Tuesday, May 11

dek kerana anjing!

memang semalam hari yang agak mengecewakan 
tapi bukan sepanjang hari
ianya bermula jam 5 hingga 6 sahaja
oh? boleh dikategori satu hari ke
hmm lebih baik kalau kata ada perkara yang tak baik berlaku
ok lebih tepat

semalam sambutan hari guru dah mula
yeayyyy
syok sendiri lah tu
la la laa...karaoke
ish, aku pun join
haaa..jgn pulak pikir suara aku ni best
ohh..tidak ya...(angguk2)
kalau aku bercakap pun dah tak sedap
apatah lagi kalau menyanyi
sekadar menyanyi utk anak boleh la kot
tu pun sbb dia tak pandai komen macam adlin aman ramli
kalau dia komen camtu
meleleh air mata darah kot?
hehe...
try: " incy wincy spider, climbing up the water spout"~~~~
la la laa~~~~~
ehemmm..ok2..fokus

sebenarnya apa yang berlaku adalah:
semalam aku accident dengan hanjing..hanjing!!!
geram betul
sapa la yang tak jaga ni? bodo betul lah!!
nasib baik aku tak bawak laju...dalam 40km perhour
tapi sbb emergency brek so momentum tu menyebabkan anak aku tcampak ke dashboard terus jatuh ke bawah
gilo nak gilo!! memang aku macam nak pitam !!!
masa tu jugak aku tak fikir ada kereta belakang or apa sekalipun
yang aku tau..aku kena selamatkan anak aku!!
itu saja!!
melalak la budak tu...apa lagi?
terus sebelah tangan peluk dia,sebelah tangan lagi pusing buat U-turn pegi ke klinik

sampai klinik anak dah diam..
(dah stat main pun sbb dah tak menangis)
hmmmm...kerut dahi sikit
aku punya risau sampai aku tak fikir duit ada berapa
aku hanya tau kalau lebih RM50 aku akan letak laptop aku , cincin or jam 
then baru datang semula utk bayar...

Doktor yang periksa tu tengok anak dah stat aktif semula
hmmm..."tak ada apa saya rasa, sbb dia dah aktif.biasanya kalau ada problem dia akan terus diam... 
tapi tengok kalau ada problem lepas ni
bawak semula la ye".
hmmm"okey"
ya ya ya
itu lah yang terjadi
kesian betul lah!
 rasa bersalah yang teramat
n ucapan kepada anjing tu
ko memang nak kena!! 

balik rumah pulak
tengok MHHA tak kerja..sedang berpeleseran (iye ke?)
wah rupanya dia pulak jatuh tangga
dapat MC 2 hari
haish haish haish
macam2 kes lah
pening kepala makcik ni..



2 comments:

kacang said...

huhu.
siann anak sys.
hope die sihat=)

Gee Luth said...

iye..sangat kesian ..gilo betul anjing tu..lari tak pasal2 tengah jalan tetibe je

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker