Wednesday, May 26

Jalan-jalan cari kasut!

pening kepala fikir pasal kasut apa nak pakai.
sbnarnya kasut dah penuh satu almari
tapi kenapa jawapan tetap : tak ada kasutlah!

esok kena pergi kursus
bengkel penandaan kertas form 5
dalam kepala benda pertama fikir
alamak kasut apa nak pakai
kasut yang best dah rosak
hmm..
memang kasut dah ada banyak, tapi yang best utk pakai dah rosak
kali terakhir beli kasut raya lepas.
kasut tu mmg selesa dan best!
dah koyak sikit dulu, tapi lepas gam leh pakai semula
punyalah sayang sampai sanggup gam banyak kali
(tak pernah macam tu sekali)
tapi bila dah koyak sampai dah takleh gam. alamak sedihnya
selama lepas tu, pegi sekolah pakai selipar je
time masuk kelas tukar heels tapi pastu sarung balik selipar semula
sbb heels tu teramat lah tak selesa utk jalan lama dan turun naik tangga.aduh bencinya

kalau cakap dengan MHHA kasut tak ada
mesti dia boleh tempelak
penuh satu almari kasut pun nak kata tak ada lagi? rabun banyak sangat ke?
haha..
so merayaulah aku ke mall utk semata2 carik kasut
bajet tak tinggi..ala2 biasa je..sbb nak buat basahan tak boleh yang mahal sangat.rugi yoo
lebih sejam. hampir 7 kedai kasut keluar masuk
tapi tak jumpa yang berkenan
hah! biar betul
nasib baik jalan sorang2
mana taknya
dahla jenama tah apa2, kualiti rendah, pastu harga mak datuk.mahal
rugilah kalau beli.tah apalah kan

last2 hati pun bosan.singgah beli coolblog je. milktea+ pearl + peppermint..yum2 sedap
pastu chau lah!
buat sakit hati je kalau beli.buang masa tak pasal2

dah balik tu singgahla kejap ke butik alfio raldo
dalam hati cuma nak tanya barang dah sampai ke belum
customer dah bising ni
sambil2 mata melilau mencari kasut yang selesa
pusing2 satu bilik....
hah! akhirnya dapat jugak lah
dengan diskaun 50%
aku bayar 19.90 je
wah untung
nasib baik la....aku tak bodo beli kasut2 kat mall tadi
AR yang ni okey....
aku banyak puas hati dengan jenama ni
seswai bawak g jenjalan..selesa..kena pilih yang mana sesuai dengan empunya diri
hehe..
fikir banyak2 dulu sblm beli barang ya!

No comments:

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker