Kamu tahu saya sayang kamu bukan?
Kamu mesti tahu saya sayang kamu
Cinta
Ayat itu jarang-jarang keluar dari mulut saya bukan?
Kamu fikir saya tidak cinta kamu?
Maaf
Ayat itu tidak pernah keluar dari mulut saya bukan?
Kamu mesti tahu, hati saya berdarah berdosa pada kamu
Kamu manusia paling penting dlm hidup saya
Kamu mahu saya pamerkan bagaimana?
Saya tidak pandai memuji
Apatah lagi memohon maaf
Apatah lagi berkata manis
Hanya satu saya tahu, kamu adalah nafas saya
Kerana itu juga saya benci kamu
Nota kaki: kebanyakan masa kita tidak sedar orang yang kita paling benci
adalah rupanya 'nafas' kita
No comments:
Post a Comment