Sunday, May 20

Wordless sunday. Nak jugak

Rindu nak menulis
Tapi lebih best kalau dpt upload apa2 gambar best kan




Consider this as an art.





Sewaktu latihan kebakaran tempoh hari. Sgt excited bila dpt naik trak bomba





So many faces. My little luthfil





We at playground. Yeah! Had fun





Present for luthfil's teachers during teachers day



Little luthfil playing around. Attending a wedding ceremony at masjid besi putrajaya.









Planning to bake a cheesecake. Recipe book #jamie oliver





Yeayyyyyy

posted from Bloggeroid

Thursday, May 17

Although

People said

" after rain, rainbow will come"

So dont be sad. Betulke

Ya. Aku sedang menunggu pelangi tu

Kali terakhir aku ada perasaan begini waktu putus cinta hampir 8 tahun yg lalu.

Masa tu rasa semuanya dah gelap
Tak tahu apa ptt di buat
Rasa mmg akan bujang sampai ke tua

Tak sangka Allah anugerahkan aku
Seorg lelaki yg mmg layak utk dpt cinta aku
Pelangi itu dtg jua selepas hujan

Kini sedih sebegitu dtg lagi
Moral down
Semuanya gelap kembali
Bezanya ia berkaitan dengan profesion kerja
Aku sedang menunggu pelangi datang



posted from Bloggeroid

Wednesday, May 16

.....entah

Yang hanya faham dlm hati aku skrg hanyalah Allah
Adakah aku yg terlalu sensitif
Aku pun tak pasti
Politik di tempat kerja semakin hebat
Mereka yg berkuasa makin merasa mereka bisa mengatur rezeki ssorg
Hebat
Maha hebat mereka rasa diri mereka

"Saya senang je, markah awak nnti saya bg sikit!"

Kalau bole, kalau mampu
Aku nak herdik depan muka dia
Aku nak maki dia puas puas
Itu semua kalau boleh
Hakikatnya aku tak bole dan aku tak mampu


Kawan yg bermuka semakin ramai
Depan muka putih
Belakang muka boleh jadi hitam

Aku hanya satu sampah yang boleh dibuang






posted from Bloggeroid

Sunday, May 13

Birthday present yg bertempah2

This is what we gave to husband + daddy during his 29th birthday last month
Siap bertempah2 lagi
Berbulan sebelum dah fikir hadiah
Memang lah isteri hebat




Front page sebelum buka





Bila bukak. Tadaaa.... pop up birthday card





Mummy & baby pun keluar bila ditarik naik kapal selam





Because of his obsessed with diving so i end up with this idea





Sape2 nak tempah boleh comment sini
Tapi seriously bukan saya yang buat
Seorg Adik muda yg buat
Tinggal fikir idea je

posted from Bloggeroid

Today is sunday

Hai la hai
Bila ada meeting di hari ahad
Memang la sgt menguji sabar

Semua kerja rumah yg memerlukan mood
Semua habis terbang
Confirm2 jejak ke jam 5 jugak ni

Jemur baju
basuh pinggan
Menyapu
Semua tenggelam ke laut lah
Nak kena siapkan kerja ofis punya pasal

Saboooooorrr jela
Dah nama pun kuli



posted from Bloggeroid

Maha hebat

Entah sampai bila penyakit ni akan pergi
Letih badan nak menanggung

Mohon diberikan kekuatan
Ya allah



posted from Bloggeroid

Wednesday, May 9

Hamil luar rahim

Sewaktu pulang ke kampung minggu lalu
Kakak iparku dengan gembira mengesahkan

"Dah mengandung 2 bulan!"

Pagi ini bila lihat ada 3 missed call dari abah
Maka hati dah terasa mesti ada yang tak kena

"Luar rahim" kata ibu. "Bahaya tak dik?" Ibu sambung lagi tanya


"Bahaya!, bole buat maknya meninggal, sekarang kat mana?" Berborak sambil tangan sebelah pandu motokar. Mohon2 moga polis tak ada saat2 macam ni.

"Tak ada rezeki lagi tu...." sedih sangat aku bila fikir benda ni

Sebelah tiub fallopio nya terpaksa dibuang. Perasaan sedih tak tergambar.

Aku harap dia tabah.
Allah ada aturan Nya sendiri. Bukan daya kita untuk tentukan.



posted from Bloggeroid

Tuesday, May 8

Sakit itu penghapus dosa

Sewaktu kecil dulu
Klinik yg biasa kami lawati pda hari2 kurang sihat adalah klinik bakti
Doktor nya lelaki dan amatlah baik
Sebut saja isu apa
kucing, makanan, fesyen dan lain
Dia pasti tahu
Kata abah, Doktor tu rajin membaca
Itu sebab dia boleh respon pada apa topik pun


Pada pembalut ubat klinik nya ada tertulis
"Sakit itu penghapus dosa"
Kenapa penghapus dosa? Pernah aku tanya pada ibu

Kalau sabar bila sakit, dosa pun hilang
Itu saja jawapan ibu. Ringkas


Aku mmg jarang sakit
Aku hanya demam sekali setahun
Alhamdulillah
Kami adik beradik mmg jarang sakit
Berkat ibu yg rajin memasak & tak pernah makan kedai waktu kecil dulu
Mungkinlah kot


Dah tua. Demam.layanlah diri sendiri
Si suami sibuk mencari rezeki
Untunglah dia sbb dapat isteri yg x merengek













Demam & TLC layan ian wright mmg sepadan.

Tunggu masa utk terlelap.

posted from Bloggeroid

Monday, May 7

Book for kids

Bukan senang nak didik anak utk sukakan membaca

Lebih2 lagi di dalam dunia berteknologi tinggi

"Siri, how many hours in one week"

Tanya saja pada iphone 4s

Pasti ada jawapan

Penting utk didik anak utk sentiasa gunakan akal

Akal patut diguna utk berfikir benda ilmiah


Parents...... didik anak anda untuk rajin membaca



posted from Bloggeroid

Ramai betul orang bodoh kat malaysia ni

Waktu demonstrasi bersih haritu aku jauh nun di pulau kegemaran kami

Bila jejak kaki semula ke tanah besar
Baru lah bnyak video & gambar dpt ditonton

Ucapan aku pada semua peserta bersih 3.0

Tahniah
Congratulation

Sbb dah jadik orang paling bodoh dalam dunia secara beramai-ramai

Teringat cerita sewaktu nabi Adam diciptakan

Malaikat bertanyakan kepada Allah

"Kenapa mahu diciptakan makhluk yg akan melakukan banyak kerosakan?"

Inilah dia antara makhluk tak guna tu

Bodoh semua
Aku mmg benci tgk orang buat kerosakkan macam ni

Apa point bantah perang sana sini
Kutuk tindakan Amerika bla bla
Jika org disini juga bertatasusila macam syaitan?

Stupid moron



posted from Bloggeroid

Negatif

Negatif
Masih negatif
Bulan dah sebulan tak datang-datang
Pening fikir
Bohong kalau kata tak stress
Bohong kalau kata tak sakit hati

Badan berat
Kepala berat
Sungguh tak boleh bangun
Kenapa agaknya

Bukan tak mahu mengharap
Tak berani mahu mengharap
Ya Allah. Apa dugaan kau sedang beri
Mohon berikan aku sabar



posted from Bloggeroid

Sunday, May 6

Warga negara jiran sebelah negeri

Kadang hati serasa sakit dgn attitude warga dari negara sebelah ni
Lebih2 lagi kerap berhubung
Selalu jumpa
Selalu nampak
Kalau kat highway, amik line kiri
Lajuuuuu
Doa2 moga polis tunggu kat depan
Tak kira walau warga negara sebelah ni banyak duit sekalipun
Buat salah, saman
Salah lagi, saman lagi
Lagi buat salah, saman lagi lagi
Sampai duit dia abis



posted from Bloggeroid

Self made cheese cake instant

HEBAT
cheese cake pun ada instant
Hehee
Masuk mangling
Letak Susu
Kacau kacau kacau
Siap
Masuk fridge
biar 2-3jam
Nahhhhh.... siap
Tapi aku mcm dpt idea
Base nya patut guna Orel
So bila hitam & putih
Akan jadi lebih cantik




Abaikan rupa paras yg tak semonggah ini

posted from Bloggeroid

Biography Doktor Mahathir.... & Jamie oliver

Mula terjumpa buku ni di library sekolah Terus pinjam dan baca Memang Air tangan Dr M dlm buku ni mmg best Tak bosan baca Walaupun ada sikit tak faham Part politik dulu Recently dah keluar version Bahasa Melayu Doktor Umum Harganya mmg murah kalau nak dibanding dgn buku biography yg lain Sasaran lepas ni nak beli buku Steve Job
Sempat juga beli Jamie Oliver. My Fav!

Dates pollen

Hampir setahun setengah mencuba dapatkan anak yg ke2
Taktahu apa debab
Taktahu apa punca
Keluar masuk hospital
Keluar masuk klinik

Akhirnya yang patut kita buat adalah bersabar
Kerna hanya Allah tahu apa yg terbaik
Apa aturannya
Apa rancanganNya
Yakin!

Baru2 ni seorang rakan bernasib Baik utk mgerjakan umrah
Kiriman doa diberi
Mohon utk doakan aku utk peroleh rezeki zuriat yg Soleha & soleh

Waktu dia pulang
Aku diberinya buah zuriat & dates pollen
Buah tu dah biasa didengar
Ku baru tau tentang dates pollen
Khasiatnya berkenaan kesuburan
Apa saja tentang kesuburan utk mendapat zuriat

ALLAH lebih mengetahui

posted from Bloggeroid

Bapa saya dah macam zookeeper

Sejak dulu mmg dah tau hobi bapaku mmg pelik -pelik
Apa yg org tak buat
Itu jua yg dia buat
Recently dia sedang gemar membela ayam2 yg jarang dapat

Ayam Africa
Ayam api-api
Dan juga yg terbaru
Ayam hitam

Dah makin banyak
Untung sbb skrg makan telur ayam kampung sajee
Belum Kira kucing yg dah berpuluh ekor

Ada juga terdengar sebut nak beli merak.
Merak? Oh.








posted from Bloggeroid

Restoran madinat batu pahat

Dah lama kedai ni bukak
Belum sempat lgsg nak melawat makan2
Hinggalah kini
Kesimpulan
Ok. Bole dtg makan lagi
Harga: hmmm. Bole tahan mahal bole bankrap kalau selalu








posted from Bloggeroid

Anak masakini. Juga Ibu bapa masakini.

Google - "sarapan best area jb"
125 match found

Hebat
Zaman sekarang nak cari makanan sedap pun google dulu

Pernah satu ketika

Google -"kedai kasut bata area kota tinggi"

Waktu terdesak nak kena cari kasut anak

Bila segala teknologi depan mata
Paling penting adalah discipline & kawalan
Mesti!



posted from Bloggeroid

Nasi lemak sedap di tioman

Dalam beberapa Kali jejak kaki ke tioman
Lama-lama dah pandai cari makanan berbajet rendah
Malam pertama biasanya makan handal2
Udang
Sotong
Ikan bakar
bila duit dah susut, gaya dah x bole macam tokei cop duit
Strategi ubah menjadi biasa
Dan kalau nak Cuba nasik lemak yg sedap di Salang,
pergila rajin2kan kaki berjalan ke salang complex


posted from Bloggeroid

Bomoh

Terpanggil utk menulis tentang bomoh
Ada manusia sanggup guna khidmat syaitan & jin bila mata dah Kabur tgk duit depan mata
Aku mmg teringin nak tgk org yg guna ilmu hitam macam ni mati macamana
Mungkin orang ni dah terlupa kuasa Allah lebih besar & maha hebat dari segalanya.
Doakan org ni berubah.
Sebelum dia jadi makanan api neraka

posted from Bloggeroid

Saturday, May 5

Bali Indonesia

Dah berzaman
Baru berminat nak tulis
Bali best
cantik
Permandangan yang Xde kat msia
Org Kata bab makanan Payah & susah
Tapi kami sekeluarga x hadapi masalah tu
Senang sangat nak jumpa makanan halal















posted from Bloggeroid

I love island

Seperti macam biasa
Tioman tetap dihati
Kali ni 5 hari di sini
First time di salang Indah resort
Sea view. Mmg mendamaikan
Solat berpemandangan lautan luas mmg susah utk dilupa
Love the sea















posted from Bloggeroid

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker