Thursday, December 9

al quran utk org buta

drama terbaru hari selasa jam 9 malam
ceta ni macam best je
sbb aku suka tengok heroin ceta ni.budak nya cute
entah.nama dia, aku tak tau

tapi yg aku bengang 
scene dimana rozita chewan melawat sorang wanita yang mempunyai anak buta
dan dialog dia masa tu

"sabarlah ye. harap satu hari nanti akan ada al-quran utk orang buta"

wei. korang ni sebelum buat skrip tak belajar dulu ke?
dah lama la wei benda tu wujud

untuk pengetahuan. al-quran utk orang buta dah lama wujud
ni yang malas tengok drama melayu
tak teliti!
adoi.cetek ilmu am betul la penulis skrip ni

malu la wei
drama melayu tak teliti macam ni 
malu wei


ni la heroin ceta ni
*kalo tak silap dia ni jenis bertudung, tapi aku tak sure..
sbb dalam ceta ni dia bukak pulak tudung

http://profhariz.com/wp-content/uploads/2010/12/Drama-Hani-TV31.jpg

kalaulah duit rm50 tu boleh bercakap

kalau boleh dengar duit bercakap
agak2 apa yang duit nak cakap?
mesti dia nak kata
"saya sudah tak ada nilai lg di mata you kan?" *merajuk

pening kalau nak ceta pasal krisis ekonomi negara
oh.bahasa aras tinggi tu

baru2 ni aku pegi ke tesco
gedung beli belah barangan dapur

duit yg dibekalkan oleh MHHA hanya rm100 *isk
otw tu dalam otak dah fikir macam2 nak beli


~di tesco~

usha sana usha sini

tetibe aku pun terperasan.
dengan duit rm100 ni aku boleh dapat barangan tak sampai 1o jenis
padahal aku bukan shopping sakan
aku hanya beli barang dapur

aku ulang

barang dapur
sabun, ubat gigi, susu anak etc

hey.stress la ini macam oo

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMQ8iu7MBLd82-_VRcSZpZWNcbzpCNHzFCQSr8D6SjHXnVOk8oD5q831f6JPYdqEcStftbQDR7TvodvK09vE3RUeBgDk9Cd5CJ-JsUMjDVAZ60uOw4iKAQ8uhWwRlYNKStlRAugxd-p1OE/s1600/stress.jpg

Wednesday, December 8

A-Kantoi main bni org.3gp

sarawak DAN cerita bergambar

dah post entry pasal jom cuti2 sarawak ni sebelum balik johor lagi
tapi masa tu tak dapat nak upload gambar nak tunjuk 

kalau nak baca pasal info kuching
ada kat entry sebelum ni eh

enjoy~~

bandar kuching - view from 12th floor

terbaik dan strategik
pullman kuching

makan dulu- singapore chicken rice
aik? sini pun orang singapore nak sibuk?


beli apa tu MHHA?



serikin
bagi yg tak pernah ke indonesia
mungkin akan rasa tempat ni  murah
tapi
sbb aku dah penah pegi indon
maka aku rasa dorang jual mahal gile!
sedangkan serikin ni sempadan dengan indon je
perlu ke kos yang tinggi
*mencekik betul diorang ni




mari beli tikar sarawak
sbb aku mmg dah lama sangat mengidam tikar ni
so aku beli je tanpa fikir mahal ke tak
so harganya untuk saiz 5 x 7 ni rm120
macamne? mahal ke?

siapa yang nak tulis alamat ni?


hari kedua

pagi- sarap dulu jom

 jalan-jalan ke kampung budaya sarawak
entry masuk rm60 utk adult
kanak-kanak pree jek

laluan merentasi masa
*sila buka kasut tumit tinggi anda


rumah orang bidayuh


mari kita makan tengahari
* nyum nyum
sedap
( i can eat almost anything)


mari makan malam pulak

 kalau ke kuching
jangan lupa ye makan seafood kat sini

top shop
area waterfront

banyak dah gambar upload
penat oh penat

nak tengok banyak lagi
kenalah ke kuching
hehe

Monday, December 6

menjejak budaya sarawak~holiday in kuching

yes! dis time holiday lagi
dan kami berada di sarawak...

alah..tak dapat nak upload gambar la
sbb ni laptop MHHA so, saya dilarang sama sekali untuk mentransfer gambar dari phone
sbb nanti MHHA pun berleter
"virus la..tau virus tak?"

dah 2 hari merayau sekitar bandar kuching
hari pertama meronda ke serikin
mak datok! jauh gile
kalau nak dikirakan macam kulai ke batu pahat gitu

dan yang tak bestnya 
harga pun dah mahal
mentang2 musim cuti sekolah so harga pun naik
tapi paling best
akhirnya aku dapat 'tikar sarawak' 
yang dah lama termimpi
huh.tikar pun nak mimpi? *weird*

masa kat serikin tu terjumpa juga
set corning ware 5pcs dengan harga rm350 saja!
hey.murah tu
tapi...entah tak tau berbaloi ke tak beli
*masih berfikir*

malam mengoder pizza hut masuk ke bilik hotel
sbb hujan dan sangat penat ooooooooooo nak keluar makan

second day
merayau ke kampung budaya pulak
oh.forgot! sebelum tu kami ke muzium sarawak dan akuarium 
hm..tempat nya kecik je
aku sebenarnya mmg tak suka pegi muzium
hey.saya sedang holiday okey. bukan nak belajar...
tapi rupanya muzium ni best jugak.
lain dari yang lain
*mengambil gambar curi dalam muzium*

then merayau terus lagi ke kampung budaya
tempatnya besarrrrrrrr punya
dan

besth!!!!!!!!!

last hari ni sebelum balik
nak pegi sopping sopping sopping lagi lagi dan lagi
beli kek

terubuk masin

dan pasu sarawak *kalau MHHA tak leter*

buhbye

*will upload pictures soon

Friday, December 3

tafsir mimpi

http://critteristic.com/wp-content/uploads/2008/09/cute-cat-sleeping.jpg
orang kata
kalau kita mimpi, jgn cerita kat orang
kenapa agak2

orang juga kata
mimpi itu mainan syaitan

ada orang juga kata
kalau nak jumpa mimpi yang boleh dipercaya
sebelum kita tidur kita hendaklah dalam keadaan yang berwudhuk
dan waktu mimpi itu hendaklah sebelum subuh

aku kata
baru2 ni aku ada mimpi yang indah
boleh ke bagitau
aku mimpi aku mengelilingi tawaf
dan hati aku masa tu rasa bahagia sungguh
rasa macam tak nak bangun dari tidur je rasa

aku juga kata
baru2 ni mak bapak aku ada kata nak pegi umrah


ada jugak aku kata
aku nak ikut tapi aku macam tak berapa ber'wang'

adakah?


Thursday, December 2

facebook perosak rumah tangga?

petikan daripada harian metro. 2 disember 2010


LOS ANGELES: Jika dulu perceraian sering berlaku akibat kesan gincu di baju suami atau pesanan ringkas dalam telefon bimbit, kajian terbaru menunjukkan masalah itu kini disumbangkan oleh laman sesawang sosial seperti Facebook.
Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika itu, satu daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sesawang sosial.

Kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing.
Antara bahan digunakan adalah mesej dan gambar menggoda di Facebook.

Kewujudan laman sesawang itu didapati membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih masing-masing selepas terpisah sekian lama.

Kajian itu menunjukkan, Facebook adalah penyumbang terbesar masalah rumah tangga dengan 66 peratus peguam mendakwa ia dikemukakan sebagai bukti tuntutan perceraian.

Penyumbang kedua terbesar adalah laman sesawang MySpace (15 peratus) dan diikuti Twitter (5 peratus).

Selebihnya adalah laman sesawang sosial lain.
Tahun lalu, sebuah firma guaman Britain mendakwa, 20 peratus petisyen perceraian di negara itu mengaitkan Facebook sebagai punca.

Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan, berkata kebanyakan pengguna laman sesawang sosial menggunakan kemudahan itu untuk berbual mengenai seks dengan seseorang yang tidak sepatutnya.

Laman sesawang Friends Reunited yang dilancarkan untuk menghubungkan kenalan lama di zaman persekolahan pada 1999 turut memberi kesan terhadap rumah tangga ahlinya.

Baru-baru ini, bintang siri, Desperate Housewives, Eva Longoria, mengambil keputusan berpisah daripada pasangannya, Tony Parker, selepas pemain bola keranjang itu didakwa sering berhubungan dengan wanita lain melalui Facebook. - Agensi

http://www.ahmadhumaizi.com/facebook.jpg

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker