Sunday, October 31

alamak.ekspresi apa patut aku buat?

lokasi: di hadapan universal studio of spore

aku: boleh tolong ambilkan gambar?

dia: boleh.boleh

pas kamera pada dia

snap snap snap

aku: terima kasih ye

dia: ok.takde masalah. tapi tengoklah kot2 gambar saya ambil tu tak cantik 

aku: eh.takpe. mesti cantik punya

dia: kamera awak ni pakai kodak ke digital?

aku: arekkkkkkkkk. (kamera aku ada rupa pakai kodak ke?)

aku: errr....digital. (kalau boleh nak gelak besar kat situ. )

dia: ooo.digital eh.

http://blog.hyland.com/wp-content/uploads/2010/04/confused.jpg

Saturday, October 30

kesedaran selepas meninggalkan si dia

kerap kali
selepas kita hilang sesuatu barulah kita akan sedar 
sedar dan sedar
http://marinimz.com/blog/wp-content/uploads/2010/03/frust.jpg

baru kita tau betapa baik nya
betapa indahnya
betapa manisnya
aduhh.kecewanya rasa

macam gempak.
tapi kesedaran yang aku ceta ni adalah tentang
betapa bestnya negara malaysia
..........
baru je balik dari jiran sebelah
satu negara yang kononnya hebat

sebenarnya dah masuk kali ke enam pegi sini
tapi pegi kali ni baru berpeluang tuk jalan sekitar kota
oush. tak best beb!


not friendly
dan of coz sesak dan menyesakkan

bila dah mengharungi benda tak best sampai ke petang
nikmat masuk malaysia tu betul2 dapat rasa

masa aku pegi indon itu hari
takde pulak rasa macam ni
rasa ok je
tapi bila pegi ke negara yang macam bagus ni
rasa tak sabar2 nak balik malaysia beb
aaaaa....tak best
serba serbi tak best

oh.malaysia kesayangan ku
http://blog.kliq.my/wp-content/uploads/2010/09/malaysia-bendera.jpg

betul ke bunga raya bunga kebangsaan?

ok. pagi sabtu dah bangun jam 5.30 pagi
time kasih banyak banyak banyak pada luthfillah sbb kejutkan mummy ye
esok buat la banyak2 kali
sbb memanggggggg suke

ok.mari kita masuk tajuk utama
pagi2 dah menonton tv
tertonton pula nyanyian lagu patriotik
lagu bunga raya bunga kebangsaan
tapi.lepas tu aku terus teringat
"eh, dah lama aku tak nampak bunga ni"
tapi betulla kan
patutnya kalau dah namanya pun bunga kebangsaan
makanya patutnya kena la banyak tanam pokok ni
even buat kebun bunga raya di tempat2 populer
or mungkin aku tak tau ke?
tapi rasanya tak ada

tepi2 jalan tu pun lebihkan lah tanam bunga raya
biar pelancong semua kenal bunga ni
tapi hakikatnya?
kita sendiri pun lupa kot
bunga raya itu bunga kebangsaan
 
ada kamu ingat?
ataupun
hangat2 tahik ayam?
siapa ya...

http://www.fathersez.com/wp-content/uploads/2009/04/hibiscus_garden_kuala_lumpur.jpg

Thursday, October 28

menjadi supermodel di dalam mimpi

kadang kala. aku ulang. kadang kala
keadaan seperti berikut berlaku pada aku
satu keadaan ketidak selesaan 
yang menyebabkan kerengsaan
didalam hati dan didalam kepala otak

alamak. susah. but berlagak cool
keadaan apa yang aku maksudkan tu?
ok. 
keadaan dimana kita dikelilingi perempuan2 cantik
oh.gaya bercakap seperti seorang lelaki
yang tak tahan dikelilingi perempuan cantik
eh eh
aku tak maksudkan macam tu
tidak.
bila kita dikelilingi perempuan cantik
dalam keadaan kita tak berapa cantik
ok.ada faham tak sekarang?

bagaimana maksud istilah perempuan cantik
cantik yang aku maksudkan terang-terangan adalah cantik fizikal
aku tidak.TIDAK membincangkan mengenai cantik dalaman disini
itu tajuk yang berbeza
nanti kita sama2 bincang hal itu pulak
cantik: muka yang cantik, kulit yang cantik, rambut yang kemas, badan yang super solid, sexy dan super total fashionable

keadaan seperti berikut sebenar benar benar nya memberikan ketidak selesaan pada aku
ok.mungkin orang lain mempunyai tahap keyakinan diri yang super high
tapi oppp aku tidak mempunyai confidence level tahap itu.hanya tahap tingkat satu rumah 

kenapa aku tidak selesa?
padahal gegerl cun2 tu tak kesah pun?
iye.ada aku kesah
tapi dalam keadaan fizikal (terutama sekali) yang tidak seperti mereka
makanya rasa malu itu tetap.tatap.tutup timbul 
untuk sedapkan hati:
ok.syukur aku tak mendedahkan aurat
tapi hakikatnya tetap rasa cam tak sesuai aje bercampur dengan group mereka

ada jugak terdetik dalam hati
"apa patut aku bual ngan dorang?"

tapi. better not.

aku hanya seorang ilmuwan
aku tidak bijak bergaya mahupun berhias
 aku cuma bijak mendidik
dan aku (mungkin) bijak untuk menjadi ikhlas

iye.aku tetap akan menjadi aku
biar pun aku kolot. aku mmg akan tetap menjadi kolot
biarpun baju ku hanyalah kain murah
biarpun kasutku juga jenama murah
even juga lebih baik tidak tunjukkan tas tangan?

aku hanya suka melihat dunia
walhal dunia itu lebih cantik
lebih menggiurkan
malangnya tidak pula aku merasa malu ?
walaupun aku jauh lebih hodoh daripada dunia

Tuesday, October 26

lagenda si lagenda budak setan

menonton drama lagenda budak setan
di astro prima
betul2 recall semula kenangan zaman remaja
wuish..aku mmg gile gilosh babeng
minat tahap cucur atap punya beb
memang feelin' habis pada kasyah
mmg aku harap (masa tu) dapat partner yang akan gilekan kat aku macam kasyah gilekan pada ayu

heppp.banyak sangat sebut gile
cukup 44 kali
gile betul aku

bila kenang2 kembali zaman bercinta
boipren mmg berlambak
senang cerita mmg budak gatal
(nasib baik budak pandai jugak)
bila nampak je jejaka idaman
hati akan berdup dap dup dap
uish.berbunga2 wa cakap sama lu
apa saja berkenaan si dia mmg menarik hati
baju apa dia pakai
seluar apa
even selipar apa yang di pakai pun aku skodeng
pernah sekali tu buku dia pun aku rembat
semata2 nak tengok tulisan dia hari2
(konfirm dia kena marah ngan cikgu sbb buku dia hilang)
lawak tahap raja lawak
semua cinta monyet beruk kera mmg akan buat benda yang merapu tah apa2
dan bila jumpa MHHA
kaedah (acehhh) konsep bercinta dah jadik lebih matang
takde lagi curik buku
dah takde sekodeng2
mungkin sbb dah soulmate (huyoo)
makanya aku tak kisah pun apa yang dia pakai whatsoever
eh.kisah jugak sikit
(sbb aku really tak nak orang yang selekeh)
alamak.MHHA tolong cover lobang hidung

bezanya soulmate dengan cinta monyet adalah;
kalau cinta monyet; partner kita buat benda yang kita rasa tak best, kita terus akan rasa tak suka dan cakap " ala, dah bosan la dengan dia tu"
tapi kalau soulmate: "ok. awak nak korek hidung ye. meh sini sya tolong"
(itu perumpamaan je le)
hehe :)

bila tengok farid kamil dengan jue aziz ni
aku pun terover jugak rasa dup dap
alah. poyo no no aku

haha.lantak kome la.

"cinta itu perlu dipupuk"



elakkan gunakan MEPS

tahu apa itu meps
korang semua mesti confirm biasa guna
lebih2 lagi orang yang udah bergaji
utk adik2 yang masih belajar
engkorang pun guna jugak
buat keluar duit loan 
ataupun keluarkan duit dari hemak dan hembapak

situasi satu.babak 0.5
pemegang akaun maybank
merangkap pemegang kad atm maybank
pengeluaran dibuat di salah satu atm cawangan maybank
ok: tindakan tepat

situasi dua. babak 1.0 
pemegang akaun maybank
pemegang kad atm maybank
pengeluaran dibuat di salah satu cawangan meps
a.k.a
bank yang  sah2 bukan gambar harimau malaya maybank
ok: tindakan tak berapa tepat 

kerana

benda gila baru je melanda muka aku
aku buat sebijik macam situasi dua
duit tak keluar
resit haram tak keluar
tapi 
akaun sudah didebitkan
jumlah pengeluaran RM1500
takke ko rasa macam nak mampus
dengan segala mak nenek benda nak kena bayar

ok.pastikan anda rilek
dan jangan mengamuk macam orang gile
pegi ke cawangan terdekat maybank dan buat report
dan pegi ke bank satu lagi yang telah menyusahkan hidup anda itu

ikuti dialog aku tadi:

aku: macam mana benda macam ni boleh berlaku?
pegawai bank yang macam bagus: sbb duit dah keluar lama, tapi cik tak amik.
aku: (dlm hati) kau ingat aku ni bangla yang baru sampai malaysia? kali pertama nak keluarkan duit? tak reti gunakan atm? otak ko berjambul
aku: (cakap) hei, tak lah. loading lama.PLEASE WAIT ..tetibe kad terus keluar. tapi duit tak pulak dapat
(dlm hati) kau ingat aku ni bodoh no ke?
pegawai bank yang macam bagus: hmm.ok lah. kita akan proses ke kl

huh.rosak segala rancangan aku!
dinasihatkan jangan gunakan meps.
sbb benda2 bodoh macam ni boleh berlaku



Monday, October 18

entah apa mengarut sambil nak mencarut

hui hui hui
takde nak mencarut pun
saja nak buat tajuk yang kasar
cam ala2 tak sopan camtu
padahal akulah orang paling lah tersopan sekali
oh.menyampah ye bila aku kata aku paling tersopan?
dah sapa suruh nak membukak belog aku ni?
pegi balik tempat asal kamu ye manusia
hish.walaupun mood cam tak best
sbb baru lepas nampak cine pukul anjing tadi
owh.walaupun aku dan kamu haram pada anjing
tapi aku ttp kesian pada anjing tu
cam ala2 sebak camtu
tapi kat orang yang perangai macam anjing
oh yang tu tak rasa pape pulak

tetibe teringat pada indon jaga pasar semalam
ish gatal mmg aku takleh handle
boleh buat pulak jelingan ala robert pattison kat aku
weh,ko ingat ko edward vampire ke
nak buat muka 'macam' hensom tu?
perut bergelodak rasa loya
macam kene fikir banyak kali bila nak pegi situ lagi
lainlah kalau kau betul2 robert pattison
boleh jugak aku tengok balik muka kau tu

dah 3 perenggan tapi masih lum masuk cerita utama lagi
teringat lagi
(hari teringat sedunia)
orang jual barang coway tadi berjaya mempengaruhi fikiran aku
air purifier yang katanya begitu berkesan!
malangnya aku dah tau MHHA confirm akan jeling setengah mata hitam pada katalog yang aku tunjuk nanti
tapi nak tunjuk jugak
sambil baca jampi
aku mmg mudah terpengaruh pada apa saja orang jual
oh.please MHHA dont read this statement
harap pengetua block mana2 penjual jangan bagi masuk bilek guru
harap ambil tindakan.
oh.dah lama nak terai buat ayat macam tu

ok.fikir lagi  tajuk utama entry kali ni
mata terliar tengok tv.
kartun
jangan budak kecik ni tak nak tukar channel lagi cam haritu
setengah jam tak dapat tengok chenta
ye.MHHA balik awal semata-mata mata-mata nak tengok chenta
tak usahla kamu nak kata ceta ni tak best ya mhha
sapa yang gila drama sekarang?

oklah dah patut end
mengarut dah berjaya,tapi mencarut tak de idea

tazkirah hari ni:
bila orang lain dah lupa apa salah nya
dan bila sekarang tiba2 buat tak paham
kalau saja aku masih simpan kata2 dalam sms itu
haha. aku tentu akan ingat sampai bila2
semoga.semoga kau dapat hidup dengan tenang. semoga
aku tidak mendoakan walau sedikit pun


Friday, October 15

coklet itu penyebab rumah kotor?

baru2 ni belikan luluth coklet
iaitu cokelet yang cantik
dan kebetulan
(kebetulan saja) rasanya turut sedap
nyum2..

rasanya dah ramai yang mengetes rasa coklet ni
dalam nya ada diletakkan biskut
dan dicelup celup dengan coklet
atasnya diletak gambar kartun 
gambar kartun tu pun leh buat makan
tak kan mati kalau makan sbb benda tu dibuat mmg boleh dimakan

ini dia
mari tengok lagi 
ok.dah puas tengok coklet

mari tengok akibat memberi coklet kepada kanak-kanak umo 2 tahun
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
jeng jeng jeng
'
'
'
'
'
'
'
'
'


oh mai god!!!
bibir melengkung kebawah :(

ada sesiapa nak dapat pahala belikan aku benda ni?

alamak terberangan pulak
owh....

nokia C6

Wednesday, October 13

membodek.terbodek.tergodek2 engkau

iya.aku selalu suka mengaitkan kipas dengan aktiviti membodek
membodek bos
membodek laki
mahupun 
membodek mak bapak

 jika kipas sekecil ini yang anda gunakan
tahap keberkesanan bodek anda
akan berada pada paras sederhana
walaupun ianya sederhana, ianya tetap berkesan

pastikan makcik2,pakcik2 yang suka membodek 
kau guna jelah 
kipas kapal terbang macam ni haa
engkau,dengan bos engkau sekali boleh tercampak 

hah.emosi no no engkau lak?

ok.kembali bincangkan kebaikan membodek
1) kau boleh naik pangkat cepat
2)kau boleh menunjuk2 konon macam kau terer,padahal macam taik je keje ko
3)ko boleh dapat anugerah cemerlang.walaupun ko sebenarnya tak layak
4)kau boleh tunjuk macam good je kau ni


engkau ni bikin hati wa panas beb!
pehhh...apa ya perlu kita buat pada orang macam ni

ya!! kita pejak perut dia...
best2....hish aku menyampah beno tengok muka dorang ni
entah kenapa, muka orang suka bodek ni suka buat senyum simpul macam berlakon no nooooooo
hey.go to hell la bebeh!!
kalau wa tak bodek pun, wa boleh naik cepat beb

ok2. pujuk wa
wa suda emo sekarang
bye.nak pegi semayang hajat


Tuesday, October 12

bersantai di kolam renang

bukan senang nak control budak yang ada confidence level yang tinggi
lebih2 lagi kalau kat kolam renang
boleh je terus keceburrrrrrr
masuk dalam air
sedangkan
paras air tu lebih dalam dari empunya diri
berderau darah menengok budak kecik ni
sudahnya aku tak berenang walau  sikitpun
tapi kaki lenguh sbb asik kejar budak kecik

kerje dia
terjun masuk kolam budak
keluar
terjun masuk kolam orang dewasa
tak ke ngeri?
terjun bukan peduli apa
yang dia tahu 
ada orang sambut
lepas ni nak bawak dia kene fikir banyak kali
meh tengok gambar 
acara bermandi manda budak kecik luluth

'safety jacket' tu adala pakai dalam 10 minit
lepas tu 
sikit pun dia tak hingin
rimas kononnya
dahtu buat rugi beli je
hah.nila kolam orang tua yang dimaksudkan
mmg terlalu dalam bagi budak umo 2 tahun
kuda belang tu pun dia nak pakai kejap je
pastu hapah! bila suruh naik, buat dia mengamuk je
bila dah penat bermain
mula jam 3.30 hinggalah jam 5
maka
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
bila bateri sudah habis.....
the end of my little luluth with her swimming session

Monday, October 11

bila agaknya boleh permai

persekitaran bekerja yang sihat tu amat penting bagi semua orang yang bekerja
sihat yang macammana?
maksudnya disini
takadalah hasad dengki
takadalah mengumpat sesama sendiri
takadalah perangkap orang itu ini
hhmmmmm
apa lagi
senang cerita: apa saja yang jahat dan kejam lah kot

tapi berapa ramai antara kawan2 luluth sini yang berani mengaku 
sedang berada di persekitaran kerja yang sihat?
mehla sini kalau ada leh luluth bagi award

haish. beruntunglah siapa yang berada di dalam zon sihat tu
bertuah badan kata orang
zon aku?
agak2 korang?
kalau begitu 'sihat'lah zon aku, makanya taklah aku berada dalam mood gelap selalu

ada masa
rasa tension
rasa meluat
rasa sakit hati
rasa bosan
rasa fed up
rasa nak pindah
rasa darah naik
rasa stress
rasa macam nak tampo muka orang

patut ke aku mohon pindah
sbb dalam hati ni sebenarnya dah bosan dengan situasi yang sedia ada
patut ke 
patut ke



hanyut

for thee
i shall be telling this with a sigh

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua
Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu
Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka
Dan memang selalu

Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Thursday, October 7

mari kita serang hendap

yey. siapa disini rasa dirinya 
bini orang
atau
gepren orang
ok.
mesti kepada orang bukan binatang
sapa setuju kat sini
kalau saya cakap
meh yuk ramai2 kita pegi serang pompuan2 bitchy yang suka kaco 
laki orang
or 
boipren orang
yey. mesti ramai setuju nak ikot kan

 luluth disini macam ada gak teringin nak serang hendap
hoho..cam penuh dramatik je
sapa yang nak kena eh..

kena buat perancangan
kalau serang apa kena buat,apa kena cakap
ok.
mula2 kita cekik leher dia
oh.takleh2 cam tak best
mule2 kita jerit nama dia
lokasi paling sesuai kat opis kot
kita panggil
sapa perempuan bitchy nama tut tut kat sini?
kau ni sunn*** sangat kenapa?

oh2 bestnya
apa lagi nak buat? 
then kita tampar muka dia
oh2 dramatik tak?

ok.takpe 
meh2 kita bincang sini
apa perlu kita buat 
kalau nak serang orang
haha.
saiko habis kan

Wednesday, October 6

dimana pintu doraemon

jika sungguh pintu doraemon itu wujud
dah pasti aku ke sini waktu ini jugak


 grand canyon.national park.arizona

Tuesday, October 5

the power of saying I love you


alolo loo hai jiwang pulak post macam ni
oh.really not me (isk)
tapi nak tulis jugak
sbb hmmm...aiseh, apa salahnya menggerakkan saraf jiwang kadang2
ya.the power of saying I love you

bila awal bercinta
ini lah ayat paling kerap kita sebutkan
oh.kalau dikira lebih banyak daripada ayat kita berzikir
(owh.malunya kan)

before letak phone pasti ada
"i love you"
"i love you too"
"bye sayang"
"bye b"
owh. tacing 

tetapi.
kita tak perasan
makin lama.makin kurang
"i love you"
keluar dari mulut

hingga
anak lahir.
awwww.sangat sibuk
awwww.sangat penat
from sayang change to mummy
from b change to ayah
"mummy, malam ni kita nak keluar tak?"
or
"ayah. ada nampak mummy punya sikat tak?"
benda2 diluar kesedaran

masa berlalu
tiba2 tup tup teringat
eh.sejak bila aku dah tak panggil nama manja tu lagi?
hmm..takpelah dah jadik macam malu pun nak panggil macam tu lagi

agak2 mcam mana nak mula semula?
bila mana benda2 romantis dah jadik janggal?



p/s MHHA i love you more than i hate you

Monday, October 4

new airport senai

haish.MHHA kena pergi jauh lagi
benda paling tak best 
kali ni pegi penang
tadi baru je lepas hantar kat airport
wah.besar betul dah sekarang
lengoh benar kaki ni jalan dari parking ke balai pelepasan
pastu dari balai pelepasan ke parking
turun 0.5kg tau
sambil tunggu 20minit sebelum masuk
lepak dulu kat kfc
melantak cheezy wedges
orang batuk tak penah nak ingat pantang makan
pastu sakit hati sbb batuk tak berenti
 budak luluth tak penah duk diam
kalau duk diam tu sah2 bukan dia
mari makan makanan menggemukkan lagi membatukkan
ni bangunan baru yang dulu tak penah ada
penah tak jumpe budak kecik menjerit2 kat tengah airport
ada sorang budak jerit2 sbb suka dengar ada echo
haish.pening pale aku layan
lantak dia leee
foyer kat entrance
another side of foyer
yaaa..itu dia. aero mall senai airport

hehe..meh le meronda2 airport senai yang baru

Sunday, October 3

benda baik dalam benda jahat

dalam aku tension pasal budak gile tu
aku terfikir pasal apa yang dia buat, apa yang dah berlaku dalam hidup dia

budak tu mmg jahat
jahat.jahat.jahat
apa yang dia buat pada aku mmg jahat
pastu
aku teringat sorang ustaz pernah bagi tazkirah masa aku tingkatan 5 dulu
kalau kita ni pernah buat sesama manusia berasa kecik hati maka selagi itulah doa kita takkan termakbul 

hah. pastu aku teringat lak tazkirah kawan aku bagi masa borak2 kat sekolah 
selagi kita tak doakan mertua kita diampunkan dosa-dosanya, maka selagi itulah dosa kita takkan diampunkan

aku baca kisah hidup budak gile tu
semuanya mengenai luahan perasaan
betapa hidupnya teruk
betapa dia kecewa dengan hidupnya
betapa dia tak tenang
dalam hati aku terfikir jugak
padan muke engkau
kalau dah tau camtu, banyak2 kan lah mengadap tuhan
bukan nak buat benda2 jahat yang menyakitkan hati orang
bongok!

kehadiran dia dalam hidup aku dah dekat masuk 3 tahun
selama itu dia datang
kemudian sakitkan hati aku
pernah dulu dia buat benda yang betul2 sakitkan hati aku
sampai masa tu aku nangis tak benti2
kebetulan masa tu aku tengah mengandung
lebih kurang 6 bulan
dalam hati yang betul2 sebak
aku doakan hidup dia takkan tenteram selepas apa yang dia dah buat pada aku
masa tu aku doa
ya Allah jika betul dalam hati sipolan ini terniat benda buruk kepadaku maka kau balaslah dengan setimpal dengan kejahatan yang sipolan lakukan padaku ya Allah.  ya Allah aku amat kecewa dan sedih dengan apa yang telah dia lakukan. jika betul sipolan mahukan kehancuran ku maka ya Allah biarkan lah hatinya berada dalam keadaan tak tenteram ya Allah. amin

bila baru2 dia buat lagi. aku terus terfikir dan dalam hati aku terdetik adakah kerana doa aku dulu hidup dia macam ni sekarang.

so. kepada perempuan gila yang bitchy. kalau kau baca entry ni. hidup kau takkan tenang selagi kau tak mintak maaf pada aku.
(tapi belum tentu pun aku maafkan.sbb apa kau buat pada kami sangat kejam!)

Saturday, October 2

entry dari nasik puteh. buat aku suka

F**k!

I know bad word nothing help at all..
Because obviously I dun know how to tell..
All I can say.. it was a long day and I’m on the loose..
Everything gone horibly horibly wrong....
plus.. that  motherfucker-bastard, plis stop messing with me..
juz get lost you asscock and go burn yourself in hell..!!

A heavy rain kept running down on the cheeks..
Oh GOD.. I’m begging YOU..
Please take me out of this shit and put me in some peace…
I really do need someone to talk..  
But clearly, no one.

ini entry dari sorang kawan blogger
apa yang dia tulis adalah sama dengan apa yang aku rasa
thank you sangat2 nasik puteh
kalau salah apa yang I buat ni
please. maafkan saya
tapi terima kasih dah beri saya satu idea walaupun kita tak pernah kenal

.........
aku dah patut diam
siapa2 yang nak cakap dengan aku.sila lupakan sekejap
let me search something within me first
let me make myself strong again
let me heal my swollen heart 
then 
i'll be on my feet again

i hate mermaid

i used to love watching the little mermaid when i was young and little
the story really gets into me
and i really wish i can see a mermaid one day


but that was was
this moment i wish i can kill that mermaid
i hate u mermaid
you know who u are
stupid mermaid
mermaidlah konon
blah la kau
kau susahkan hidup aku
kau tengok hidup kau akan dua kali lebih susah
Allah maha ketahui apa yang aku rasa
mengucap panjang
entry penuh sakit jiwa

drama sebabak

scene 4
lokasi: ruang tamu pondok buruk

dialog pelakon tambahan
"merepek.
ketahanan jiwa merasa beban
biarkan dia mati
dia patut mati
merepek
terbanglah merata lautan
mencari sebutir batu
merepek
hati pecah terhakis
keras baling ke longkang
luahan orang kau rasa
luahan aku mana  terasa
merepek
pergi jauh jauh pergi jauh
merepek
kau nak rasa tangan aku
sedap ke muka engkau
pasti esok esok hati
merepek
rama rama sudah mati
termakan madu beracun rumpai
kau pasti kena
merepek"

Friday, October 1

kekecewaan yang amat

aku harap dapat terbang ke awan dan duduk sorang-sorang kat sana
sampai bila boleh sabar
sampai bila boleh berdiam
aku tak tahu
dan bila saat tak boleh sabar lagi
semoga Allah ampunkan segala dosa-dosaku

Selak Selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berkenalan...

Protected by Copyscape Web Copyright Checker