Friday, August 6

bila yang pergi tak akan kembali.saat penuh emosi

lama tak tulis blog
mood hilang
dah pergi.kemana tak tahu

2malam lepas
jam 4 pagi dah terjaga
mata besar bungkal
tak boleh lelap
kenapa ni?
pagi sampai.
bangun

1malam lepas
jam 4 pagi
waktu kelmarin
telefon berbunyi
ibu
hati dah jangka sesuatu
"atok dah tak ada"
..............
mata rasa hangat
blank.noktah

tiba negeri sembilan
mata merayau
mana nenek
nampak ibu
nampak abah
nampak semua
semua senyum
hati tak mungkin senyum
tak mungkin

oh.itu nenek
tidak.air hangat turun dari mata
nenek gelisah
gelisah yang amat
kasihan
nyawanya sudah pergi separuh

jemaah dah sampai
sembahyang mula
kepala menjengah
nampak mayat atok
nampak kepala mayat atok
hati bengkak semula
tahan.tolong tahan.

kaki ikut langkah
ya Allah
ampuni dosa2 atok
kami sayang atok
sayang.amat.

tanah dicampak
masuk tepat dalam liang
"tolong...tolong baik2 ya..."
nenek...kenapa cakap macam tu
atok dah mati
atok dah tak rasa sakit
mata sangat tak tahan
air keluar terhambur2
sangat terharu
nenek.......

nenek dah tak tak boleh jalan
orang papah sampai rumah


atok.
kami ingat semua kenangan dengan atok
mata.jangan nangis sekarang

kami dah mula rindu atok

ya Allah
kami mohon
tempatkan atok di samping orang-orang beriman

1 comment:

SarahSyahira said...

redha ye. Moga Atok ditempatkan di golongan orang2 yang mukmin amin.
reglemen alam begitu lah. kadang2 kita harus akur dengan putaran hidup.
orang yangg kita sayang dah tiada dengan kita. jasadnya tiada. tapi masih. ingatan tetap akan kekal bukan?

There was an error in this gadget

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...