Sunday, September 26

merata sana sinun open house

wah.bila dapat jemputan open house mmg best
jangan kata aku ni suka makan free ekkk
tapi aku mmg tak sampai hati tak datang kalau orang dah beria2 jemput
kesian tau
orang jemput bukan main2

penah sekali ada sorang tamu ni datang rumah aku
raya tahun lepas
aku ni dah la dengan anak kecik yang terkuek kuek
dah penat2 masak macam2
tup2 dia tak nak makan
alasan dia dah kenyang
hei.tak boleh ke jamah sikit?
sampai ke raya tahun ni aku still kecik hati tau!
baru2 ni ada jumpa dia.aku dah tak jemput datang rumah dah
sbb dulu dia sombong tak nak makan punya pasal
hah.nasib lah kan
sapa suruh ko tak nak makan tahun lepas
berpeluh2 haku masak you!

pagi2 bangun tido dah pikir dalam  otak
hari ni tak payah masak
breakfast je roti kaya cicah teh O
kul 11 dah siap2 nak pegi makan rumah faizal
harap2 dapat jumpe rumah dia kat pontian
sbb nanti kalau sesat
jenuh aku nak dengar MHHA berleter sepanjang perjalanan ooo

sampai rumah dia rupanya dah ada memember yang lagi advance oooo
korang lagi awal ehhh

faizal masak nasik beriani
fuh...aku tak tipu..sedap!
kalau makan kat rumah sendiri gamaknya mmg aku tambah lagi
tapi kontrol beb kontrol
jangan tunjukkan emosi kegemukkan dikhalayak ramai
jatuh maruah persatuan orang2 gemuk nanti

pas makan caucincau balik rumah
hah.aku wajib tido
kalau tak rugi..tambah lagi hujan.hah! tidor itu satu nikmat
budak kecik luluth terbongkang depan tibi bersama2 mami nya

MHHA? menghadap game nya... apa lagi...

jam 5 merayau lagi satu open house
kali ni pun makan laksa johor yang sehdap!
hei.apa aku penah ada makanan yang aku kata tak sedap dalam dunia ni?
senyap2 amik cocktail. harap MHHA tak nampak
almaklum:aku kan batuk tak sembuh2..mana taknya tekak tak penah nak pantang makan
macamana batuk nak hilang? haish.
tapi rupanya MHHA nampak.dan free aku dapat satu das bebel time tu jugak

balik rumah ingatkan MHHA dah kenyang
rupanya dia request lagi kat binik dia nak makan nasik
hoh.aku sangat tak paham budak MHHA ni
berapa lebar perut dia?
2 gelanggang tenis?

aku buatkan bubur ikan bilis always favourite dia.
aku fikir aku takkan makan.rupanya aku gagal kawal nafsu
hei.nafsu makan boleh tak kamu diam selama beberapa bulan?
gimme break.
so akhirnya aku turut menghirup bubur yang sedap nya lah

tup tup budak kecik luluth boleh pulak jatuh dari kerusi meja makan
bedentum jatuh ke lantai
terbantut selera makan aku selama beberapa minit.tapi lepas tu sambung balik
boleh pulak dia jatuh kerusi.sapa suruh main bukan2 kat meja makan? lain kali dengar cakap emak kau ni.haish..sepoil betul.

aku tak ada gambo nak letak sini
sbb kehidupan hari ni tak digambarkan

No comments:

There was an error in this gadget

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...