Monday, July 26

taman negara episod 3

gambar kali ni aku namakan episod 3 sbb kali ni kitorang jalan family2 je
budak2 masa ni dah balik ke johor..kitorang merayau lagi..
tapi mmg best woooooooooooooo.. ulang wooooooooooo
kitorang tak rayau banyak tempat pun
pegi kelah sancthuary & lata berkoh je
tapi sungai kat sini mmg best
cantik
jernih
air gunung lagi wehh
gunung apa? gunung tahan
uishh...tak terkata indahnya
ikut tetap ikut...
tak boleh tinggal tu


naik bot bersama...
bestnya kene banyak angin...


nak pegi tempat kelah tu jauh jugak la
lebih kurang dekat 40minit jugak tu...


yey...dah sampai...


jernih kan kan kan?

best kan kan kan kan..

fish feeding..
ini dia ikan kelah
mahal ooooo
boleh tengok je
tak boleh tangkap


kat lata berkoh
dah sejuk sangat nak mandi
lagi pun dah hujan
bye taman negara
nice visiting you
subhanallah

taman negara episod 2


masa tenggah tunggu bot
mulakan ekspedisi..yey


excited.okey.excited


merentasi sungai tahan...


ketinggian 200kaki (aje)


ala..tak takut pun lah


aku lupa pulak nak tanya dorang ni suku apa
lepas bagi duit baru dorang nak layan
kalo tak.....nak amik gambar pun jangan harap ye


berebut2 naik bot
bot 12 orang, sewanya rm180


sepatutnya air jeram ni bersih..
tapi lepas tentera semut merah masuk..terus jadik kotor lak
aku dan geng2 lain.tade mood nak bermandi manda
sbb dah penat sangat naik tangga canopy walkway tu

kesimpulannya:
taman negara kuala tahan pahang ni memang best
berbaloi utk pergi
lokasi cuti-cuti malaysia wajib jalan


taman negara episod 1


memang boleh pening tengok video ni.
sbb banyak goyang2..hehe
tapi sbb masa jalan kat canopy walkway ni tak boleh benti amik gambar
so aku sangkut je dslr kat leher,then aku jalan

Friday, July 23

Benci dapat bayi perempuan. lelaki ini patut mati dibunuh!

sumber: Harian metro Online

AMPANG: Bagai hidup pada zaman jahiliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka.
Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka perempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya.

Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia awal 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.

“Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian.

AMPANG: Bagai hidup pada zaman jahiliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka.
Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka perempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya.

Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia awal 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.

“Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian.
“Bayi berusia lima bulan itu diperlakukan dengan kejam apabila dia bukan saja ditendang, malah turut ditumbuk dan ditampar bapanya sehingga cedera di badan, mata dan kepala,” katanya.

Sumber itu berkata, sambil membebel kepada isterinya, lelaki terbabit terus menerus memukul, menumbuk dan menampar bayi berkenaan walaupun cuba dihalang wanita berkenaan.

 “Lelaki terbabit turut mengatakan rasa tidak puas hati dan mendoakan supaya bayi berkenaan mati selain mempersoalkan isterinya mengapa tidak melahirkan bayi lelaki,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, isterinya yang tidak tahan perangai lelaki terbabit menghalang suaminya dan cuba melarikan diri bersama bayi mereka ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

“Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan mengundang kemarahan suaminya apabila dia sekali lagi mengamuk.

“Lelaki itu memukul dan menumbuk isterinya tanpa belas kasihan dan mengurung wanita berkenaan serta bayinya selama tiga hari dalam rumah bagi mengelak dua beranak itu melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun dua beranak berkenaan dapat melepaskan diri selepas lelaki terbabit keluar bekerja dan terlupa mengunci pintu rumah.

Ketika dihubungi Harian Metro, wanita itu yang meminta namanya dirahsiakan berkata, kekejaman suami ditanggungnya sejak hamil dan dia kurang pasti kenapa suaminya benci serta marah apabila dia melahirkan anak perempuan.

“Apapun saya bersyukur kerana suami terlupa mengunci pintu rumah. Jadi, saya dan bayi saya dapat melarikan diri ke rumah ibu yang tidak jauh daripada rumah kami,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu dia membuat laporan polis dan membawa bayinya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

“Anak saya cedera di beberapa bahagian badan dan ditempatkan dalam wad Hospital Ampang selama empat hari,” katanya sambil memberitahu suaminya tidak pulang ke rumah sejak kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Thursday, July 22

mari bercuti ke taman negara

seperti mimpi ku rasa...
akhirnya dapat jugak aku jejak kaki ke taman negara,pahang
sejak dulu selalu berangan
tiap kali tengok iklan cuti-cuti malaysia
aku akan rasa bestnya kalau dapat naik bot macam tu merentasi sungai
kalau laut aku dah banyak kali pegi
ni fes time aku nak masuk hutan
huishhh
ok jangan excited sangat
orang tua2 kata tak elok



hmm...kali ni siap mak aku pun pegi sama
so maknanya bila dia dah ikut maka barang satu rumah pun dia nak bawak
aku, MHHA dan Luth = 1 beg
mak aku= 1 beg yang melimpah ruah
pelik.
bawak baju punyalah banyak macam dia yang nak masuk hutan
aku rasa aku ngan MHHA yang akan masuk trekking
opss..baru teringat stamina tak tingkatkan lagi
owh,nak buat cane
dah terlambat
hehee..

perjalanan jauh ni..
confirm kebas bontot punya
luth janganlah dikau mengaruk dalam kete nanti
rosakkan mood orang je 

seronok bila dapat sama2 buat aktiviti dengan MHHA
banyak aktiviti kitorang dah buat sama2
diving, shopping,travelling,eating,sleeping
oh lari tajuk
tahape bende tah
syok sendiri
this time:trekking etc.

banyak aktiviti bakal buat nanti
canopy walkway
rapid shooting
lawat rumah orang asli
pegi jeram
yang paling aku excited canopy walkway tu
tapi gayat ooooo
boleh ke aku ni?
silap2 anak murid aku yang tolong aku nanti
haha...

k lah.
doakan kami selamat perjalanan pergi dan balik
foto2 bakal menyusul nanti
da........


doa elak gangguan syaitan

credit tu greenislamic
doa ni aku dapat dari dia
rajin2 baca
lebih2 lagi tuk yang ada anak kecik yang slalu dapat gangguan


Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

bila hati dah kecik pada orang yang tak patut

kalau nak diukur saiz hati yang dah terkecik ni
rasanya kuman pun lebih besar lagi
tapi hati ni dah terasa pada orang yang tak patut
mungkin sbb dah lama pendam
bila berlaku lagi dan lagi
hati cam koyak je rasa
lagi pulak bila tak ada kuasa nak meluahkan
sbb kecik hati itu tak patut dirasa
mungkin orang lain tak perasan
mahupun sedar
hati aku dah banyak kali di kecikkan
oleh orang yang ini
tapi kalau dimuntahkan
mesti orang tempik tak patut pada hidung aku 
telan telan telan
biar masuk perut
terus jadik tahi
flush
buang aja

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker