dah sebulan lebih luluth duduk dengan pengasuh baru
latar belakang pengasuh baru ni sebenarnya aku tau dalam 60% camtu la
tapi sbb hati aku rasa mmg yakin ngan dia ni
tu pasal aku letak anak aku dengan dia
dan setakat ni, aku masih puas hati lagi
dan bila dah makin rapat
aku berani gak la nak tanya kisah hidup dia
masa baru2 kenal dulu, aku fikir kot2 dia tak selesa kalau aku terus tanya
dia ceta ngan aku
asalnya dia tak duduk rumah kecik kos rendah ni
bila husband dia cuba2 amik keje kontrak buat jenang pintu dan tingkap
hidup dorang mula senang sikit
tapi bila kena cantas dengan member sendiri dan mereka pun mula ketat sikit hidup nya
so sekarang husband dia kerja kilang
anak 4 orang
semua kecik2
yang sulung baru darjah 4
yang bungsu baru 4 tahun.
tadi bila amik luluth
diorang tengah siap2 nak pegi bank katanya
ada urusan
aku teka2 ni mesti urusan nak mohon pinjaman peribadi agaknya
entah.hati aku dapat rasa itu tujuan dorang
mungkin nak buat bisnes kecik2 agaknya
tiba2 bila hati aku tengok dorang hati aku rasa cam luluh la
macam sebak
aku tiba2 terasa betapa mudahnya hidup aku ni berbanding dia
tapi sikit sangat aku ingat tentang senangnya hidup aku
aku selalu lupa nak bersyukur dengan hidup aku
cuba kalau aku dalam keadaan dia
hish.aku rasa sedih
dan aku rasa syukur sbb aku dapat bantu dia
dengan rm250 aku harap dapat jugak dia beli apa2 tuk anak dia
aku doakan hidup mereka akan sentiasa dimurahkan rezeki
dan
aku doakan semoga anak2 mereka semua berjaya dalam hidup
No comments:
Post a Comment