan lah hatinya berada dalam keadaan tak tenteram ya Allah. amin

bila baru2 dia buat lagi. aku terus terfikir dan dalam hati aku terdetik adakah kerana doa aku dulu hidup dia macam ni sekarang.

so. kepada perempuan gila yang bitchy. kalau kau baca entry ni. hidup kau takkan tenang selagi kau tak mintak maaf pada aku.
(tapi belum tentu pun aku maafkan.sbb apa kau buat pada kami sangat kejam!)

No comments:

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker